Showing posts with label entah. Show all posts
Showing posts with label entah. Show all posts

23.9.12

Alhamdulilah...

 

Alhamdulilah..

Akhirnya aku telah membuat keputusan... aku tukar section...

dalam mg ni manager production datang jumpa aku..
walaupun group leader aku dah bincang dengan dia dan dah menolak tawaran itu..

sembang2... apa vision aku dalam masa 5tahun.. apa vision aku masa hari tua..
vision 5tahun temporary xda lagi.. vision masa tua.. terlalu bnyak..
nak jadi lecture, nak buka bengkel mengajar, nak jadi trainer, nak jadi macam2..
haish...

dia suruh aku compare vision kat section aku skarang n section yg bakal aku pergi..
kat section aku dala setahun 2 ni ja aku akan da projek.. tu pun yg kecik2 ja..
kalau aku ke new model.. macam2 lagi yg aku akan  belajar.. aku boleh blajar tentang satu proses pengurusan..

dari zero.. boleh lihat dari purchase, production, quality, hingalah delivery.. kena plan dan jadi seolah2 manager untuk projek aku tu.. semua section report kat aku.. bila semua dah selesai.. production jalan macam biasa, dah boleh lepaskan project tu..

kegilaan, kekusutan, keseronokan, ketensionan, semuanya boleh diagak bila paling tinggi temperature, bila aku mula jadi muka merah control marah... bila boleh menarik nafas lega.. apa2 pun.. semuanya mampu di plan.. but actualnya xtahu macam na.. macam skarang ada project yg lancar. ada project yg agak susah.. apa2 pun. as project leader.. kena sentiasa memikirkan macam na nak selesaikan masalah... tibai ajalah..

belum cuba belum tahu.. xkan nak mengalah sebelum mencuba.. Allah sentiasa ada untuk memberikan petunjuk... insya ALLAH boleh..

***********************************************************************************

dalam mg ni aku bz dengan anak2 kecil yg perlu dihantar ke sana sini... disebabkan ini model baru dan model agak mahal.. kena disimpan kat tingkat2.. sehari dua bolehlah org tolong aku tolak.. pastu aku pun segan dah nak mintak tolong orang.

sehari aku naik turun tah berapa kali.. naik lifter.. aku kan gayat.. 1st n 2nd day aku xsnggup naik tangga yg agak curam.. bila dah terdesak nak cepat.. aku kena panjat juga,, mula2 dari takut...  aku cuba juga kuatkan semangat.. entah macam mana.. suatu ketika.. aku rasa meremang bulu roma satu badan..... lepas tu aku dah xda rasa gayat... Alhamdulilah...

pastu aku ke ujung tingkat 2.. nak susun anak2 kecil ni supaya tersusun rapi.. kalau x jenuh aku xmenoleh ke bawah.. takut gayat.. skarang alhamduliah... penyakit gayat yg dah lama sebati dalam diri ini dah boleh diatasi...

aku memikirkan kembali.. aku dah melepasi perasaan takut itu... yg selama ini menjadi tembok penghalang untuk aku berjalan di koridor tingkat 2@3..

skarang aku hanya bg alasan untuk tidak menerima pelawaan ke section new model kerana aku selalu kena present kat top management dan di depan orang ramai lebih kurang dalam 1jam-2jam setiap sesi... dengan alasan aku xreti english.. padahal jepun2 tu pun bukannya pandai english pun.. sama ja macam aku.. ngeh..ngeh..ngeh...

terngiang2 kata manager production tu.. peluang hanya datang sekali.. mungkin inilah petunjuk2 @ pengajaran yg ALLAH berikan kepada aku supaya aku teruskan jua.. berjuang untuk kumpulkan ilmu pengetahuan dan berkongsi dengan semua insan suatu masa nanti...

bilakah lagi..

***********************************************************************************

Ilmu.. tiada penghabisan.. begitu meluas.. dari elektronik aku lari ke bidang automotif.. mula2 takut juga xdapat nak terima... cuba2.. alhamdulilah.. boleh menerima seadanya.. aku turut diberi peluang training engine.. then smbung training engine fuel injection... cuma after this aku xtahu kemana lagi hala tuju aku.. buat new model dulu.. then cabang ilmu itu akan terbuka lagi luas.. boleh ke painting, welding, assembly.. dan macam2 lagi..

impian aku suatu masa dahulu untuk merebut peluang dalam pelbagai training dah tercapai.. before this, ada yg kata, berbaloikah dengan gaji aku yg kecil ni... aku diberi peluang training macam2... dalam masa setahun lapan bulan aku bekerja disini.. hampir 12training yg dah aku ikuti..kalau nak ambil kat luar secara sendirian.. mmg dah hampir 15k rasanya.. ada yg gaji mahal.. but nothing... aku dapat knowledge..

aku buat kerja yg bersungguh2.. tidakkah ianya melepasi tahap job yg sepatutnya... dengan gaji yg kecil itu..setimpalkah? itulah pertanyaan orang2..  alhamdulilah.. ALLAH memberikan kembali kenaikan sedikit demi sedikit.. tangga gaji dah nak sama dengan org yg suka bangga2kan gajinya yg besar,,

dalam dok sembang2 dengan semua org tentang pendapatan masing2 untuk aku ke new model.. ada yg bertanya.. dah bincangkah isu gaji? aik.. kena bincangkah? aku rasa dari aku masuk dulu.. aku mmg xbincang isu gaji.. 1st gaji pun aku letak rendah dulu.. aku takut aku yg xmampu buat kerja dengan sebaik itu.. biarlah bos yg menilai untuk kenaikan itu nanti.. nanti akan naiklah mengikut job yg aku laksanakan..

manusia.. suka merasakan dirinya itu sngat hebat... sampai meletakkan value yg tinggi.. demand tentang gaji... tapi mai kerja.. goggle.. tengok movie... cukup time balik.. kelakar plak kadang2 aku melihat insan2 ini... apa2 ajalah.. wang xboleh dibawa kemana2..

aku dengan caraku tersendiri.. biarlah bos yg evaluate aku then segalanya aku serah pada ALLAH.. rezki itu datang dari ALLAH..


19.9.12

=|.... doa.... =@

malas tul nak update...

da gambar2 yg dah basi untuk di kongsikan.. but.... no idea... macam mana nak mengolah..

aku dah buat meeting ngan dak2 section aku.. kalau betul2 nak aku stay kat section.. tolonglah sungguh2 tolak tawaran new model tuk request aku ke sana.. kalau jadi.. next month kena transfer...

aku dah bgtau.. aku ni jenis xkisah.. letaklah aku kat mana2 pun.. Insya ALLAH aku tibai ja buat kerja apa2 pun.. selagi aku mampu lakukan aku buat.. bila xmampu.. aku resign.. hehehe.... apa susah kan..

skarang pun aku masih lagi ada plan untuk tempoh masa setahun dua.. masih nampak hala tuju untuk section aku.. macam2 pembaharuan.. masih belum final untuk setup training engine.. masih belum berjaya menarik insan2 yg di bawah untuk naik sama2...

di new model.. aku nampak ada jalan baru yg dibuka.. semua dimonopoli oleh kaum kafir.... ini peluang aku sebagai umat Islam untuk masuk ke satu dunia baru..  yg mmg susah untuk diberikan peluang ini.... diberikan kepercayaan...  macam2 ilmu yg aku boleh belajar.. dalam masa yg sama aku boleh berinteraksi dengan section lain dengan lebih mudah... yg seagama denganku..

teringat kata2 sahabat.. aku ni tauk ja kat mana2 pun.. akan tumbuh ja.. betul kah? entahlah..

dalam 2mg ni.. macam2 yg aku nampak.. mmg aku masih belum bersedia lagi.. mmg tension bila berada di situ.. semua masalah kena di fikirkan... aku rasa xmampu pikul tanggungjawab tu...

di masa akan datang.. Wallahhualam.. kalau betul ianya dah ditetapkan.. kenalah aku mengubah lagi cara kehidupan.. dengan situasi pekerjaan yg baru.. kena reset semula azam.. mmg kena kental.. tunggu ajalah..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Berdoa...
 aku hanya mampu berdoa.. meminta itu dan ini...

 aku hanya mampu berdoa.. mengadukan tentang nasib ini..

 aku hanya mampu menadah tangan... dan menangis teresak2... bermujahadah sendiri...

 aku hanya mampu berdoa... dan terus berdoa.. walau jodohku masih belum tiba..

 aku hanya mampu berdoa dan berdoa.. walau ada yg kata aku tidak berdoa bersungguh2..

aku hanya mampu terus berdoa... segalanya datang dari pada NYA..

************************************************************************************

dalam setahun dua ini.. aku melihat kembali..

apa yg aku ada.. apa yg orang lain xda..

apa yg aku xda.. apa yg orang lain ada..

aku dimurahkan rezki dengan pekerjaan...
orang lain dimurahkan rezki dengan anak2...

aku dipermudahkan hidup dalam keluarga yg sederhana...
orang lain hidup didalam kesengsaraan derita kemiskinan..

aku masih ada kuderat untuk bekerja..
org lain masih banyak sengsara untuk bngun berjalan...

semuanya ada baik dan buruknya..
cuma macam mana cara untuk menerimadan meneruskan liku2 kehidupan ini...

9.9.12

Kemalasan melanda.. random merepek2

hmmmm... aku hanya mampu mengeluh... =)

ada permintaan untuk mengupdate./... thanks sahabat..
idea adalah skit2.. gambar2 yg dah berkurun masih belum update...

macam2 yg buat aku terhenti seketika.. laptop dah yg makin uzur.. asyik "hang" n lembab.. ngan broadband yg tah apa2 xda line.. nak beli yg baru.. xkot.. bukan benda penting pun.. jelaskan hutang piutang dulu.. hehe..


ngan masa yg begitu mencemburui.. macam2 yg nak buat...
antara kerjaya dan busines keluarga.. membuatkan aku terbahagi dua...

usia yg makin meningkat membuatkan badan terasa letih.... kesimpulannya... aku hanya kroh2..
btl2 dah tua rasanya.. aku hanya boleh layan radio ikim.. kedah fm atau radio penang.. yg mmg org tua2 dengar.. kalau denga yg rancak2 buat aku rasa tertekan... lagipun xda input apa2 untuk di sana kelak...

alhamdulilah kerja2 di kedai hampir selesai.. adalah kot dalam 8% lagi yg masih xfinal nak susun barang kat mana..
da modified skit kedai tambah dalam beberapa kaki... nampak lbh luas n lbh selesa skit..
tika seorang abg tu datang dan berkata.. bgslah besarkan skit kedai sementara org tua masih ada... bergenang airmataku ini..

alhamdulilah... mak dah boleh berjalan kembali, setelah membuat operation lutut.. masih perlukan tongkat sebagai sokongan tika berjalan.. dah kembali keluar rumah berkebun... setelah hampir sebulan hanya di atas katil.. hanya bngun bila ke toilet.. itu pun dengan bantuan tongkat yg berbentuk C...

hari ini aku tiba2 jadi blank bila mendapat satu perkabaran... aku di request tukar ke section lain.. sblm ni aku hanya ingat ianya hanya satu khabar angin.. kini dah menjadi kenyataan.. aku yg dah sebati di section quality dan iso tiba2 nak kena buat kerja new model.. sblm ni aku hanya support bg new model.. kini aku di pilih untuk menjadi sebahagian ahli  project leader... persoalannya.. mampukah aku? sekarang yg hanya support bg section aku yg hanya sedikit pun dah terkial2.. english aku pun terhegeh2... macam na nak present..

dulu aku selalu marah2 bila new model request yg tah apa2, kini aku plak yg nak kena request kat orang.. abislah aku dipulaukan nanti..dikutuk habis-habisan.... wakakakaka...
kadang2 kita hanya mampu merancang apa yg terbaik.. tapi perancangan ALLAH adalah lbh baik.. mungkin inilah rezki ku.. mungkin diberkati dari doa insan2 yg sentiasa mendoakan ku.. 

tadi berbicara bersama mak, bapak, along.. semua suruh try dulu.. kalau dah terima... maknanya bermulalah kembali xda maknanya aku nak punch card kul 5ptg... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... abislah record2 aku punch card tepat 5.00pm.. 5.01pm.. sahabat2.. please comment... any idea?

beberapa hari lepas ada sahabat datang menziarah.. dari JB.. siap bawa anak.. aku yg dah rasa dah cukup matang.. xdalah nak terasa apa2.. sbb aku kan masih single.. =)... katanya ralat plak kalau xdatang singgah jumpa aku bila alang2 dah ada di penang.. terharulah plak aku.. mulanya orang lain yg nak datang... tp org lain yg smpai.. itulah segalanya kita xtahu.. kita hanya mampu merancang dalam kehidupan ini..

semua dah makin dewasa... xda  dah nak emo2 macam zaman muda2 dulu.. hihihi.. dah tua kan...  

walaupun aku masih belum berkahwin.. alhamdulilah.. ALLAH memberikan aku peluang merasai mempunyai seorng anak... hari2 nak kena bebel2 kat hannan... keja sekolah dia xmau buat.. macam2 yg nak kena didik anak kecil tu..

masa terus berlalu dan berlalu.. cuma kita ja sedar atau x.. macam2 yg nak buat.. macam2 yg nak ikut trend.. macam2 yg buat kita lalai.. apa yg pasti.. buatlah keputusan yg terbaik..

niat nak beli dslr... kini terus pudar...
niat nak ambik lesen B full.. kini dah terhapus... aku xsempat nak p ambik.. L aku pun dah mati.. xjadi dah kot..


semua ada hikmahnya..

20.7.12

siaran tergendala

masa berlalu dengan begitu pantas...

kadang kala aku sendiri xtahu apa yg aku bzkan sangat..

smpai bnyak sngat benda yg terbengkalai..


adakah aku terlalu bnyak planning..

sampai actualnya bnyak yg xtercapai?

banyak sangatkah angan2 yg aku nak laksanakan....


adakah waktu 24jam itu makin cepat waktunya?

=)... ternyata aku yg bnyak terleka dengan duniawi..


terus lalai dan alpa dengan duniaku sendiri...



buat sementara.. aku tidak berkesempatan untuk mengupdate..

kalau ikut hati, nak saja aku delete terus blog ini...

melihatkan akan pengunjung yg makin bertambah... yg masuk melalui carian google.. yg masuk semata2 mencari sesuatu.. membuatkan aku membatalkan niat untuk delete.. mungkin ada yg berguna bagi si pencari maklumat yg bertandang ke sini..

ku gagahkan jua... mungkin berhenti sementara untuk menjalani ibadah puasa..

aku jua kini dah makin tua..

aku jua dah kehilangan semangat untuk mengambil gambar...

entah apa yg xkena dengan diriku ini..

last week aku berada di bangkok selama 1mg..

training untuk new model...

percayakah anda..

1keping gambar pun aku xambil..

 mungkin kerana terlalu letih...

mungkin jua kerana aku pergi untuk belajar..

lain kali aku pergi untuk melancong baru aku ambik gambar untuk dikongsikan bersama..

apa yg pasti...

kini aku blurrrrrrrrrrrr...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

pnjng umur kita jumpa lagi///

INSYA ALLAH

31.12.11

siaran tergendala... sampai bila? entah!

terima kasih bagi insan2 yg masih sudi singgah disini.. entri2 yg dischedulekn dah abis dipublish..

setiap kali aku melihat status.. tersenyum aku.. bnyak juga insan2 yg singgah disini..

setiap hari insan yg lain... walaupun insan ini masuk bukan hari2,... akan ada suatu ketika. mereka akan singgah kesini..

ada yg masuk melalui blog sndiri.. ada yg google search guna key word yg sama.. cuma aku ja yg xtau siapakah insan2 itu..

apa2 pun.. terima kasih semua.. 

harap anda dapat sesuatu yg berguna.. atau sedikit perkongsian tentang kehidupan dan serba sedikit idea2 yg tah ap2 yg mungkin boleh dikongsi bersama untuk kerja2 harian..



 aku ketiadaan mod untuk edit mengedit gambar.. apatah lagi untuk upload mengupload..

lagipun gambar yg menceritakan cerita dah xsebnyak mana..

bnyk aktiviti yg aku buat.. tp xda keinginan untuk ambik gmbar..

kalau dipaksa ianya akan jadi suram.. hehehe.. masa ambik gmbar pun kena ada mod..

baru gambar itu menceritaka seribu cerita... beribu perasaan suka dan duka...

insya ALLAH bila aku free2 nanti akan diupload gmbar2 yg masih berbaki..

cuma bila masanya.. bila harinya.. xtahulah...



adakah sudah berlalunya masa2 untuk menangkap gambar?

adakah sudah berlalunya zaman2 untuk berblog?

entah..

sebab itulah dari blog RUANG RINDU di suatu ketika...

aku tukarkan ke SEKADAR SUKA-SUKA dan note SELAGI ADA WAKTU AKTIFLAH BLOGKU...

mungkin dah tiba masanya ianya akan kurang aktif...

atau terus menyepi...


baru2 ni aku agak bz dengan trainig engin.. ke kelas.. belajar.. mengkaji suatu benda yg 100% br..

pas bih training 3mg.. aku akan bz ngan prepare training material.. then nak setup tempat tuk ajar org... 

alhamdulilah.. kini aku dah mampu untuk baraikan sebiji enjin motor kapcai.. dah tahu serba sedikit cara kerjanya...

bila baraikan lajulah.. cuma bila nak pasang balik tu... mulalah hegeh2 skit.. masih belum mahir sepenuhnya...

buka pasang engin ambik masa dalam 2jam... 

t nak baraikan engin motor aku yg dah 11tahun xpenah dicuci dlamnya.. cuma da sesetengah special tools aku xda lagi.. kalau siap ada semua tools.. boleh buka kedai ni.. =)..

semua kedai aku nak buka. cuma bila masanya nanti untuk perancangan masa tua.. masih xtahu apa yg terbaik..

apa yg pasti.. skarang hanya teruskan kehidupan.. melalui pengalaman yg ada sebaiknya....



masa terus berlalu...

kita jua berubah... dari zaman belajar ke alam pekerjaan..

dari alam bujang ke alam perkawinan..

but me...

still solo..

belum da jodoh.. =|

insya ALLAH akan tiba suatu hari nanti.. kalau bukan disini.. disana kelak.. =)

kita hanya mampu merancang apa yg terbaik...

tapi perancangan ALLAH adalah lebih baik..



Segalanya kita xtahu..


macam aku yg tiba2 lari ke bidang pembuatan..


Dari masuk zero.. skarang macam2 yg aku dah tahu..

Ilmu bertambah lagi dalam satu bidang baru....

Dari assembly motosikal.. dapat ke assembly engin.. dan dapat mngkaji bagaimana ianya berfungsi..


Segalanya bermula dengan hijrah...

Aku yg tiba2 masuk ke bidang baru.. tiada pengalaman @ sijil @ pengetahuan tentang pembuatan...

hanya tahu bawa motor.. ada lesen motor.. tahu jika ada kerosakan atau abnormal pada motor



Berbekalkan pengalaman membawa kapcai selama 11tahun..

Segala sijil2 tidak dipandang.. sesi interview yg hanya xsampai 5minit.. tapi perlu menunggu untuk diinterview selama 6jam...

menunggu sesi interview.. aku ke surau menunaikan tangungjawab.. suram hati ini melihat kipas stand yg berdebu.. terdetik dihati..

kalau aku dapat masuk kerja sini.. aku nak cuci kipas ni.. alhamdulilah.. termakbul niatku...

selepas dapat keja.. setiap bulan aku cuci kipas tu bila ada waktu kelapangan.. hingga kini hampir setahun

penghijrahan ini sungguh bermakna bagiku..

perancangan ALLAH diatur dengan baik...

walau aku ada perancangan ku sendiri suatu ketika dahulu..

perancangan ALLAH adalah terbaik.. rezki yg diberikan jua tidak diduga2..



  
walau apa2 pun... buatlah yg terbaik dalam kehidupan kita..

jadilah yg lebih baik dan lebih baik..

baik dari segi sikap..

dari segi amalan..

dari budi bahasa..

dan dari segi untuk mengejar ke akhirat...

kita hanya mampu merancang dan terus merancang..

apa yg bakal terjadi kita xtahu..

ingatlah.. perancangan ALLAH adalah yg terbaik..

hanya kita perlu bersabar dalam melalui liku2 kehidupan..

insya ALLAH.. panjang umur kita jmpa lagi di entri akan datang...

bila?

wallahualam

22.12.11

delivery.. stawberi..

 stawberi.. kalau g camron.. xbeli.. xsah kan..

mari2.. murah saja.. 3bekas RM10... percuma lagi satu bekas kecil... mari2.. kakak belilah.. itulah pujuk rayu peniaga...

mula2 beli beberapa bungkus saja.. nak beli untuk orang ni.. orang ni.. orang ni.. ok.. then p lagi sekali pasar malam tu.. teringat plak kat orang ni.. orang ni... haish.. kat semua orang kalau boleh aku nak beli.. ramai sngat yg dah berjasa kat aku.. masa nilah nak bg merasa sorang skit bagi insan2 yg susah nak ke camron..

plan pertama.. kena buat ketul ais dulu.. untuk delivery esok...
kami menginap kat apartment.. so adalah peti ais..

selamat smpai ke rumah... buah masih segar..

ais yg masih berbaki setelah perjalanan sekitar 7jam...

cepat2 masukkan ke dalam peti kat rumah plak..

mmg agak susah nak delivery stawberi.. rasanya kali ni yg betul2 berjaya.. dari 15bekas, dapatlah bnyak ni buahnya yg dah melecur.. dek kerana bekas yg bertindih2.. n dek kerana peniaga yg memang meletakkan buah yg sedikit busuk. bila dah 2ari. maka bertambah busuklah buah itu..

sebelum ni aku xmakan stawberi.. ni 1st time aku makan dengan bersunguh2.. apatah lagi yg cicah ngan coklat... 

malamnya penin macam na nak delivery ke kilang plak.. macam mana nak membawa 15kotak stawberi dengan menaiki motosikal... dengan perjalan ke kilang selama 30minit dengan pecutan min 80km/j...

masukkan ke dalam beg GOgreen teseco.. then dilapisi dengan kotak..

alhamdulilah.. tersenyum melihat semua orang2 itu makan dengan bersemangat waja.. cuma ada orang2 yg kerja shif petang xda rezkinya.. sudah tiada peti ais dikilang..

aku hanya mampu tersenyum.. ini saja pengorbanan yg aku mampu lakukan sebagai membalas jasa orang2 yg banyak mengajar aku macam2 di kilang motosikal ini...

bukan sekadar pasang n buka motosikal.. sampai ke tukar tayer pancit pun aku belajar... mmg aku sapu bersih.. selagi ada masa.. semua benda aku nak belajar merasainya....

26.10.11

gelora



ketenangan

kedamaian

kesederhanaan


kekacauan

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

walau bagaimana jua golak perasaan kita ketika itu..

jangan di lupa satu perkara...

bersujudlah..

bersyukurlah..

mengadulah...

menangislah...

di sejadah...

8.10.11

tidak semudah itu

tidak
 
semudah

 itu

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

tidak semudah itu untuk menjadi kurus..

tidak semudah itu untuk menjadi senang...

tidak semudah itu untuk berjaya...

tidak semudah itu untuk menjadi baik..

tidak semudah itu untuk melupakan detik hitam..

tidak semudah itu untuk tidak berdendam...

tidak semudah itu untuk membersihkan hati..

tidak semudah itu untuk mendidik hati...

tidak semudah itu untuk menjauhkan hati dari hasad dengki..

adakah tidak semudah itu untuk menuju ke syurga...

semuanya terletak pada diri kita..

bermuhasabah kembali..

tambahkanlah ilmu..

berusahalah..

yakinlah..

segalanya akan jadi mudah bila kita terus yakin ALLAH bersama2 kita..

segalanya tidak mustahil..

yakinlah dengan janji ALLAH

5.10.11

tolehla walau sekejab

arghhhh.. blank.. no idea.. terasa tension..

audit xabis2.. yang lama xabis buat countermeasure.. datang lagi yg baru..

dulu aku ada masa 1tahun.. kini hanya ada 3bulan..

mmg kena letak gear 5.. kalaulah ada gear 6..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

seseorang datang... aku dah xmampu untuk menoleh.. hanya terus focus pada skrin.. idea mencurah2..  focus..

rasanya aku tahu siapa yg datang.. dia mmg selalu datang singah bila waktu dia rehat...

mungkin melawat bosnya.. tp bosnya amat bz.. sampai xsempat pun nak menoleh kearahnya.. apatah lagi nak bersuara atau memberikan senyuman sedekah...

dia duduk di kerusi.. macam kebiasan hari2 sebelumnya.. agaknya takda respon dari bosnya yg selalunya becok.. yang tiba2 diam arini.. dia mengundur diri..  terus berlalu pergi...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ditempat morning exercise..

"oi U punya orang ada kat ICU.. langar belakang bus" aku yg terdengar en.safety memberitahu en.bos aku..  berderau darah aku..

aku memandang keliling.. semua ada.. kecuali en.bos kecik.. ish xkan dia kot... moga2 bukanlah..

"en.bos kecik mana?" en.bos dah terjerit tnya semua org.. agaknya dia pun isau.. memikirkan siapakah yg di ICU..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

bla... bla... bla... oh en.bos kecik ada kat opis... pg tadi dia sakit perut.. sbb tu xjoin morning exercise..

bla.. bla.. bla... aku tersentap lagi.. bagai nak luruh jantung ini.. oh rupanya insan yg melawat aku ptg semalam.. dia yg eksident... YA ALLAH.. aku lansung xmenoleh untuk pandang dia.. aku buat xtau ja masa dia mai lawat aku... betapa teruknya aku ni...

entah dia terasa ati ka tidak ngan tindakan aku.. kejam nya aku melayan insan2 begitu..

aku nekad nak melawatnya di hospital.. walaupun p sorang2...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


"sakit mak.. sakit... mak.. bukaklah benda ni"  dia meraung2.. suruh mak dia membuka benda alah di lehernya.. doc suspect tulang lehernya patah..

semua yang berada di sekeliling menahan sebak.. tidak kira lelaki atau perempuan.. masing2 bergenang air mata..

"beristifar nak.. janganlah macam ni.. zikir banyak2.." sambil mak dia membisikkan sesuatu..

mulutnya terkumat kamit.. sambil dia menarik nafas panjang.. matanya terpejam..

ku lihat ada sedikit ketenangan..

fikiranku laju teringatkan suatu ketika.. aku melawat sahabiah di hospital seremban.. lebih kurang sama aja situasinya sekarang.. betapa tabahnya dia.. hanya pendamkan kesakitan itu.. tidak mahu ibunya disisi lebih risau.. dia tidak meraung2 untuk tunjukkan kesakitan yang ditangungnya..

"mak bukak ni mak.. sakit mak".. sambil meronta2.. fikiran aku kembali ke alam nyata..

mak dia terus memujuk2,, suruh dia berzikir dan pejamkan mata..

bius ditangannya dah berdarah.. dek kerana meronta2..

seorang2 demi seorang sahabat handai dia yg datang melawat..

betapa baiknya insan2 ini.. walaupun mereka bukan dikalangan insan yg belajar tinggi2.. tp mereka penuh dengan sifat2 murni...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

seminggu berlalu.. dua orang rakan sekerja nak pergi melawat dia.. aku pun join sekaki..

alhamdulilah.. dia dah boleh bngun dan berjalan.. cuma tangan dia ja yg patah.. ada 2 bahagian yg patah..

rakan sekerja aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia..  then dia pun bersalam dengan seorang lagi..

tiba2 dia hulurkan tangan untuk bersalam dengan aku..

"aik nak salam juga ka?" mulut capoi aku ni mengeluarkan kata2..

tangan dia masih lagi dihulurkan..

aku dah terfikir macam2.. dia ni agak alim.. xkan dia xtau kot.. mana boleh salam.. xkan coz eksident ni buat dia xboleh fikir ngan waras..

alahai.. macam2 aku ni.. dosa haritu pun masih belum minta maaf...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

106hari berlalu.. dia dah boleh bekerja semula.. aku yg tahu dia dah start kerja.. pergi mencarinya pagi2...

"macam mana dah ok kah?" smbil aku tersenyum

"ok... macam ni lah" smbil dia membalas senyuman..

kalau ikutkan hakikat sekarang aku lagi bz 2x ganda.. dek kerana benda dah pernah berlaku.. insya ALLAH aku akan hargai insan2 yg berada di sekelilingku..

teruknya aku suatu ketika dahulu.. terlalu pentingkan diri.. bila sesuatu berlaku baru nak menyesal.....

bila kita dah tersedar.. berubahlah...

bagaimana dengan kamu?

2.9.11

selamat hari raya maaf zahir dan batin

walaupun aku agak terlewat untuk wish.. biarlah... ini kan blog aku.. suka aku r.. wakakaka.. dah lama xemo2 masa menulis.. lama rasanya aku x publish dairet ngan time aku menaip.. entri ni mmg masanya real time.. xda schedule2 cam entri2 lain...


ok kembali ke tajuk entri.. selamat hari raya kawan2 semua.. xkisah la siapa2 pun,.. ada di kalangan sahabat handai.. ada di kalangan kenalan yg xdikenali.. ada yg tah sapa2 tiba2 ja termasuk kat sini.. semua dialu2kan..

kat sini aku memohon maaf diatas segala kesilapan yg dah aku lakukan.. halalkan segalanya..

ye aku tahu aku guna baju konvo.. tudung pun tudung lama.. well u know me... xbaik membazir.. 

baju baru aku simpan untuk raya ke2.. xtahan daulat bak kata seorang sahabat... aku g beli gak masa malam raya.. dah kul 10lbh baru gedik2 g beli...

suprise r.. xmoh upload gambar yg macam lagi kurus... 

aku cuti raya 1mg.. xda g mana2... just blk kg kat perlis.. raya kali ni bnyak memori.. mula2 tayar pancit masa otw ke perlis.. kat area R&R kepala batas.. sejak aku keja kat kilang baru ni.. tahulah juga serba sedikit cam na nak buka tayar tu.. =).. tau macam na torque.. macam na jek,, ngan baju2 kurung tu aku tolong bapak tukar tayer... dan dah ari2 aku dok pegang spana ngan segala kekotoran... masa di hari raya tu xdalah sedih sngat bila tengok tapak tangan hitam bila pegang tayar.. selumber ajalah.. cool..

hari ke2 aku g jalan raya ke rumah sanak saudara.. tidak lupa jua aku g ziarah pusara arwah abg ipar aku.. nak di jadikan cerita.. kereta plak xboleh nak start... panjanglah ceritanya.. abaikan aja...

banyak hikmahnya untuk setiap kejadian.... next2 entri aku cita lain erk.. hanya ada gambar 2 hero ni aja.. hero budak gemok xda pun.. semua aku curi gambar dari camre adik aku...

wah sukalah tu bagi insan2 yg menantikan aku upload gambar sendiri... inilah family aku bagi sapa2 yg belum mengenali..

selamat hari raya semua... jangan makan bnyak sngat.. t gemok2 macam aku.. nak gemok senang aja.. nak kurus punyalah seksa...

bagi sesiapa yg aku xsempat nak sms.. mintak maaf sangat2.. jangan kecik ati tau.... bukan xingat.. tp masa xmengizinkan.. tambah plak aku tukar hp torchlight.. bnyak no yg tercicir kat hp lama.. 

mmg rindu sngat kat semua sahabat2.. yg berada di bangi, kg.paku laris, lembah keramat, seremban, kg pelangai kuala pilah, bemban, durian tunggal, gemas, port dickson, taiping, alor star, pendang, gerik, kuching, lahad datu, uk.... alamak.. kan permandangan dah jadi kabur..

dah xmo emo2.. meh sini salam ukhwah...  


17.6.11

suatu petang

dah pukul 6.30pm. keluar dari kilang. perut berbunyi lapar. antara nak mengawal pemakanan @ mengikut nafsu makan. lagi 19hari akan ada test kolestrol. result test akan effect result comfirm kerja @ ditunda.

argh. jalan dulu. jaket disarung lalu dizipkan hingga ke atas. glove disarung ke tangan. kapcai ku memecut laju.

traffic light merah. trottle minyak dipusing sedikit demi sedikit. bertukar hijau. kaki pantas memijak gear. trottle minyak dipulas sehingga pertengahan.

argh jalan terus ajalah. arah rumahku belok ke kanan. aku tumpas dengan nafsu makan. ku matikan enjin kapcai didepan sebuah warung. kak, bihun sup 3. xsampai 1minit aku menunggu. kak tambah cucur udang 2set. haish.

sambil aku menunggu. aku tertarik pada bunyi dari seorang budak lelaki. lebih kurang berumur 8thn.

dia membunyikan bunyi "erkkkk..." pastu gelak suka, khusyuk dia melihat kotak donut yg tah apa jenamanya.. ala2 dunkin donut.

aku hanya melihat gelagat dia dari jauh. xda terniat apa2. perkara biasa bila ada bunyi kita akan menoleh.

aku pandang ke arah kakak yg sedang membungkus bihun sup. tiba2 berkata..

"dia oku... "dengan hanya membuat isyarat mulut tanpa ada suara yg terkeluar.

mungkin dia faham aku tertanya2 kenapa anak dia berbunyi begitu. hati aku terus tersentap. argh. aku dah lukakan hati seorang ibu.

kakak tu terus bercerita. anak bongsu dia. xreti nak cakap. tapi muka badan semuanya normal. dia suka tengok lukisan2 @ objek2 pada kotak.

aku mula berbahasa kembali. bertanyakan itu dan ini. sedikit sebnyak aku faham dengan kerenah budak2 oku dan sindrom. adik ni pandai membawa diri. semua dia boleh uruskan sendiri. cuma dia xmahu bercakap.

ada sekotak kfc di depan dia. aku menoleh lagi melihat gelagat dia. kakak di depanku asyik bercerita.

anak dia suka makan kfc. kalau jmpa kfc kat mana2. kaki dia akan ada gam. terus xboleh jalan selagi xbelikan.

bila dapat makan kfc, adik ni akan angkat ibu jari tanda best smbil bercakap "mmmm sedapnya kfc..."

mak dia pun pelik. boleh pulak dia cakap sedap..

pastu sambung dengan nada yang sayu.. "mak ayah dia xpernah pun panggil... "
Related Posts with Thumbnails