stawberi.. kalau g camron.. xbeli.. xsah kan..
mari2.. murah saja.. 3bekas RM10... percuma lagi satu bekas kecil... mari2.. kakak belilah.. itulah pujuk rayu peniaga...
mula2 beli beberapa bungkus saja.. nak beli untuk orang ni.. orang ni.. orang ni.. ok.. then p lagi sekali pasar malam tu.. teringat plak kat orang ni.. orang ni... haish.. kat semua orang kalau boleh aku nak beli.. ramai sngat yg dah berjasa kat aku.. masa nilah nak bg merasa sorang skit bagi insan2 yg susah nak ke camron..
plan pertama.. kena buat ketul ais dulu.. untuk delivery esok...
kami menginap kat apartment.. so adalah peti ais..
selamat smpai ke rumah... buah masih segar..
ais yg masih berbaki setelah perjalanan sekitar 7jam...
cepat2 masukkan ke dalam peti kat rumah plak..
mmg agak susah nak delivery stawberi.. rasanya kali ni yg betul2 berjaya.. dari 15bekas, dapatlah bnyak ni buahnya yg dah melecur.. dek kerana bekas yg bertindih2.. n dek kerana peniaga yg memang meletakkan buah yg sedikit busuk. bila dah 2ari. maka bertambah busuklah buah itu..
sebelum ni aku xmakan stawberi.. ni 1st time aku makan dengan bersunguh2.. apatah lagi yg cicah ngan coklat...
malamnya penin macam na nak delivery ke kilang plak.. macam mana nak membawa 15kotak stawberi dengan menaiki motosikal... dengan perjalan ke kilang selama 30minit dengan pecutan min 80km/j...
masukkan ke dalam beg GOgreen teseco.. then dilapisi dengan kotak..
alhamdulilah.. tersenyum melihat semua orang2 itu makan dengan bersemangat waja.. cuma ada orang2 yg kerja shif petang xda rezkinya.. sudah tiada peti ais dikilang..
aku hanya mampu tersenyum.. ini saja pengorbanan yg aku mampu lakukan sebagai membalas jasa orang2 yg banyak mengajar aku macam2 di kilang motosikal ini...
bukan sekadar pasang n buka motosikal.. sampai ke tukar tayer pancit pun aku belajar... mmg aku sapu bersih.. selagi ada masa.. semua benda aku nak belajar merasainya....