air yg kuar dari paip sangatlah slow... cam na.. kena pebaik juga.. t orang complaint... dah check penapis paip.. xda batu yang menghalang..
ngeh2.. idea gila nak mencuba dah datang... kalau aku buka getah paip tu mesti air akan keluar laju.. aku memikirkan kemungkinan yg ada.. mesti ada batu yg tersangkut dalam getah paip ni.. cam na nak buka ka x?
ok masalah sistem perpaipan kat dalam rumah ni adalah.. xda stopper.. kalau aku tutup main paip kat luar.. air tetap akan keluar... kerana dalam toilet ni dapat supply dari tank besar atas bumbung..
dah cuba cari kepala paip yg mungkin untuk stopper mmg xda.. kalau nak.. kena kosongkan tank dulu.. nak tunggu tu adalah kot dalam 2jam tuk air tu kering..
argh.. bukak ajalah... air terus memancut laju.. hahaha.. baru tau gelabah..
cepat2 aku ketuk2 kan getah paip yg menghubungkan paip nagan kepala paip.. ni ha ada batu sebesar ni kat dalam tu.. patutlah air slow...
ok masalahnya adalah.. macam na nak masukkan balik join kepala getah kat paip ni.. nak tahan air tu pun susah..
sebab tekanan yang kuat... air tu siap memancut strait smpai kena dinding kat hujung toilet..
mula2 nak sumbatkan ssuatu kat air paip yg keluar.. then pelan2 lah masukkan kepala getah tuk join...
wokeh siap...
agaknya design lama... cara perpaipan ni xreti guna FMEA... masih ada kesilapan..
sebelum ni tukang paip tu datang nak tambah kepala paip tuk mesin basuh.. dia pun cari stopper tuk air tank.. mmg xda.. maka kenalah buang dulu air dalam tank besar.. ambik masa dalam 2jam lebih tuk keringkan tank.. then baru leh buat kerja...
sapa xberani.. jangan mencuba ya.. kerja paip ni kalau silap gaya.. mmg banjirlah umah...
kat rumah sewa ni pernah gak air dari main paip ke tank bocor... bila dah tukar paip baru.. gam x kering lagi.. terus g buka main paip.. apa lagi terkeluarlah join paaip tu.. then abis semua siling basah.. banjirlah umah kat atas..
mmg pengalaman betullah..