teluk bahang
merilekskan minda di hujung minggu dengan hiking ke pantai keracut..
kepelbagaian bunyi oleh kehidupan alam.. terasa tenang.. walaupun kepenatan...
perjalanan sekitar 1jam- 1jam setengah.. ikut speed masing2.. aku biasalah.. org terakhir.. pancit.. alhamdulilah.. smpai jua..
khemah paling old school.. haha khemah akulah tu.. dah 20tahun rasanya.. seingat aku masa darjah 2 mmg dah ada... walaupun khemah lama.. boleh memuatkan 4org.. berjasa juga.. khemah2 yg baru lagi cantik tp boleh muat 3org ja..
malam tu kebetulan ada rombongan adik2 sekolah seramai 80org.. ramailah yg memeriahkan suasana.. kalau setakat kami2 saja dalam 20org mesti rasa sunyi ja..
sebelum ni aku xda pernah terfikir pun nak buat macam ni.. hehehe.. pasni tau dah..
semut liar agak bnyak.. tuk mengelak kicap dari dikeremuni oleh semut...
buat bbq skit... hanya ala kadar tuk lapik perut n memenuhi masa pada malam hari..
aku sekadar jadi coach ajar org tuk terapungkan diri.. wakaka... bak kata lain.. ibu ketam ajar anak berjalan.. sendiri pun xreti sangat berenang.. ada ati nak ajar org... =).. hnya berkongsi macam mana nak terapungkan diri.. alhamdulilah 3org anak2 murid dah boleh apungkan diri.. bila dapat apungkan diri... terasa akan ketenangan.. suatu kenikmatan..
sebelum balik.. ambik gambar beramai2 untuk kenangan..