7.9.10

Tunggul kayu

Pengkalan balak melaka
Feb 2006
By-Hp sabun

Tanpa Air

Dengan Air

Masa nampak tunggul kayu ni, dok terfikir juga. kayu apakah ini.. skali tengok macam tiang LLN.. tiang  elektrik yang dulu2 kan guna kayu.. hehehe.. mana guna LLN dah.. tahu x apa itu LLN... lembaga letrik negara.. skarang nama TNB.. 

5.9.10

Taming Sari

Menara taming sari
Bandar hilir melaka
April 2008
Bersedia semua. UFO sudah mau berjalan. Masa naik ke atas, lampu terpasang. Boleh melihat memek muka masing2 yang takut. Terutamanya makciklah.. Aku kan gayat..
Dah sampai atas, lampu UFO dipadamkan. UFO mula berputar perlahan2. Ketakutan gayat tadi dah terbayar dengan pemandangan yang indah.  Semua view boleh nanpak. Kapal besar, mahkota parade,  dataran pahlawan. hospital mahkota, highway tepi laut pun boleh nanpak.  Durian tunggal ja xboleh nampak.  Hahaha.. mana nak tahu kot2 boleh melihat rumah sewa kami.

Saja menghayati detik2 terakhir bersama kengkawan di  Melaka.  Kalau siang kompem makcik xnaik nih.  Naik2. Sorang RM10 kot. Harga student masa tu. Harga sebenar xingatlah. Agak berkira2 juga masa tu. Student katakan. Dapat diskaun ada kad student kami naiklah. =)

4.9.10

Hello

Remote rumah anda selalu berjalan2 dan suka hilang?.. mahu cuba cara ini?.. =)..

Makcik yang xpuas hati membelek tengok di mana wayer phone tu di letakkan. Wayer tu telah di bumikan.. erk cam nak nak cakap... kalau sapa2 penah keja kilang electronic, wayer tu di bumikan ala2 wrist trap ESD... padahal di screw benda alah tu aja.. jnji melekat kat kayu.. xda kaitan pun dengan pembumian macam pendawaian elektrik...

masa lepak kat kerusi.. aiyak.. remote ni limited lah plak untuk bergerak..

begitu juga diri kita.. kadang2 kita kena berubah untuk menjadi lebih baik.. bila dah berubah, kita akan lebih terikat bagi melakukan satu2 keburukan itu... =)

2.9.10

Kesan Angin

Tok Bali

Pasir Berombak

Menimbusi Sesuatu

Mula  menghakiskan kesan tayar

Tika snap, dapat melihat pasir2 yang berterbangan.. sungguh indah.. menimbuskan objek2 dan menghapuskan kesan2 tayar.. pasir yang berterbangan xdapatlah di snap.. kena tungu ada yang canggih skit.. bila tu.. hehe angan2 ajalah.. cukuplah terpahat dalam memori.. =)

31.8.10

Mural

Balai seni lukis
Bandar hilir melaka
Mac 2008

=) xpasti ini dikategorikan sebagai mural @ tak..
makcik belasah aja letak entri mural

Paling suka lukisan ni. Kadang2 guna juga as desktop background. Penuh cerita yang tersendiri. Keindahan alam kita yang semakin tercemar. Dimanakah tanggungjawab kita sebagai manusia yang suka membuang sampah di merata2 tempat.

Masa pergi ni dengan peminat angkasawan kita. Hehe sekarang dia dah xteruja. Kenapa makcik xambil gambar full erk? Oh mugkin kerana gambar2 ini ada di lorong aja. So limited untuk ke belakang lagi. Jarak pun memainkan peranan bagi sesuatu gambar itu nampak cerita yang pelbagai.

Semangat patriotik
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka.. Hari Merdeka Ke-53

Kehidupan malaysia


Unik.Pemegang pintu yang menggunakan keris.

Sebuah lukisan dengan kalimah ALLAH.

Banyak2 museum makcik pergi, museum seni aja benda2 yang menakutkan ini. Ada lagi replika yang lain, tapi ada gambar orang. Maleh nak upload. Pernah juga tengok suatu replika yang besar di museum seni kuching sarawak. Gambo? xda. Sebab excited melihat2 replika sampai lupa nak bergambar.
Baru ni masuk ke museum KT. dapat lihat ajalah. nak ambik gambar xboleh. dah di warning awal2. so simpan dalam memori ajalah.

Ada setengah orang sangat jelik dengan museum. Sebenarnya macam2 ada kat museum tu. Walaupun museum seni lukis, banyak cerita tersendiri. =).

lihatlah sesuatu dengan pandangan hati, jangan sekadar melihat dengan pandangan kosong, kerana anda yang akan rugi nanti.
Related Posts with Thumbnails