24.12.12

bebel2

Sudah pulang dari pangkor.. tema kali ni..

makan.. makan... makan..

tido... tido... tido....

dah xda semangat nak ambik gambar... kenapa? entahlah..

 
masa tiba di pekan pangkor.. tiba2 ja nak ambik gambar.. just untuk situasi ini.. pinjam hp blackberi adik.,,, jadilah untuk kongsikan bersama2...
 
punyalah nak menunjukkan bnyak jenis size..
 
sampaikan anak tamban ni pun dikategorikan dari anak tamban, cucu tamban, cicit tamban dan piut tamban...
 
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
on the way makan roti canai.. sampai pekan pangkor makan nasi tengahari.. lauk ikan temenung ngan ikan pari air asam.. then tido..tido.. tido.. nak mandi laut pun masih panas sngat.. t itam belengik.. ptg makan lempeng pisang,... ptg skit nak magrib makan char koew teaw ngan nasi lemak.. then.. tido..tido.. tido... tengah malam bngun makan nasi goreng paprik seafood,,
 
haha.. makan macam xmakan setahun.. bukan apa.. bila hari dah keja.. ssh skit aku nak merasai nikmat makan.. asyik makan makanan kantin kilang ja... naik cemuih dah den.. pagi2 pun just breakfast yogert @ susu anlene...
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
mandi manda di laut.. terasa nikmat... berlatih berenang... bertambah kemajuan.. keyakinan diri makin dirasaai..
 
naik kayak.. skali lagi buat rekod.. pusing pulau giam,,, nek ngan adik.. ombak agak kuat.. tp kuatkan semangat gak..
 
paling mencabar bila speed bot dok sibuk p mai2 then terhasillah gelombang besar.. then penumpang2 diatas bot tu dok gelakkan kami yg terkial2..
 
skali lagi.. terasa akan keyakinan diri makin meningkat.. kalau x dulu jenuh la nak paksa aku naik bot @ berada ditengah2 laut diatas kayak dengan ombak yg kuat..


syukur allhamdulilah...
 
keyakinan dalam diri.,.. hanya diri sendiri yg kena berusaha untuk teruskan berusaha untuk mendapatkan sesuatu untuk berjaya....
 
***********************************************************************************
 
awal2 pagi dah bergerak pulang.. next trip untuk makan2,,, nak ke kg lempor, manong, kuala kangsar..
 
dari lumut buat2 macam tau ja jalannya macam na,, main redah mencari beruas.. then manong...
 
along dah bersuara.. bila nak beli gps.. huhu.. bukan satu kepentingan pun,,.. lagipun bila guna gps.. macam xmencabar minda.. xboleh blaja... t manja ja.. semua xingat..
 
walhal xmampu deh nak beli.. nak bayar utang yg menimbun tu bagi susut skit dulu.. baru leh pikir bnda2 len...
 
sampai beruas... alamak, kiri @ kanan... akhirnya mengaku kalah.. suh adik call kawan dia.. nak kena p kiri @ kanan.. punyalah malas nak turun tanya org kat pekan tu... hehe..
 
akhirnya smpai jua di gerai cendol pulut... tujuan utama.. nak makan cendol.. tujuan kedua, nak makan soto.. tujuan ketiga, nak mengeratkan silatulrahim.. tuan punya kedai tu dulu mengasuh anak buah.. then dia dah pindah dok sana...
 
sambil jalan2 p cari makan.. leh jalan2 erat silatulrahim... dulu aku mai bawa mak ngan bapak.. kali ni bawa adik ngan along plak..
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
balik tu singgah kat kuala kangsar.. ada org kirim chop nyok.. yg version pendek.. sblm ni aku beli.. org tu tengok senang nak guna.. dia pun nak gak.. dah alang2 kami ke sana.. tolonglah beli.. then tujuan ke dua nak nak beli kerepek pisang..
 
haha.. makan kepek pisang xsempat smpai changkat jering dah abih..
 
last version jalan2 cari durian...
 
guna jalan kg dari kuala kangsar ke changkat jering.. tah macam na terlepas beberapa gerai.. then g beli kot jalan otw nak ke lumut balik.. tah apa namanya.. then baru patah balik nek tol...
 
then tukar drive.. time aku tido.. tido.. tido.. sapu minyak cap kapak.. penin... bau durian satu keta..
 
smpai umah smbung lagi tido.. now aku jadi burung antu..
 
untuk buat kerja cost yg terbengkalai.. dah abih untuk berjimba2.. dah abih untuk berkoya2.. masa untuk kembali bekerja...


ayoh.. caiyok2...

20.12.12

=)

xsabar nak tunggu ujung mg...

insya ALLAH xda aral melintang..

aku akan ke pulau pangkor...

pergi untuk menenangkan fikiran..

ceh.. xda maknanya.. dah dasar kaki berjalan kan.. ngeh2...

***********************************************************************************

keja.. keja.. keja..

aku terfikir sejenak.. eh hari ni hari apa? eh esok dah jumaat..

cepatnya masa berlalu.. apa yg aku buat?

semalam dah start blk lewat.. smpai umah kul 11mlm..

kena kuar ngan 3 designer dari negara jiran.. ptg bw depa ronda ambik gambar untuk tengok culture org kita.. nak reflect dalam design seterusnya//

p kedai.. tengok actual part yg ada dipasaran.. kepo2 tanya toke apa komen pengguna..

p area shoping complex.. depa request nak ambik gmbr produk kami ngan produk2 pesaing..

then p nek peri.. tungu giliran smpai 1jam.. anyway sgalanya rasa puas bila depa gembira.. bnyak smple2 gambar yg boleh dicapture..

apa yg best.. sblm nek peri, depa tanya berapa bnyak keta leh masuk.. hahaha//

mmg dasar org engener... mmg boleh masuk sekepala./// sama macam kawan2 den.. suka pikir yg pelik...

sblm ni ada org dah tanya aku.. berapa max keta leh masuk dalam peri.. alamak dah lupa fakta.. nek peri terus aku p cari balik notis yg ditulis.. max 32kereta...

best ja rasanya jd designer... cita2 lama untuk jadi arkitek..

mlm bw depa kuar mkn.. then kena anta balik otel.. dalam dok letih2 pun.. depa sempat bincangkan projek seterusnya.. suka sngat depa tanya pendapat kami untuk masukkan idea sblm design fix..

insya ALLAH skarang komen.. nanti pengguna guna.. pengguna suka.. ikut citara.. pengguna happy.. pahala pun dapat...

mmg letih badan.. depa mai 2ari.. sehari setengah cuma compen design.. komen.. buat improvement..

apa2 pun.. hoyey.. enjoy sngat.. dapat p tempat maker.. dapat g tengok satu process baru dalam membuat baju untuk mutuckal...

sepanjang 2hari.. aku ambik kesempatan smbng2.. walaupun masing2 englih xbrapa nak teror.. tp oklah,... beter skit dr ayam itik yg bercakap.. masih lagi boleh berkongsi idea..

terkoya jugalah bila teringat kembali nostalgia lama.. bersama teman2.. berkoya2 nek peri.. berjimba2...

now.. nek feri atas dasar keja.. oklah.. hati gembira juga...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

jauh dilubuh hati.. aku agak takut xmampu pikul tanggungjawb ni..

apa2 pun.. bukan pangkat dan gaji yg aku kejarkan..  aku cuma mahukan ilmu pengatuan yg baru.. insya ALLAH yg aku boleh gunakan suatu hari nanti..

jauh perjalanan luas pengetahuan.. begitu juga dalam bidang kerja..

aku perlu tabah untuk meluaskan ilmu pengetahuan... aku masih xda target untuk masa depan..

apa yg datang.. aku cuba harungi.. selagi boleh, aku kena terus berusaha..

solat zohor.. memohon pertunjuk dari ilahi.. bagaimana nak memulakan membuat satu kerja yg baru.. tiba2 nak kena buat cost.. mmg zero terus..

solat asar.. air mata mengalir.. meminta bntuan Ilahi.. bila menemui jalan buntu.. blank.. xdapat faham pengiraan.. bila rakan sekerja mula mengelak.. dia kata dier... dier kata dia...

solat magrib.. air mata kegembiraan mengalir.. Allah memberikan petunjuk.. dengan memberikan idea yg mencurah2 dan menghantar pertolongan dengan rakan2 sekerja mula memberikan tunjuk ajar..

###################################################################################

syukur alhamdulilah sngat2..

aku bukanlah mengeluh bila sudah menerima tanggungjawab.. cuma sekadar berkongsi dengan orang yg memerlukan..

ingatlah.. ALLAH sentiasa ada..

16.12.12

?%!&##@^+

Tiba2 hari ni blur...

pagi2 dah kena bantai..

You dah confirm ini..

you dah confirm itu?

budget macam mana?

Cost ok x/

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tarik nafas panjang...

Kalau aku yg dulu.. mulalah nak anta surat.. wakakaka...

Xboleh2.. kena buat muka xmalu.. kena kuatkan usaha..

Allah ada bersama..

Releks.. bertenang.. cari tujuan... cari masalah... cari tujuan...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapat laptop baru.. =).. pinjam.. reta company.. kalau guna laptop aku.. mesti malas nak mengupdate...

why? sbb lembab tahap gaban...

========================================================================

kenapa masa berlalu terlalu cepat... rasa macam baru ja pejam mata.. dah terjaga..

rasa baru ja hari isnin... dah smpai ujung mg...

apa yg aku buat? masa tu mmg berbaloilah guna sepenuhnya..

study drawing... study process.. compile data.. imagine macam mana actual result.. buat report..

macam jadi pelajar.. masuk kelas.. ada test.. ada praktikal.. ada presentation...

**********************************************************************************

masih terfikir kata2 orang..

"hg dah bahagia dok kat section sekarang, cari nahas ja p tempat baru ni"- kadang2 kata2 bisikan itu diulang2 ditelinga.. cepat2 ubah balik niat tujuan asal..

"boleh tahan ka dengan org yg xsebangsa?" - kadang2 bila 4row meja tu dok cong cang cong cang.. aku haram xfaham sepatah apa.. kena kuatkan semangat gak.. apa yg depa xmau share xpa.. depa gak yg rugi.. as a team kena kongsi untuk kebaikan bersama..

"kenapa mesti p section tu? langsung xda cabaran" - uwaaaaaaaaaaaaaa.... xda cabaran apa.. aku dah mula rasa tercabar... terus cabut balik kul 5... lari bertenang sat.. senin baru fikir balik cam na...

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

sebenarnya apa yg kita cari dalam kehidupan ini..

apa yg kita nak buat.. apa yg kita nak org buat untuk kita.. dan apa yg kita nak buat untuk orang..

bebas... bebas dalam melakukan apa2... bebas dalam pemilihan.. jangan terlalu mengongkong itu xboleh.. ini xboleh.. jangan sekat atau control kehidupan kita @ orang lain.. selagi xmenyalahi syarak.. buatlah.. unlimited..

tenang.. kalau kita xtenang.. macam mana nak bg orang lain tenang.. kalau orang lain xtenang.. macam mana nak bg kita tenang...

bahagia.. buatlah benda yg kita rasa bahagia.. baru rasa kenikmatannya.. jangan memaksa benda yg orang lain xsuka.. masing2 ada pandangan masing... kadang2 kita perlu hormat keputusan orang lain untuk membahagiakan dia...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

apa yg aku merepek ni... wakakaka.. entahlah..

papai.. nak p study buat report.. cam na nak update progress projek...

uwaaaaaaaaaaaaaa... nak nangis rasanya...

doakan aku... untuk mempermudahkan perjalan ini..

11.12.12

Paku & pengukuran

bila mana nak membeli paku.. aku akan tanya.. berapa inci yg mahu... ianya bergantung pada projek yg dibuat.. kadang kala hanya memerlukan paku yg pendek2.. kadang2 memerlukan paku yg panjang2..

meh aku beri sedikit tips.. tahukah anda berapa panjang paku kecil ini? bg yg belum mengetahui.. panjang paku ni 1 inci.. bg setiap lekuk di jari kita.. ianya lebih kurang 1 inci panjangnya..

ok... cuba teka yg ni berapa inci? yes 1 1/2 inci... so kalau anda xconfirm panjang sesuatu paku.. leh la ukur pakai jari.. sebenarnya leh ja ukur apa2 pun jika kita nak menagak sesuatu ukuran sekiranya tika itu xda pembaris..

 untuk lebih kepastian ukurlah pakai pembaris...

sekecil2 paku hinggalah sebesar2 paku.. kita leh agak berapa panjangnya.. kerana bila kita p beli paku kat kedai.. dia akan tanya nak paku yang berapa inci...

kadang2 pembaris bukan senantiasa ada di sisi kita.. nak budget beli paku berapa panjang.. ukurlah dulu pakai jari kat kayu tu.. agak2 paku xtembus n leh masuk dengan baik.. ambiklah ukuran itu...

selamat mencuba pas ni.. gunakanlah jari2 anda untuk mengangarkan ukuran sesuatu benda bila mana xda pembaris..

Allah dah memberikan sesuatu yg istimewa pada tubuh badan kita untuk digunakan di dalam bidang pengukuran..

contohnya satu takat jari bersamaan 1 inci.. .. satu lengan bersamaan satu kaki..

semua itu telah diguna pakai oleh orang dulu2.. gunakanlah....

6.12.12

pending seketika

salam. lama tul xmengupdate...

entah.. masa begitu mencemburui.. ada ja lagi gambar2 yg nak dikongsi bersama..

cuma.. entahlah

kadang2 dah siap sedia.. mod plak xda..

kadang2 dah siap sedia.. laptop plak lembab xterkata..

kadang2 dah siap sedia.. broadband plak buat masalah...

bebai2.. mmm sudahlah.. xpayah update..



baru2 ni buka.. terfikir seketika.. melihat pengunjun yg sudi singgah..

tiba 2x ganda.. semua mencari maklumat dalam labels cuba buat..

tersenyum.. bukan suka.. sekadar mengucap syukur pada Ilahi..

moga itu ja yg termampu untuk aku kongsikan.. sesuatu yg berguna buat semua..



dahlah.. papai
Related Posts with Thumbnails