29.6.11

Ayam kampung

Masak kurma... eh macam ada yg kurang jah..

oh santan n hallu xmasukkan lagi.. eh ubi kentanglah.. ngeh2 dah terbiasa jg kedai dok pangil hallu.. bahasa nepal...


Goreng pun sodap...

Aku suggest masak lemak cili padi.. tapi semua org xmahu.. apa boleh buat... uwaaa kepingin makan masakan orang nogori...

27.6.11

Kehidupan dan kematian

Kehidupan

DAN

Kematian

Kita xtahu bila tiba masanya. ayuh mari sama2 kita fikir sejenak. 

di mana kita kini. apa tujuan kehidupan kita. 

muhasabah diri kembali. kesempurnaan kah yg dicari. 

bila dah ada semua apa lagi yang dikejar? 

ayuh mari kita sama2 berfikir sejenak. 

dimana kita setakat ini. apa yang patut apa yg tidak. 

dilandasan betulkah kita. keseronokan apa yg nak dinikmati. 

enjoy, alpa dengan rutin2 seharian. 

pilihlah jalan tersendiri. 

sebelum tiba waktu kematian

25.6.11

Saliran

Aik paip putih tu untuk apa erk? Bukankah jerigi besi tu boleh di gunakan untuk air hujan mengalir.. xpenah pulak nampak paip putih nih di letakkan sekali di jalan tar.. kalau kat sesuatu bangunan @ mana2 tempat memanglah di gunakan untuk salirkan air keluar.

Kat sini apa gunanya.. sapa2 tahu boleh jawab x.. dak2 civil mesti tahu kenapa..

23.6.11

camping di pantai keracut

taman negara penang
teluk bahang

 merilekskan minda di hujung minggu dengan hiking ke pantai keracut..

kepelbagaian bunyi oleh kehidupan alam.. terasa tenang.. walaupun kepenatan...

 
perjalanan sekitar 1jam- 1jam setengah.. ikut speed masing2.. aku biasalah.. org terakhir.. pancit.. alhamdulilah.. smpai jua..

  khemah paling old school.. haha khemah akulah tu.. dah 20tahun rasanya.. seingat aku masa darjah 2 mmg dah ada... walaupun khemah lama.. boleh memuatkan 4org.. berjasa juga.. khemah2 yg baru lagi cantik tp boleh muat 3org ja.. 

malam tu kebetulan ada rombongan adik2 sekolah seramai 80org.. ramailah yg memeriahkan suasana.. kalau setakat kami2 saja dalam 20org mesti rasa sunyi ja..
 
gulap gulita.. hanya cahaya lilin yg menerangi... letak botol untuk menghalang dari api terpadam... adalah juga elektrik.. tp limited.. hanya ada satu lampu kalimantang dekat area adik2 tu berkhemah.. smpai kul 12mlm ja... pastu generator dah di tutup...

sebelum ni aku xda pernah terfikir pun nak buat macam ni.. hehehe.. pasni tau dah..

semut liar agak bnyak.. tuk mengelak kicap dari dikeremuni oleh semut...

 buat bbq skit... hanya ala kadar tuk lapik perut n memenuhi masa pada malam hari..
 
 hanya aktiviti bebas.. ikut suka masing2 nak buat apa.. ada yg menjala.. main bola.. memancing..


 
aku sekadar jadi coach ajar org tuk terapungkan diri.. wakaka... bak kata lain.. ibu ketam ajar anak berjalan.. sendiri pun xreti sangat berenang.. ada ati nak ajar org... =).. hnya berkongsi macam mana nak terapungkan diri.. alhamdulilah 3org anak2 murid dah boleh apungkan diri.. bila dapat apungkan diri... terasa akan ketenangan.. suatu kenikmatan.. 

 sebelum balik.. ambik gambar beramai2 untuk kenangan..

18.6.11

kembali lagi

 
 balik dari kerja, ada buah durian depan rumah. fikiran laju ingatkan seseorang

 belum rezki dia lagi untuk tahun ini

*musim buah sudah kembali.. kawan2 jemput datang rumah.. kita makan durian*

 ujung mg.. hari cuti.. terasa nikmat dapat cuti hari sabtu.. last week kena keja... ayoh kita g kutip durian.. p pokok yg jauh dulu...

alhamdulilah.. rezki untuk tahun ini.... ada yg tinggi...

ada yg boleh dicapai oleh tangan.. kot mana pun kena tunggu luruh sendiri gak... =).. ok pokok ni pun xda juga.. ayoh kita p pokok ujung sekali...

sampai dipokok hujung.. hnya ada bau.. xda buah yg luruh... rindu sngat nak dengar bunyi buah durian luruh..  xda rezki.. petang2 nanti baru datang lagilah.. patah balik ke pokok 1st tadi.. alhamdulilah.. ada juga sebiji.. awat tadi aku xnmpak... =)

daun2 pokok bergoyang ditiup angin... "gedebuk".. alhamdulilah.. akhirnya dapat jua aku dengar bunyi buah durian jatuh.. terasa begitu nikmatnya... agaknya pokok yg mana satu erk.. mesti yg dekat belakang rumah..

buah durian yg xsampai 1minit baru luruh... elok aku sampai nak ambik.. mak pun mai.. agaknya dapat dengar juga dari dalam rumah...

bagi kawan2 yg belum tahu... aku ni sebenarnya xmakan durian.. ya xmakan langsung... tp suka sngat2 g kutip durian

17.6.11

suatu petang

dah pukul 6.30pm. keluar dari kilang. perut berbunyi lapar. antara nak mengawal pemakanan @ mengikut nafsu makan. lagi 19hari akan ada test kolestrol. result test akan effect result comfirm kerja @ ditunda.

argh. jalan dulu. jaket disarung lalu dizipkan hingga ke atas. glove disarung ke tangan. kapcai ku memecut laju.

traffic light merah. trottle minyak dipusing sedikit demi sedikit. bertukar hijau. kaki pantas memijak gear. trottle minyak dipulas sehingga pertengahan.

argh jalan terus ajalah. arah rumahku belok ke kanan. aku tumpas dengan nafsu makan. ku matikan enjin kapcai didepan sebuah warung. kak, bihun sup 3. xsampai 1minit aku menunggu. kak tambah cucur udang 2set. haish.

sambil aku menunggu. aku tertarik pada bunyi dari seorang budak lelaki. lebih kurang berumur 8thn.

dia membunyikan bunyi "erkkkk..." pastu gelak suka, khusyuk dia melihat kotak donut yg tah apa jenamanya.. ala2 dunkin donut.

aku hanya melihat gelagat dia dari jauh. xda terniat apa2. perkara biasa bila ada bunyi kita akan menoleh.

aku pandang ke arah kakak yg sedang membungkus bihun sup. tiba2 berkata..

"dia oku... "dengan hanya membuat isyarat mulut tanpa ada suara yg terkeluar.

mungkin dia faham aku tertanya2 kenapa anak dia berbunyi begitu. hati aku terus tersentap. argh. aku dah lukakan hati seorang ibu.

kakak tu terus bercerita. anak bongsu dia. xreti nak cakap. tapi muka badan semuanya normal. dia suka tengok lukisan2 @ objek2 pada kotak.

aku mula berbahasa kembali. bertanyakan itu dan ini. sedikit sebnyak aku faham dengan kerenah budak2 oku dan sindrom. adik ni pandai membawa diri. semua dia boleh uruskan sendiri. cuma dia xmahu bercakap.

ada sekotak kfc di depan dia. aku menoleh lagi melihat gelagat dia. kakak di depanku asyik bercerita.

anak dia suka makan kfc. kalau jmpa kfc kat mana2. kaki dia akan ada gam. terus xboleh jalan selagi xbelikan.

bila dapat makan kfc, adik ni akan angkat ibu jari tanda best smbil bercakap "mmmm sedapnya kfc..."

mak dia pun pelik. boleh pulak dia cakap sedap..

pastu sambung dengan nada yang sayu.. "mak ayah dia xpernah pun panggil... "

16.6.11

Ronda board

kat tawau.. =).. apa kono erk dengan roundabout kecil nih? orang yang tahu kisah2nya ja yg faham motif entri ini.. hehehe.. comel x?

sebesar2 roundabout kat kucing.. xdapat nak capture.. kena ambik pandangan dari atas baru best tngok..

xda kaitan ngan tajuk entri.. --> lama dah angan2 nak ada kereta ni.. selalu nampak xterurus ja... yg ni lawa skit.. siap ada aircorn.. pemeliharaan yg baik.. ada x sapa2 nak bawa aku dari keningau ke tawau ikut lorong balak tu.. hehehe.. aku mau ikut deh...

14.6.11

percubaan xkesampaian..

sana sini ada kulat...

 kulat setelah beberapa minggu..

hijauhi... merahi...

13.6.11

random...

xada apa yg menarik.. hanya pergi kerja.. balik kerja..

pergi tika matahari terbit.. suasana nyama... indah sungguh permandangan di atas jambatan.. disamping angin yg sejuk menusuk hingga ke tulang... menghirup udara.. angin yg datang membawa bau laut..  gigih meneruskan perjalanan merentasi lautan...laju memecut laju kapcaiku..

balik tika matahari terbenam.. menampakan keindahan alam.. suasana sebelum senja.. orang bekejaran pulang.. setelah penat lelah bekerja.. mencari rezki yg halal... aku memecut laju seperti biasa.. kadang kala mencelah2.. ku atur perjalanan dengan penuh berhati2...

ketika hujan.. fikiran ku melayang2.. teringat suatu masa dulu... ada suara yg menjerit dari belakang ... "jangan bawa motor laju2.. aku xkawin lagi"... ku tersenyum sendirian.. dah berkahwin sahabat2 ku itu..

perjalanan hampir 30minit, 29km sehala.... .. sehari aku abiskan masa selama 1jam... sejauh 58km aku diatas motor kapcai ku.. macam2 yg difikirkan.. macam2 yg di perhatikan.. bersyukur kehadrat Illahi.. aku masih boleh melihat alam yg indah ini...

kadangkala aku tersenyum sendirian.. ada jua insan2 yg memakai glove smbil menungang motor kapcai.. sudah ada ramai kawan..

di suatu pagi.. syukur alhamdulilah aku dapat melihat matahari terbit... begitu indah sekali.. begitu cantik.. dengan awan2 yg beraneka bentuk.. gabungan yang unik sekali.... inilah pertama kali dalam hidupku dapat melihat matahari yg berwarna oren.. tiada pancaran.. boleh tengok dairet.. xmacam selalu akan ada cahaya pancaran... terbit betul2 berada diantara dua bukit.. naik sedikit demi sedikit.. seolah2 macam lukisan yg kita suka lukis masa zaman budak2 dulu... betapa indah kejadi alam ciptaan ALLAH..

dipetang itu.... ku melihat matahari terbenam,... mengalir air mataku.. pagi tadi aku berpeluang melihat matahari terbit, petangnya pula aku berpeluang melihat matahari terbenam.. aku hnya membunyikan kata klik.. smbil aku berangan2 memegang camre dan apabila dapat sudut yg menarik dan memasuki dalam frame.. aku akan terus klik... klik.. klik...  apakan daya.. tika itu aku memecut laju.. 90-100km/j.. semuanya hanya sekadar memori terindah buat diriku..

itulah aku.. pergi kerja.. balik kerja... buat masa ni aku hanya focus untuk buat ISO.. dulu aku ada masa 1tahun untuk siapkan.. kini aku hanya ada masa 4bulan... dah 2bulan setengah berlalu.. aku hanya ada masa sebulan setengah,.. aku harap semuanya akan selesai mengikut jadual... amin

12.6.11

kehidupan sekitar rumah

hehehe.. dah xda bnda nak upload.. ini pun boleh lah erk..

belalang kunyit

tebuan

semut hitam

ayam kampung

penyegat.. dah tinggal sarang aja..

kalaulah ada dslr n lens macro.. dah xnak cakap.. >_<

10.6.11

CYO-create your own

apakah ini?

lawa x? RM55.. mak buat bilik baru.. aku kan suka deko2 nih.. mulalah aktiviti memhabiskan duit.. hehe..

sebelum ni aku xtau pun kerusi ni punya fungsi.. skarang tahu dah.. kita xpayah pakai tangga.. guna ja kerusi ni.... RM90-RM110.. ikut kedai..

apakah ini? beli siap pasang RM120.. beli xpasang.. RM70 aku rasa,.. xda susah mana pun nak pasang sendiri... hnya sambung2kan n pusingkan bagi kejab...

ini antara kegunaan lain tuk kerusi tu.. kerusi n meja skali.. ceh berlakon ja hanan tu..



8.6.11

Kering

Oh binatang apakah ini.  Ada kat dahan pokok asam. Pernah dengar radio hotfm. Ada pemangil tu call. Bagitau asam jawa yang dia beli ada rangka tikus. Terus teringatkan akan rangka binatang ini. Perusahaan asam jawa kami, Insya ALLAH bersih xda apa2.

ketam kering tapi maintain masih gemuk coz ada cengkerang..

ikan kering...

Kini hanya ada hati kering ku... kehkehkeh.. macam mana tuh.. diserang penyakit malas nak berkomunikasi dengan orang.. argh.. gila kental hati kering ku ini.. berbulan sunyi sepi dengan semua orang... sabar erk sahabat2 yang merinduiku.. kahkahkah.. ala aku tahu ramai tu yang rindukan aku.. nanti2 aku terasa nak cakap ngan korang aku contact balik semua orang.. buat masa ni malas nak cakap ngan sapa2.. cukuplah sekadar iringan doa.. kadang kala diam itu lebih baik dari bercakap.. =)..

5.6.11

Kelapa nan...

Kali ini.. saja berkongsi pasal pokok nyok plak.. orang utara pangil nyok.. selalunya kita akan pangil kelapa nan sebatang kan.. hehehe..

Kelapa nan 3batang & nan 4 batang.. nampak x.. ada tumbuh sekali 3pokok.. dan 4pokok dekat satu perdu..



Kelapa nan 17 batang


Gambar di ambik kat sini..  Pantai bisikan bayu.. beberapa KM dari pekan tok bali..
Related Posts with Thumbnails