13.8.10

Fokus

Pantai Tok Bali
By - N95


Try the best shoot.. =).. nak menceritakan akan kisah daun yang bulat.. mungkin terlalu dekat.. so autofokus xdapat nak capture.. xambik banyak sample.. hanya 3keping.. kita try dimasa akan datang.. berusahalah.. =)

11.8.10

Adakah hanya bermusim

Masuk ja bulan puasa.. kurma pun akan di jual di serata2 tempat..

Bagaimana pulak dengan iman kita.. adakah akan ada perubahan atau sekadar sama aja dengan bulan2 sebelumnya...


Telur masin.. selalunya 1mg laku dalam 5-10biji ja.. masuk ja bulan puasa.. 1mg 50biji..

Bagaimana pula dengan amalan kita.. adakah amal ibadat turut meningkat berlipat kali ganda..

atau sekadar perut yang makin meninggi dan berat yang makin bertambah..

Pulut pula masa2 nak raya nanti.. ataupun sebelum nih masa musim durian..

Bagaimana dengan diri kita.. adakah keinsafan itu sekadar datang bermusim?

Mari sama2 kita muhasabah diri kembali.. adakah habis aja bulan puasa nanti kita akan mula kembali lupa.. dan hanya akan beringat kembali bila tibanya ramadhan akan datang..

10.8.10

Ranting

Pantai Tok Bali
By-N95

Snap.. edit.. barulah upload..
Apakah maknanya.. bila kita ambil gambar.. balik transfer.. baru boleh lihat dengan jelaskan.. so pilihlah dahulu.. then croplah mana2 yang xpatut.. masa kita snap tu bukanlah smua yang kita rancang akan masuk dalam frame.. kadang2 ada aja anasir2 yang xsepatutnya masuk sekali.. so tolonglah crop pic2 anda supaya menarik skit.. biarlah gambar itu dapat terangkan sesuatu yang jelas.. =)..

ingat jangan main tibai upload.. sampaikan gambar gegar yang memang blur xnampak apa2 pun nak upload.. adoi.. orang yang klik button next tu pun malas nak klik lagi kalau cengitu.. terutamanya kat fblah.. maklumlah.. limitkan sampai 200keping.. semualah dia upload...biar upload sedikit.. tapi memberansangkan k.. sejuk ja hati orang2 lain yang tengok.. nih gambar yang tah apa2 pun nak upload.. biarlah molek2 sikit ok...

Dah2.. Jom kita lihat... Kali ini kisah satu ranting plak..

Ala2 berada di padang pasir..

Dongak sedikit camera untuk cerita ranting dan backgroud langit yang membiru...

Objek sampingan di hadapan dan di belakang ranting


Makcik hanya guna camera hp... Siapa2 yang berminat.. Selamat mencuba.. insya ALLAH anda jua mampu lakukan.. =).. jenis camera bukanlah suatu ukuran.. camera kompak @ cikai @ cap ayam pun xda masalah.. so jangan malu2.. hargai apa yang ada... jangan kedekut untuk snap.. klik aja.. ambik ja berapa ratus keping pun.. bukan selalu kita akan dapat ke suatu tempat itu.. kalau dapat pergi pun.. selepas ini viewnya tak akan sama dah.. sebab itu bila jumpa apa2 menarik.. hargailah peluang yang ada..

Apa yang lebih penting adalah skill.... bagaimana kita framekan.. dimana sudut kita.. bagaimana kita nak mencerita apa ada dalam sekeping gambar.. pastu jaga tangan.. jangan ketaq... usah malu dengan orang sekeliling.. biarkan aja apa orang nak kata..

Sekadar mengambil gambar bagi kepuasan diri sendiri.. buat apa ambik gambar orang lain dan set as desktop background di pc kita.. bukankah lebih baik guna aja pic yang kita suka yang di snap sendiri.. mungkin itu lebih baik.. dan setiap kali kita buka pc.. kita akan melihat dengan suatu perasaan... bukan sekadar pandangan kosong.. berusahalah.. =)

9.8.10

Terpenjara

 
Saat ku inginkannya.... 
Ku tibai makan tanpa bersahaja.... 
Kerana musimnya hanya setahun sekali... 
Bila sakit tekak baru nak merasa merana...
Terpenjara di dalam dilema..
Antara sakit atau nafsu keinginan....

8.8.10

Jangan kaku dan pemalas

Pantai Tok Bali..

Dalam kehidupan jua tidak boleh hanya kaku dan pemalas.. berusahalah untuk kejayaan.. jangan senantiasa berada di takuk yang lama..  berpandanglah ke hadapan.. apa yang lalu biarlah ia berlalu..

Hanya suatu objek.. tapi bila di snap di pelbagai sudut.. begitu banyak cerita tersendiri.. walaupun sekadar beberpa objek yang akan ketara yang berubah..

begitu jua kehidupan kita.. jangan hanya memandang secara terus.. kehidupan kita akan rasa kaku sahaja.. pelbagaikan sudut pandangan.. anda akan merasai kenikmatannya.. keceriaannya.. hargailah masa2 yang berlalu.. dan hargai orang2 di sekeliling..

Suatu pandangan jauh.. masa terus bergerak tanpa henti...

masa terus berlalu tanpa kita sedari.. sejauh manakah diri kita sekarang.. apakah motif kehidupan.. kenapa kita di dunia ini.. fikir2kan.. apa yang kita kejar.. dan kenapa kita kejar.. pastikah dengan benda yang kita kejar? adakah kita berada di landasan yang betul?

Sudut yang sedikit membezakan akan besar atau kecilnya sesuatu objek..

Kadangkala kita kena bandingkan kita dengan sesuatu.. bukan kerana kita besar kita betul.. bukan kerana kita kecil kita kita kurang hebat... bandingkanlah untuk kebaikan.. hidup bukan untuk menunjukkan siapa lebih hebat..

Menceritakan akan pelbagai cerita..

Hidup yang penuh onak dan duri.. manusia tidak boleh lari dari kehidupan.. susah atau senang.. tempuhilah.. muhasabahlah.. mencari jalan penyelesaian yang terbaik..






Related Posts with Thumbnails