kaji punya kaji... aku masih xdapat jawapan berapa yg sebenarnya kita perlu minum..
ada yang kata
- minum 8 gelas sehari
- minum 3liter sehari bg bmi yg ideal dan setiap pertambahan berat 20kg akan ditambah 1.5liter bg obesiti
- minum ja bnyak mana sampai air kencing jadi warna putih.. selagi warna kuning maknanya xcukup lagilah airnya kerana air xdapat cuci buah pinggang
- minum ja bnyak mana.. then test goreskan kuku kat kulit.. kalau xda apa2 maknanya air dah cukup.. kalau ada tanda gores yg berwarna putih maknanya air xcukup
so berapa liter kah yg kita perlukan untuk aktiviti seharian? hmm.. pelbagai jawapan.. tiada pengkhususan..
semenjak 2 menjak ni aku cuba amalkan hanya meminum air kosong.. yg xsejuk.. sehari aku minum 4 liter... mmg agak banyak.. sampai xlarat nak ke toilet... itu aku ambik kira daripada total body water (TBW) yg aku buat melalui pengiraan.. kalau ikutkan berat aku yg gemok2 ni.. lebih lagi air yg perlu diminum.. waaa dah xsangup nak ke toilet setiap jam..
bangun pagi tanpa gosok gigi, aku akan minum air 1.2liter (tudung biru) minum smpai abis.. t otw ke tempat kerja mulalah nak terkepit2... wakakaka...
p kerja aku akan minum air botol tudung pink.. 1.5 liter.. aku akan cuba minum sedikit demi sedikit.. ala2 macam drip.. kot mana pun.. antara kul 8am - 5pm aku akan abiskan jua air tu..
balik.. kalau g bersenam.. air dalam botol tudung hijau akan aku habiskan... selepas bersenam.. then untuk malamnya aku minum dalam 0.6liter lagi tuk tambahan...
jika hari x bersenam.. aku hanya akan abiskan air botol hijau + 0.3liter pada petang n malamnya..
semuanya bergantung pada aktiviti yg aku lakukan..
so dalam sehari purata aku akan minum sekitar 3.8~4.4 liter.. xtermasuk air manis..
bila g travel.. kadang2 aku agak takut nak minum air bnyak2.. t susah nak cari toilet.. ianya bergantung pada negeri @ negara yang dikunjungi.. alamatnya.. bila balik travel aku akan demam.. dek kerana kekurangan air..
walaupun ketika travel aku meminum purata dalam 2~3liter sehari.. tapi masih xcukup untuk mengantikan air yg telah hilang dek kerana jalan yg xhenti2.. aku kalau dah dapat jalan.. mana nak lepak sngat dah kat dalam bilik hotel...
kalau dulu aku hanya akan memilih air sejuk sahaja.. but lately kesakitan gigi menyerang (oh aku dah tua rupanya).. aku kena biasakan meminum air masak ja.. lama2 dah jadi terbiasa plak..
masa jaga kedai pun aku akan bawa sebotol air masak.. suatu hari ada customer tegur..
"minum air jaga body" aku agak kehairanan.. apakah maksudnya?
sebab masa tu dia datang beli air 100+..
lama2 baru aku faham.. oh sbb minum air masak rupanya...
jaga body kah? xkot.. jaga kesihatan...