Pantai Tok Bali..
Dalam kehidupan jua tidak boleh hanya kaku dan pemalas.. berusahalah untuk kejayaan.. jangan senantiasa berada di takuk yang lama.. berpandanglah ke hadapan.. apa yang lalu biarlah ia berlalu..
Hanya suatu objek.. tapi bila di snap di pelbagai sudut.. begitu banyak cerita tersendiri.. walaupun sekadar beberpa objek yang akan ketara yang berubah..
begitu jua kehidupan kita.. jangan hanya memandang secara terus.. kehidupan kita akan rasa kaku sahaja.. pelbagaikan sudut pandangan.. anda akan merasai kenikmatannya.. keceriaannya.. hargailah masa2 yang berlalu.. dan hargai orang2 di sekeliling..
Suatu pandangan jauh.. masa terus bergerak tanpa henti...
masa terus berlalu tanpa kita sedari.. sejauh manakah diri kita sekarang.. apakah motif kehidupan.. kenapa kita di dunia ini.. fikir2kan.. apa yang kita kejar.. dan kenapa kita kejar.. pastikah dengan benda yang kita kejar? adakah kita berada di landasan yang betul?
Sudut yang sedikit membezakan akan besar atau kecilnya sesuatu objek..
Kadangkala kita kena bandingkan kita dengan sesuatu.. bukan kerana kita besar kita betul.. bukan kerana kita kecil kita kita kurang hebat... bandingkanlah untuk kebaikan.. hidup bukan untuk menunjukkan siapa lebih hebat..
Menceritakan akan pelbagai cerita..
Hidup yang penuh onak dan duri.. manusia tidak boleh lari dari kehidupan.. susah atau senang.. tempuhilah.. muhasabahlah.. mencari jalan penyelesaian yang terbaik..