Showing posts with label anak petani... Show all posts
Showing posts with label anak petani... Show all posts

5.7.12

Bus stop & rumah pokok

 Bus stop... dan rumah pokok... ada gak yg suka melepak duduk kat sini..

 bumbung tu untuk melindungi kayu daripada hujan... kadang2 ada ja orang yg duduk untuk berlindung dr hujan...

 tempat untuk pokok menjalar...

bila dah berbunga macam ni.. jiwa terasa berbunga2 sekali...

projek ni fail skit.. aku nak lindungi kayu dari rosak.. tapi aku kena siram pokok hari2.. walaupun hari hujan.. coz dah ada bumbung.. tengoklah ada masa skit nanti nak modified skit.. bagi pokok ada kat luar dari bumbung...

5.3.12

orkid hutan

masa p camron.. selalu akan nampak pokok orkid ni di sepanjang.. 

bila bermulanya kawasan tanah tinggi. maka pokok orkid hutan ni pun akan kelihatan..

ada juga yg guna orkid ni untuk buat tanaman lanskap...


dah lama aku nak ambik tuk tanam kat umah.. tp bukan mudah untuk tarik pokok ni keluar.. lagi pun sebelum ni naik inova.. manalah bapa nak bg ambik.. kali ni naik pikup.. n masa lalu kat situ pun baru ja pas hujan.. bolehla tarik pokok orkid hutan ni..

penuh kat belakang.. mmg menggunakan ruang dengan sepenuhnya..

balik.. cari port yg baik untuk tanam pokok orkid ni.. sebelum ni rumput karpet tu xda pun lagi.. pas aku tanam pokok orkid ni.. aku telah memperluaskan lagi jajahan untuk tanaman.. =)

alhamdulilah.. termakbul sudah niat dari zaman kecik2 nak tanam pokok orkid utan ni..

2.3.12

tomato kemetot

campak2...

t naiklah

14.2.12

orkid

suatu hari.. busan sngat.. xda keja part time.. tunggu kedai pun orang pun xdalah ramai sngat.. tengok sabut yg ada.. maka dibawak ke depan pintu kedai.. dicarik2 macam ni.. orang ada aku lari g jual.. xda orang aku buat kerja ni.. dalam masa 2jam siaplah semua sabut yg ada..

pastu aku pun ambiklah barang2 keperluan.. sabut.. arang.. pasu.. hari tu baru beli pasu tuk orkid.. ada pokok yg nak dipecahkan @ dibahagi2kan..

pasu ni satu RM2.. arang 5kg RM7.50.. 

kalau beli kat kedai pokok yg dah siap tu mahal tau..

lainlah kita xda benih jenis tu lagi.. bolehla kita beli...

ok dah siap.. tunggu nak masukkan pokok2 ja.. ada 2pasu yg dah merimbun.. smpai xmau keluar bunga.. kena bahagikan dalam pasu baru.. nanti barulah nak kuar bunga..

pokok ni asalnya aku ambik di melaka.. rumah nenek awa.. jiran kak dah.. bunganya color purle..dah kali ke 3 aku ubah pasu untuk pokok ni.. pas naik merimbun2 aku akan bahagi2kan lagi pasu yg baru...

ha yang ni plak aku ambik kat rumah mak chaq ina.. kan aku dah kata.. bila kita tukar rumah baru untuk pokok2 ni.. terus kuar bunga.. xsmpai 1bulan.. yg ni color kuning.. aku ambik benihnya dah lama.. dah berbelas tahun rasanya..

dari kecik aku mmg suka tanam menanam.. aku kan anak petani... =)

28.12.11

ulat.. gemok2..

nampak x?

memfokus bagi jelas skit..

 
ok nampak kan.. ni ja yg terbaik..

10.12.11

go green

 g camron.. shoping ni.. tiba2 nak go green.. dah lama xbuat aktiviti tanam menanam..

 aktiviti untuk mengubah pasu.. nak pecahkan kepada 2 bahagian..

 memang mahal pasu jenis ni.. pasu besar tu harganya RM18.. yg kecik tu ada beralun2 tu RM10...

 letak batu2 sket.. bnyak lagi batu2 yg ada.. beli dah 2tahun xabih2 g guna..

kalau kita nak beli pokok... ambiklah yg merimbun2.. coz balik boleh bahagi 2 pasu.. dapat bnyak sket.. harga sama ajakan.. pokok ni beli skali ngan pasu kaca beralun tu RM15..

dah dapat 2pasu.. ayuh jom GO GREEN kan rumah kita..

29.11.11

potong rambut pokok ceri

dah panjang rambutnya... xboleh bawa p kedai.. akulah yg kena kerat sendiri.. hehehe..

beruntung aku.. penyibuk ni tolong kutipkan.. aku hanya potong pakai cutter rambutan..

excited tul.. ada daun yg lekat kat celah dahan pokok ni.. siap g cari kayu nak tolak daun yg tersangkut...

cerewet sunguh... tali masuk dalam longkang... disuruhnya tarik dulu.. nanti kotor..

dia dah pegang kayu.. abislah... penyakit malas dah serang dia.. bila tanya awat xmau angkat dah? dia hanya jawab.. "penat"

dalam dok cut ranting2 tu... ada dahan yg patah... skali tengok ada ulat bulu.. meremang bulu roma satu badan.. baru2 ni aku pernah terpegang ulat bulu.. bukan main lagi gatainya.. sejak tu xmoh dah.. mmg berhati2 sungguh...

sejenis pokok tumpang... tah apakah namanya... apa yg pasti mmg xbaik untuk pokok asal.. t pokok tumpang ni mampu membunuh pokok asal...

pokok ni berasal dari tahi burung... burung terbang2.. then berak kat atas dahan.. maka pokok tumpang ni pun tumbuh dan hidup subur... ngan memakan pokok asal.. apa yg pasti.. jgn biarkan pokok ini berleluasa.... ambik parang... tebang terus dahan yg ada pokok ni menghinggap...

ok.. baru comel skit rambutnya.. bila duduk rumah kg ni.. bnyak keja nak di usahakan..


22.10.11

anak burung

 Disuatu hari.. aku tengah dok trim pokok kerak nasi..

oh ada sesuatu.. hampir2 nak terjatuh.. dek kerana aku dah potong sebahagian daun2 yg menjalar..

kucapai sarang burung itu.. oh masih ada lagi anak burung..

memberanikan diri dengan memegangnya... terasa akan dengupan jantungnya... kesiannya anak burung ni xboleh terbang lagi..

dua ekor burung dah dok melilau terbang.. bunyi bising.. tah apa yg dibebelnya... mungkin mak bapak burung ni.. yang takut akan gergasi ini memakan anaknya.. aku pun meletakkannya kembali..

aku masuk umah kejab.. bila aku kuar.. sarang tu dah terjatuh.. cuak gak aku.. tengok2 kat atas tanah... xda pun anak burung tu.. boleh terbang dah agaknya.. xpun mak bapak dia dah bawa dia p tempat lain...

15.9.11

Di sebalik cerita pisang

Macam2 ada dari pokok pisang...  semua boleh guna..


Ada daun pisang.. satu daun 20-30sen.. 1kg = RM1.50... selalunya kita guna yg agak2 pucuk lah.. daun yg tua2 mana boleh guna da.. nanti daun pecah2..

ok time nih kemuncak kehabisan daun pisang.. pembeli cakap xpa boleh ja guna daun2 yg agak tua.. sehari 4kg orang beli daun pisang.. xsompet deh nak naik daunnya... ada peniaga nasi lemak yg beli..

teringat suatu masa di rumah sahabat.. dia tiba2 p ambik daun pisang gara2 teringin nak makan nasi lemak yg di bungkus daun pisang.. hehe.. xda plak den pernah terfikir begitu..


Ada jantung pisang.. kau makan kah? oh den xmakan bah..

pisang awak.. pisang berangan.. bapa pernah g report polis gara2 pisang hilang sampai 8 tandan.... hehehe.. den pun terkejut masa tu.. sampai kena report polis..

pisang yang menanti tuk diperamkan.. masukkan pisang dalam kotak bersama2 kabat yang dibungkus dalam paper.. eh kabat tu apa? yg main mercun tu kah.. hehehe entahlah.. yang tahu.. semua peniaga akan guna kabat tuk kasi pisang @ betik masak serentak.. t baru cantiklah.. lebih kurang macam tu lah..

pisang susu.. enak di makan begitu saja..

pisang awak tiga segi.. sedap di goreng..

 pisang keladi pun sedap dimakan begitu saja.. kulitnya mmg xkan tukar color kuning.. macam pisang nangka..

tahukah anda.. warga nepal @ bangla @ vietnam.. mereka makan dairet jah pisang awak.. masa awal2 ada juga tnya nak goreng kah apa.. mereka cakap makan terus aja.. dah cakap pun macam itik ayam.. siap promote tepung beras lagi.. suh mereka goreng.. mereka nak makan macam tu juga..

lama2.. memang dah tahulah.. mereka dairet ja makan.. agak2 korang akan makan dairet x pisang awak.. macam makan pisang susu @ mas @ berangan.. erk.. terus terang.. xmakan deh.. sebab kelat.. ngada2 tul.. hehehe..


last kerepek pisang.. tuk buat kerepek pisang.. hanya pisang nangka yg selalu digunakan.. ada lagi pisang lain.. time pisang nangka ada.. bersedialah tuk aktiviti mengoreng..

tuk buat kerepek pisang... pisangnya xboleh masak.. walaupun sedikit.. t cepat lemau.. ada beberapa sahabat pernah merasa.. time mereka datang, kebetulan ada.. boleh buat perusahaan nih.. hehehe.. semuanya nak buat..

 ok.. last skali.. umbut pisang... sekilo RM1.50..  tengok batang pisang pun berguna jua tau... orang kata gulai batang pisang sedap.. kalau p kenduri area2 kg selalu adalah.. entahlah.. xpernah cuba pun..
Related Posts with Thumbnails