arghhhh.. blank.. no idea.. terasa tension..
audit xabis2.. yang lama xabis buat countermeasure.. datang lagi yg baru..
dulu aku ada masa 1tahun.. kini hanya ada 3bulan..
mmg kena letak gear 5.. kalaulah ada gear 6..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
seseorang datang... aku dah xmampu untuk menoleh.. hanya terus focus pada skrin.. idea mencurah2.. focus..
rasanya aku tahu siapa yg datang.. dia mmg selalu datang singah bila waktu dia rehat...
mungkin melawat bosnya.. tp bosnya amat bz.. sampai xsempat pun nak menoleh kearahnya.. apatah lagi nak bersuara atau memberikan senyuman sedekah...
dia duduk di kerusi.. macam kebiasan hari2 sebelumnya.. agaknya takda respon dari bosnya yg selalunya becok.. yang tiba2 diam arini.. dia mengundur diri.. terus berlalu pergi...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ditempat morning exercise..
"oi U punya orang ada kat ICU.. langar belakang bus" aku yg terdengar en.safety memberitahu en.bos aku.. berderau darah aku..
aku memandang keliling.. semua ada.. kecuali en.bos kecik.. ish xkan dia kot... moga2 bukanlah..
"en.bos kecik mana?" en.bos dah terjerit tnya semua org.. agaknya dia pun isau.. memikirkan siapakah yg di ICU..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
bla... bla... bla... oh en.bos kecik ada kat opis... pg tadi dia sakit perut.. sbb tu xjoin morning exercise..
bla.. bla.. bla... aku tersentap lagi.. bagai nak luruh jantung ini.. oh rupanya insan yg melawat aku ptg semalam.. dia yg eksident... YA ALLAH.. aku lansung xmenoleh untuk pandang dia.. aku buat xtau ja masa dia mai lawat aku... betapa teruknya aku ni...
entah dia terasa ati ka tidak ngan tindakan aku.. kejam nya aku melayan insan2 begitu..
aku nekad nak melawatnya di hospital.. walaupun p sorang2...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"sakit mak.. sakit... mak.. bukaklah benda ni" dia meraung2.. suruh mak dia membuka benda alah di lehernya.. doc suspect tulang lehernya patah..
semua yang berada di sekeliling menahan sebak.. tidak kira lelaki atau perempuan.. masing2 bergenang air mata..
"beristifar nak.. janganlah macam ni.. zikir banyak2.." sambil mak dia membisikkan sesuatu..
mulutnya terkumat kamit.. sambil dia menarik nafas panjang.. matanya terpejam..
ku lihat ada sedikit ketenangan..
fikiranku laju teringatkan suatu ketika.. aku melawat sahabiah di hospital seremban.. lebih kurang sama aja situasinya sekarang.. betapa tabahnya dia.. hanya pendamkan kesakitan itu.. tidak mahu ibunya disisi lebih risau.. dia tidak meraung2 untuk tunjukkan kesakitan yang ditangungnya..
"mak bukak ni mak.. sakit mak".. sambil meronta2.. fikiran aku kembali ke alam nyata..
mak dia terus memujuk2,, suruh dia berzikir dan pejamkan mata..
bius ditangannya dah berdarah.. dek kerana meronta2..
seorang2 demi seorang sahabat handai dia yg datang melawat..
betapa baiknya insan2 ini.. walaupun mereka bukan dikalangan insan yg belajar tinggi2.. tp mereka penuh dengan sifat2 murni...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
seminggu berlalu.. dua orang rakan sekerja nak pergi melawat dia.. aku pun join sekaki..
alhamdulilah.. dia dah boleh bngun dan berjalan.. cuma tangan dia ja yg patah.. ada 2 bahagian yg patah..
rakan sekerja aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia.. then dia pun bersalam dengan seorang lagi..
tiba2 dia hulurkan tangan untuk bersalam dengan aku..
"aik nak salam juga ka?" mulut capoi aku ni mengeluarkan kata2..
tangan dia masih lagi dihulurkan..
aku dah terfikir macam2.. dia ni agak alim.. xkan dia xtau kot.. mana boleh salam.. xkan coz eksident ni buat dia xboleh fikir ngan waras..
alahai.. macam2 aku ni.. dosa haritu pun masih belum minta maaf...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
106hari berlalu.. dia dah boleh bekerja semula.. aku yg tahu dia dah start kerja.. pergi mencarinya pagi2...
"macam mana dah ok kah?" smbil aku tersenyum
"ok... macam ni lah" smbil dia membalas senyuman..
kalau ikutkan hakikat sekarang aku lagi bz 2x ganda.. dek kerana benda dah pernah berlaku.. insya ALLAH aku akan hargai insan2 yg berada di sekelilingku..
teruknya aku suatu ketika dahulu.. terlalu pentingkan diri.. bila sesuatu berlaku baru nak menyesal.....
bila kita dah tersedar.. berubahlah...
bagaimana dengan kamu?