26.8.10

Terkesima

Sept 2005
Melaka

Menaiki motosikal EX5 ku.. dari air keroh menuju ke durian tunggal... memandang2 ke langit, suatu kepelikan setelah usiaku tika itu 24tahun.. ku berhentikan motosikal ku di tepi jalan.. melihat langit yang cerah tanpa awan.. seingatku, tidak pernah ku lihat langit secerah ini tanpa sebarang awan.. SubhanAllah.. betapa besar ciptaanNYA..  mengeluarkan sesuatu dari kocek, hp sabun ku tika itu... then snap..
saat itu kurasakan masa seolah2 terhenti..setelah beberapa ketika... barulah ku lihat ada sekumpulan awan yang bergerak..

23.8.10

Kontra

Kg. Budaya
Kuching Sarawak

Hanya sekeping gambar yang menceritakan akan anak sungai dan untuk melintasnya ada titi di atasnya.

 Memfokuskan pada dua keadaan. Satu jernih, suatu keruh. Lihatlah kesannya. Mana yang lebih memonopoli? Bagaimana dengan kehidupan kita? Hanya yang jernih @ yang keruh menguasainya.


Lihatlah bagaimana keruhan menguasai jernih. Adakah kita jua begitu mudah mendengar segala hasutan, bagaimana dengan benteng pertahanan kita? Sama2lah kita muhasabah diri kembali. Di mana kita.

21.8.10

Kunci

Apakah ini? Mahu buat iklan IKEA kah? eh tidak2. Saja berkongsi sedikit cerita tentang kunci pintu. Ianya pentingkan dalam kehidupan kita. Yakinlah anda mampu lakukan sendiri. Sebab makcik pun boleh buat. Senang aja benarnya. Orang melayu kita ja suka buat susah2.
Erk nak buat apa neh. Nak tayangkan koleksi kah? Oh tidak sama sekali. Semua orang ada peralatan ini kat rumah. Malah ada yang lebih canggih. Bukan nak guna semua peralatan ni. Just nak guna screwdriver ja. Mata plak pilih yang jenis philips. Saiz yang sedang2 aja..
Kunci pintu besi yang rosak. Jem. Dah letak minyak. Sama juga. Bila busan2 xda keja nih, rongkahlah semua. Sebab senang kan. Just putar2 screw driver. Screw smua dah kuar, terbarailah semua. Try2 tengok. Kompem rosak nih. Hehe. Buka sebab nak bagi puas hati. Mana tahu kot2 boleh cari punca yang nyata.
Belilah yang baru. Jenama Yale xda. Bolehla jenama apa pun. Dah berapa hari xkunci pintu besi. Bahaya juga tu. Seketul yang baru RM33. Along yang g beli. Yang lama toke kedai try buka, dia pun dah compemkan mmg rosak. Ok dah senang hati.

Jom pasang balik. Senang aja kan. Nampak x ada lubang screw. Just buka dua screw. Nak pasang pun samalah. Xsusah mana pun. Dah pasang test tengok.

Kunci Pintu papan pun penah rosak. =). Anak2 buah suka tutup pintu kuat2. Masing2 berumur 1,2,3 tahun masa tu. Sekarang dah pandai tutup pintu pelan2. Sebab takut nanti kena rotan dengan makcik. Garang tau. Kalau ketiganya ada kat rumah, memang gamatlah. Berterombe bak kata Dila.
Yang ni pun senang aja. Dari dalam rumah just buka 3screw, dari luar 1screw. Pastu dah boleh tarik keluar. G kedai hardware beli ja satu set baru. Sebelum ni penah rosak, sping kat dalam tu terkeluar, dah betulkan. Kali ke2 rosak xdapatlah nak menolong. Kena laburkan duit juga. Mahal seh. Seratus lebih rasanya. Sejak tukar yang baru, dengar ja anak buah tutup pintu kuat2, mulalah ambik rotan atas almari sambil berlakon macam garang sangat. Hihihi. Sambil2 cakap lepas ni rosak lagi guna duit hangpa plak. Padahal budak2 tu tak tahu apa2 pun pasal duit.

Masa baru2 tukar, tiap2 malam ada bunyi macam orang nak cuba buka pintu, bunyi tap aja. Macam bunyi bila kita lepaskan balik tempat tekan tu. Mula2 macam takutlah juga, betulkah ada orang? Pelik juga. Masuk hari ke3, nak sedapkan hati bagi tau adik. Agaknya bunyi sebab baru tukar kot. Hihi. Mana satu yang betul xtahulah. Wallahualam.
Dah abis siap semua keja, simpan balik peralatan. Masa keja dulu, kalau ada duit lebih, suka beli barang2 untuk penuhkan box ni. Mungkin berguna jika suatu2 masa emergency. Orang lain sibuk beli handbaglah, highill lah. Apa makcik peduli. Tengok time2 nak guna, boleh gunakan sepenuhnya. Xpayah pangil2 orang. Panggil orang nanti kena bayar upah lagi. Padahal senang aja. Kita yang xmoh nak kelebek2 skit.

Ilmu itu ada, kita sahaja yang tidak mahu aplikasikan.

Teringat masa beli torchlight besar yang beharga hampir RM50. Mak bebel2. Tapi masa musim durian semua berebut nak guna untuk cari durian masa kul 11malam dan 5pagi. Makcik tersenyum ajalah. =). Sebenarnya ada banyak gunanya. Tp biasalah orang tua2 takut kita membazir.

18.8.10

KT

Waterfront
Kuala Terengganu
 
View matahari terbenam.. muara sungai dengan bot2 dan pantulan cahaya yang begitu unik ciptaan-NYA.. disamping tiang lampu.. 

Muara sungai yang bersih.. sama2 kita menjaga kebersihan.. kan molek jah tuk mata memandang.. sama2 kita jaga kebersihan alam..  jangan sibuk cakap GO GREEN aja..  tp xamalkan kebersihan..
Menginap dekat Hotel Seri Malaysia... Malamnya pergi ke Masjid Kristal.. kehampaan.. kononnya nak melihat keindahan masjid waktu malam... lampu tidak di buka.. salah diri sendiri kot.. pukul 10malam baru nak pergi.. xda rezki.. mungkin di lain kali... dapat tengok dalam slot Syahadah pun jadilah.. .. =)

Masa dok baca2 harga air.. nampak kopi o ping... erk.. ping.. oh sejuk.. teringat zaman2 belajar dulu... kalau kuar makan ramai2 ngan kawan.. dak2 laki dari timur akan oder teh o ping satu.. masa tu xpenah ambik kesah pun apakah makna ping itu,.. tengok singboad harga air pun boleh tersenyum sorang2..

teringat plak kat cik kopi..

Hahaha.. xpuas hati.. upload lagi satu gambar yang berkaitan ngan lampu.. lampu ada dalam tiang bulat.. then pancarkan kat piring ala2 daun tu.. lawa2... orang jakun memang macam nih.. hehehe..

Semangat kibarkan bendera... =).. teringat zaman dulu bila bz2 dengan kawad kaki mewakili U di peringkat negeri melaka.. hehe.. geng main2 semua.. geng mulut becok.. tiba2 jadi sangat patriotik.. & niat sampingan nak dapatkan baju kot yang cantik2...

16.8.10

Bulat-bulat

Pantai Tok Bali


Anda suka bulat2.. =)..

Jom kita terjah satu kawasan.. dipenuhi dengan bulat2.. comel aja.. hihihi...  pelbagai corak ada.. memang berusaha gigihlah untuk mendapatkan kejayaan sebegini..

Mula2 tengok sangat excited.. sebab nak snap angkara binatang apakah yang punya kerja.. ketam @ umang2? Makcik pun berdiri kaku.. skali berpinau mata2... xtahu nak fokus kat mana.. ada yang keluar ikut lubang sana.. lubang sini.. sungguh kiut.. boleh plak dok tergelak sorang2 tepi pantai tu.. orang dok mandi laut pun ramai gak.. argh.. pedulikan mereka.. janji makcik ja yang yahu menghayati apa yang tersirat.. menghayati keindahan dan keunikan ciptaan ALLAH.. kalau ambik video memang cantiklah.. ala2 dalam net geo.. hp memori just 1G.. so xboleh angan2 tinggi sangat.. =)... nmpak x umang2.. sila klik bg large lagi.. ada tu.. kecik jah...

Permulaan yang sedikit lama2 jadi bukit.. =).. umang2 pun berseni tahu..

Bulat2 dengan sesuatu objek

Bila bulat2 dipijak.. macam sayang ja bila nak jalan atas neh..  tapi no choice..tapak kasut anak gajah ngan bekas kerata hilux... makcik tengok keta hilux tu laju jah lalu atas pasir.. kalau makcik.. xberani dah.. sbb kalau sangkut kat pasir, hah.. terkial2 lah.. xreti guna 4WD... erk ada sapa2 reti guna gear 4WD? boleh tunjuk ajar x? cewah ada angan2 nak g masuk2 hutan nih... selalu bawa ranger.. bila anak buah kacau ja gear 4WD tu,.. mesti dah kena jentik.. wawawa.. aku mana reti guna..

Bulat-bulat  besempadan dengan sesuatu ...

Berusaha gigih tanpa jemu.. usaha tangga kejayaan.. berusahalah dalam segalanya.. =)
Related Posts with Thumbnails