Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

21.5.12

Air....

sehari berapa liter anda minum air? ais kosong @ air masak @ air putih @ air tapis @ air mineral @ drinking water... sama ajalah erk.. janji air tanpa gula... tanpa warna..

kaji punya kaji... aku masih xdapat jawapan berapa yg sebenarnya kita perlu minum..

ada yang kata
  • minum 8 gelas sehari
  • minum 3liter sehari bg bmi yg ideal dan setiap pertambahan berat 20kg akan ditambah 1.5liter bg obesiti
  • minum ja bnyak mana sampai air kencing jadi warna putih.. selagi warna kuning maknanya xcukup lagilah airnya kerana air xdapat cuci buah pinggang
  • minum ja bnyak mana.. then test goreskan kuku kat kulit.. kalau xda apa2 maknanya air dah cukup.. kalau ada tanda gores yg berwarna putih maknanya air xcukup 
bermacam tips yang ada.. hmmmm

so berapa liter kah yg kita perlukan untuk aktiviti seharian? hmm.. pelbagai jawapan.. tiada pengkhususan.. 

semenjak 2 menjak ni aku cuba amalkan hanya meminum air kosong.. yg xsejuk..  sehari aku minum 4 liter... mmg agak banyak.. sampai xlarat nak ke toilet... itu aku ambik kira daripada total body water (TBW) yg aku buat melalui pengiraan.. kalau ikutkan berat aku yg gemok2 ni.. lebih lagi air yg perlu diminum.. waaa dah xsangup nak ke toilet setiap jam..

bangun pagi tanpa gosok gigi, aku akan minum air 1.2liter (tudung biru) minum smpai abis.. t otw ke tempat kerja mulalah nak terkepit2... wakakaka...

p kerja aku akan minum air botol tudung pink.. 1.5 liter.. aku akan cuba minum sedikit demi sedikit.. ala2 macam drip.. kot mana pun.. antara kul 8am - 5pm aku akan abiskan jua air tu..

balik.. kalau g bersenam.. air dalam botol tudung hijau akan aku habiskan... selepas bersenam.. then untuk malamnya aku minum dalam 0.6liter lagi tuk tambahan...

jika hari x bersenam.. aku hanya akan abiskan air botol hijau + 0.3liter pada petang n malamnya..

semuanya bergantung pada aktiviti yg aku lakukan..

so dalam sehari purata aku akan minum sekitar 3.8~4.4 liter.. xtermasuk air manis..

bila g travel.. kadang2 aku agak takut nak minum air bnyak2.. t susah nak cari toilet.. ianya bergantung pada negeri @ negara yang dikunjungi.. alamatnya.. bila balik travel aku akan demam.. dek kerana kekurangan air..

walaupun ketika travel aku meminum purata dalam 2~3liter sehari.. tapi masih xcukup untuk mengantikan air yg telah hilang dek kerana jalan yg xhenti2.. aku kalau dah dapat jalan.. mana nak lepak sngat dah kat dalam bilik hotel...

kalau dulu aku hanya akan memilih air sejuk sahaja.. but lately kesakitan gigi menyerang (oh aku dah tua rupanya).. aku kena biasakan meminum air masak ja.. lama2 dah jadi terbiasa plak..

masa jaga kedai pun aku akan bawa sebotol air masak.. suatu hari ada customer tegur..

"minum air jaga body" aku agak kehairanan.. apakah maksudnya?

sebab masa tu dia datang beli air 100+..

lama2 baru aku faham.. oh sbb minum air masak rupanya...

jaga body kah? xkot.. jaga kesihatan...

24.4.12

kalori (maklumat pemakanan)

kali ni kita bercakap tentang kalori plak.. atau secara umumnya adalah maklumat pemakanan... apa yang paling penting adalah kita perlu tahu serba sedikit tentang kalori.. barang2 yang kita makan kenalah memilih yang rendah kalori..

kadang2 kita rasa sesuatu produk itu dah cukup bagus untuk kesihatan.. tapi pastikah kalorinya rendah? pastikah gulanya rendah? berapa kandungan proteinnya... berapa kandungan lemaknya...

setiap produk akan ada maklumat pemakanannya... bolehlah kita membaca seimbas lalu sebelum membelinya...

 walaupun kadang kala ianya mmg terkenal ngan brand2 makanan berkhasiat... tp kita masih perlu berhati2..

 ketika membaca perlu berhati2.. ada 2 kategori.. untuk setiap sajian @ untuk setiap per gram... jangan ingat makanan ringan xtinggi kalorinya... macam contoh ni kalorinya 350

 bagi makanan ringan ni plak kalorinya 200 per serving

yang plak kalorinya 370 per serving.. anda perlu tahu.. anda hendaklah melihat juga setiap bungkus berapa gram.. kerana kadang kala kita tertipu ngan bacaan per serving.. nilai sebenar bagi 1bungkus adalah setiap per gram..

kadang2 maklumat pemakan ni ada di bungkus luaran @ bungkus besar saja.. untuk bungkus2 di dalam dah xda maklumat pemakanan...

jangan ingat jajan hanya rendah kalorinya..

apa2 pun just spend beberapa minit untuk kesihatan anda..

pilihlah makanan yg baik untuk anda...

badan kita ni nak guna lama..

insya ALLAH jika dipanjangkan usia..

2.4.12

pertukaran makanan sihat

 pagi2 ambiklah breakfast yogert.. daripada ambik nasi lemak @ karipap...

 break time dari makan bihun goreng @ mee goreng... bertukarlah ke makanlah biskut oat...

 daripada makan jajan tu.. tukarlah ke makan buah-buahan

15.3.12

cara orang pemalas buat jus

potong 15biji epal hijau + 1pokok celery... blendkan... jangan tuang air bnyak2.. biar pekat xpa..

tuangkan dalam bekas yg bersesuaian.. jangan masukkan gula.. nanti dah ilang khasiatnya...

then simpan dalam peti ais.. pati dari 15biji epal + 1pokok celery telah dicompress masuk ke dalam satu botol 1.5L saja..

bila nak minum.. tuangkan suku gelas ja.. t tambah air masak lagi.. 3-4 ari leh minum...

hehe dapat jimat.. xdalah hari2 kena blend..

den kan mmg dasar pemalas punya org.. lepas bersenanm tu mmg memerlukan air buah untuk mengantikan kembali air2 yg telah hilang..

rajin2kan diri.. buat sendiri lebih baik dari beli..

17.2.12

nasi separuh @ hanya satu senduk

ayuh kita menjaga kesihatan plak.. bagi siap2 yg baru nak mengamalkan diet.. bolehla memulakan dengan tindakan pertama yg paling mudah... amalkan nasi hanya separuh atau hanya saatu senduk...

sapa kata sikit.. bnyak tau.. cuba ratakan betul2.. kan dah bnyak tu..

bila tambah dengan lauk dan sayur.. ha lagilah bertambah bnyak..

mula2 kurangkan nasi ke separuh.. lama2 bila perut dah boleh menerima.. kurangkan pula ke nasi suku sahaja @ hanya separuh senduk..

slamat mencuba..

23.8.11

makanan berkhasiat

apa kata dari kita mengunyah jajan smbil tengok tv.. kita tukar kunyah timun.. potong nipis2.. makanlah separuh biji kalau besar sngat.. kalau kecil apa salahnya ambik ja sebiji terus.. pastu minum jus epal tanpa gula... timun dan epal bagus untuk turunkan kolestol...

xpun makan ja tomato.. bnyak khasiatnya.. apa yg penting.. untuk jaga kulit.. hehehe..

ayuh, mari kita amalkan pemakanan secara sihat.. tubuh badan kita itu adalah suatu amanah.. kenalah jaga bebaik.. nak pakai lama tubuh tu insya ALLAH jika dipanjangkan umur..

9.8.11

jus epal

 di suatu hari...

 potong2...

 blend....

jom minum... bila dah selalu amalkan.. terasa manis aja bila minum..

mula2 macam terpaksa.. pastu dah boleh jadi amalan.. bagus untuk turunkan kolestrol...

ayuh mari kita sama2 menjaga kesihatan....
Related Posts with Thumbnails