Apakah ini? Mahu buat iklan IKEA kah? eh tidak2. Saja berkongsi sedikit cerita tentang kunci pintu. Ianya pentingkan dalam kehidupan kita. Yakinlah anda mampu lakukan sendiri. Sebab makcik pun boleh buat. Senang aja benarnya. Orang melayu kita ja suka buat susah2.
Erk nak buat apa neh. Nak tayangkan koleksi kah? Oh tidak sama sekali. Semua orang ada peralatan ini kat rumah. Malah ada yang lebih canggih. Bukan nak guna semua peralatan ni. Just nak guna screwdriver ja. Mata plak pilih yang jenis philips. Saiz yang sedang2 aja..
Kunci pintu besi yang rosak. Jem. Dah letak minyak. Sama juga. Bila busan2 xda keja nih, rongkahlah semua. Sebab senang kan. Just putar2 screw driver. Screw smua dah kuar, terbarailah semua. Try2 tengok. Kompem rosak nih. Hehe. Buka sebab nak bagi puas hati. Mana tahu kot2 boleh cari punca yang nyata.
Belilah yang baru. Jenama Yale xda. Bolehla jenama apa pun. Dah berapa hari xkunci pintu besi. Bahaya juga tu. Seketul yang baru RM33. Along yang g beli. Yang lama toke kedai try buka, dia pun dah compemkan mmg rosak. Ok dah senang hati.
Jom pasang balik. Senang aja kan. Nampak x ada lubang screw. Just buka dua screw. Nak pasang pun samalah. Xsusah mana pun. Dah pasang test tengok.
Kunci Pintu papan pun penah rosak. =). Anak2 buah suka tutup pintu kuat2. Masing2 berumur 1,2,3 tahun masa tu. Sekarang dah pandai tutup pintu pelan2. Sebab takut nanti kena rotan dengan makcik. Garang tau. Kalau ketiganya ada kat rumah, memang gamatlah. Berterombe bak kata Dila.
Yang ni pun senang aja. Dari dalam rumah just buka 3screw, dari luar 1screw. Pastu dah boleh tarik keluar. G kedai hardware beli ja satu set baru. Sebelum ni penah rosak, sping kat dalam tu terkeluar, dah betulkan. Kali ke2 rosak xdapatlah nak menolong. Kena laburkan duit juga. Mahal seh. Seratus lebih rasanya. Sejak tukar yang baru, dengar ja anak buah tutup pintu kuat2, mulalah ambik rotan atas almari sambil berlakon macam garang sangat. Hihihi. Sambil2 cakap lepas ni rosak lagi guna duit hangpa plak. Padahal budak2 tu tak tahu apa2 pun pasal duit.
Masa baru2 tukar, tiap2 malam ada bunyi macam orang nak cuba buka pintu, bunyi tap aja. Macam bunyi bila kita lepaskan balik tempat tekan tu. Mula2 macam takutlah juga, betulkah ada orang? Pelik juga. Masuk hari ke3, nak sedapkan hati bagi tau adik. Agaknya bunyi sebab baru tukar kot. Hihi. Mana satu yang betul xtahulah. Wallahualam.
Dah abis siap semua keja, simpan balik peralatan. Masa keja dulu, kalau ada duit lebih, suka beli barang2 untuk penuhkan box ni. Mungkin berguna jika suatu2 masa emergency. Orang lain sibuk beli handbaglah, highill lah. Apa makcik peduli. Tengok time2 nak guna, boleh gunakan sepenuhnya. Xpayah pangil2 orang. Panggil orang nanti kena bayar upah lagi. Padahal senang aja. Kita yang xmoh nak kelebek2 skit.
Ilmu itu ada, kita sahaja yang tidak mahu aplikasikan.
Teringat masa beli torchlight besar yang beharga hampir RM50. Mak bebel2. Tapi masa musim durian semua berebut nak guna untuk cari durian masa kul 11malam dan 5pagi. Makcik tersenyum ajalah. =). Sebenarnya ada banyak gunanya. Tp biasalah orang tua2 takut kita membazir.