Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

5.6.11

Kelapa nan...

Kali ini.. saja berkongsi pasal pokok nyok plak.. orang utara pangil nyok.. selalunya kita akan pangil kelapa nan sebatang kan.. hehehe..

Kelapa nan 3batang & nan 4 batang.. nampak x.. ada tumbuh sekali 3pokok.. dan 4pokok dekat satu perdu..



Kelapa nan 17 batang


Gambar di ambik kat sini..  Pantai bisikan bayu.. beberapa KM dari pekan tok bali..

6.5.11

Pasar

Pasar Siti Khadijah Kelantan

 
Antara koleksi setem ku..

Kalau ke kelantan.. mesti nak singgah kat pasar ni... mula2 cakap xda nak shoping apa2.. tp tipu jah.. nanti mesti terbeli juga apa2.. =)... haritu beli tudung 3helai.. dan kain telekung.... dari dulu dah terbiasa guna kain besar dan ada cop jenis tu.. baru sedap skit pakai..  kalau beli yang dah siap skali dengan telekung tu mana muat.. bukan sebab gemok2... tp senteng ok..

lain2 beli buah dokong, keropok lekor, dan cangkul kecil..

macam2 ada.. cuma bijaklah dalam berbelanja..

tunggu ada camera cangih skit tuk ambik gambar ala2 dalam setem tu.. =).. bilakah itu... hehe..

masa ni saja main tekan2 dari tingkat 3.. melihat adik2 rombongan sekolah ke pasar..

8.8.10

Tok Bali

2010 - 1week before puasa
Tok Bali
Pasir putih kelantan

Jambatan Tok Bali

Perikanan



Pantai
Pasir pantai yang halus.. seroi bak tepung.. eh betulkah? ok lain kali makcik pegi bawa pengayak tepung..

Bebayang pokok kelapa yang di flip kan...

Pantai yang masih belum tercemar dengan sampah sarap.. natural dengan sisa2 alam..

Pasir yang halus dan seroi.. berlakunya runtuhan bila angin kuat berlalu..

 Corak seni tebing...

Kontraktor yang sedang gigih memikirkan pembangunan...


BBQ
Ikan bakar, sotong celup tepung, sotong masak asam, ketam bakar....

Chalet

Chalet Candiez Sunrize Tok Bali.
Satu malam RM70..  best.. enjoy and damai.. penuh ketenangan

6.8.10

Tumpat

2009 - 1week before puasa.
Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.

Aktiviti - Membeli ikan siakap yang di bela dalam sangkar.  Walaupun agak takut, naik jua di atas pelantar kayu, untuk melihat sendiri bagaimana dan merasai feelnya berada di atas sangkar ikan.
Bagi makanan untuk tarik perhatian ikan naik ke atas. Then ambik penyauk, sauklah. Hati2 nanti terjatuh pulak.

Wiring yang selumber badak. Sesuka hati aja. Konsep janji ada elektrik. =)

Sangkar anak ikan yang masih kecil. Banyak peringkat ikan bagi memastikan sentiasa ada bekalan di pasaran.

Santapan makan malam. Ikan tak besar sangat. Dua ekor kurang dari 2kg. Harga boleh tahan juga. Ingatkan dairet dari kolam murah lah. =)


View malam hari, dari balkoni chalet atas air.
Sambil menungu ikan di bakar, dapat sms dari Dil.

Kak k-r, jemput datang rumah weekend nih, ada BBQ.
Aku ada kat Tumpat.


View di pagi hari - Mencari sarapan nasi dagang kegemaranku. =)

Tempat cantik. Sesuai untuk percutian keluarga atau pun apa2 program berkumpulan.

More detail klik here.
http://www.mdtumpat.gov.my/pakej
Milik Majlis Daerah Tumpat.
Related Posts with Thumbnails