23.9.12

Alhamdulilah...

 

Alhamdulilah..

Akhirnya aku telah membuat keputusan... aku tukar section...

dalam mg ni manager production datang jumpa aku..
walaupun group leader aku dah bincang dengan dia dan dah menolak tawaran itu..

sembang2... apa vision aku dalam masa 5tahun.. apa vision aku masa hari tua..
vision 5tahun temporary xda lagi.. vision masa tua.. terlalu bnyak..
nak jadi lecture, nak buka bengkel mengajar, nak jadi trainer, nak jadi macam2..
haish...

dia suruh aku compare vision kat section aku skarang n section yg bakal aku pergi..
kat section aku dala setahun 2 ni ja aku akan da projek.. tu pun yg kecik2 ja..
kalau aku ke new model.. macam2 lagi yg aku akan  belajar.. aku boleh blajar tentang satu proses pengurusan..

dari zero.. boleh lihat dari purchase, production, quality, hingalah delivery.. kena plan dan jadi seolah2 manager untuk projek aku tu.. semua section report kat aku.. bila semua dah selesai.. production jalan macam biasa, dah boleh lepaskan project tu..

kegilaan, kekusutan, keseronokan, ketensionan, semuanya boleh diagak bila paling tinggi temperature, bila aku mula jadi muka merah control marah... bila boleh menarik nafas lega.. apa2 pun.. semuanya mampu di plan.. but actualnya xtahu macam na.. macam skarang ada project yg lancar. ada project yg agak susah.. apa2 pun. as project leader.. kena sentiasa memikirkan macam na nak selesaikan masalah... tibai ajalah..

belum cuba belum tahu.. xkan nak mengalah sebelum mencuba.. Allah sentiasa ada untuk memberikan petunjuk... insya ALLAH boleh..

***********************************************************************************

dalam mg ni aku bz dengan anak2 kecil yg perlu dihantar ke sana sini... disebabkan ini model baru dan model agak mahal.. kena disimpan kat tingkat2.. sehari dua bolehlah org tolong aku tolak.. pastu aku pun segan dah nak mintak tolong orang.

sehari aku naik turun tah berapa kali.. naik lifter.. aku kan gayat.. 1st n 2nd day aku xsnggup naik tangga yg agak curam.. bila dah terdesak nak cepat.. aku kena panjat juga,, mula2 dari takut...  aku cuba juga kuatkan semangat.. entah macam mana.. suatu ketika.. aku rasa meremang bulu roma satu badan..... lepas tu aku dah xda rasa gayat... Alhamdulilah...

pastu aku ke ujung tingkat 2.. nak susun anak2 kecil ni supaya tersusun rapi.. kalau x jenuh aku xmenoleh ke bawah.. takut gayat.. skarang alhamduliah... penyakit gayat yg dah lama sebati dalam diri ini dah boleh diatasi...

aku memikirkan kembali.. aku dah melepasi perasaan takut itu... yg selama ini menjadi tembok penghalang untuk aku berjalan di koridor tingkat 2@3..

skarang aku hanya bg alasan untuk tidak menerima pelawaan ke section new model kerana aku selalu kena present kat top management dan di depan orang ramai lebih kurang dalam 1jam-2jam setiap sesi... dengan alasan aku xreti english.. padahal jepun2 tu pun bukannya pandai english pun.. sama ja macam aku.. ngeh..ngeh..ngeh...

terngiang2 kata manager production tu.. peluang hanya datang sekali.. mungkin inilah petunjuk2 @ pengajaran yg ALLAH berikan kepada aku supaya aku teruskan jua.. berjuang untuk kumpulkan ilmu pengetahuan dan berkongsi dengan semua insan suatu masa nanti...

bilakah lagi..

***********************************************************************************

Ilmu.. tiada penghabisan.. begitu meluas.. dari elektronik aku lari ke bidang automotif.. mula2 takut juga xdapat nak terima... cuba2.. alhamdulilah.. boleh menerima seadanya.. aku turut diberi peluang training engine.. then smbung training engine fuel injection... cuma after this aku xtahu kemana lagi hala tuju aku.. buat new model dulu.. then cabang ilmu itu akan terbuka lagi luas.. boleh ke painting, welding, assembly.. dan macam2 lagi..

impian aku suatu masa dahulu untuk merebut peluang dalam pelbagai training dah tercapai.. before this, ada yg kata, berbaloikah dengan gaji aku yg kecil ni... aku diberi peluang training macam2... dalam masa setahun lapan bulan aku bekerja disini.. hampir 12training yg dah aku ikuti..kalau nak ambil kat luar secara sendirian.. mmg dah hampir 15k rasanya.. ada yg gaji mahal.. but nothing... aku dapat knowledge..

aku buat kerja yg bersungguh2.. tidakkah ianya melepasi tahap job yg sepatutnya... dengan gaji yg kecil itu..setimpalkah? itulah pertanyaan orang2..  alhamdulilah.. ALLAH memberikan kembali kenaikan sedikit demi sedikit.. tangga gaji dah nak sama dengan org yg suka bangga2kan gajinya yg besar,,

dalam dok sembang2 dengan semua org tentang pendapatan masing2 untuk aku ke new model.. ada yg bertanya.. dah bincangkah isu gaji? aik.. kena bincangkah? aku rasa dari aku masuk dulu.. aku mmg xbincang isu gaji.. 1st gaji pun aku letak rendah dulu.. aku takut aku yg xmampu buat kerja dengan sebaik itu.. biarlah bos yg menilai untuk kenaikan itu nanti.. nanti akan naiklah mengikut job yg aku laksanakan..

manusia.. suka merasakan dirinya itu sngat hebat... sampai meletakkan value yg tinggi.. demand tentang gaji... tapi mai kerja.. goggle.. tengok movie... cukup time balik.. kelakar plak kadang2 aku melihat insan2 ini... apa2 ajalah.. wang xboleh dibawa kemana2..

aku dengan caraku tersendiri.. biarlah bos yg evaluate aku then segalanya aku serah pada ALLAH.. rezki itu datang dari ALLAH..


Related Posts with Thumbnails