8.5.13

tiba2 suatu hari...

tiba2 suatu hari...

"apa ciri2 suami yg hang cari?"

aku pun mnjawab... bla.. bla.. bla.. semua jawaban hanya yg tah apa2.. malas nak layan sangat.,. aku ni bukannya jenis memilih harta pangkat n rupa..

then tiba2 secara spontan aku berkata

"ermmmm... janji dia ada lesen kereta.. masa aku nak beranak nanti dia leh bawa aku p spital.." depa pun mulalah merepek2.. ada yg kata jnji ada telefon.. leh call ambulan..

jauh disudut hati.. ciri2 yg nak hnya 3 B...

************************************************************************************

tiba2 suatu hari...

sahabat lama.. datang menjengah aku di rumah.. sahabat yg sudah 12tahun lamanya..

suka suki gembira.. semua ada... cuma entahlah apa kena ngan aku ni..

kelu tidak berkata2.. terasa macam jauh sngat2.. macam saling xmengenali..

bila ada di depan mata.. kelu xberbahasa.. dah jauh dimata.. baru bergenang air mata...

************************************************************************************

tiba2 suatu hari...

"tadi kawan hg mai.. nama ?????"

terhenti  jantung aku seketika.. terus memeriksa hp.. tiada SMS @ panggilan x dijawab..

mungkin dia hanya lalu di daerah ini, dan teringatkan aku...

setelah 5tahun, dia masih ingat rumahku ini...

 kenapa dia kembali.. bukankah dia sudah berkahwin..

kenapa perlu datang lagi ke sini... walaupun sudah beribu kali aku cakap jangan kacau aku lagi...

cukuplah sekali aku ditanya persoalan dari si isteri..

seolah2 aku yg mahu merampas dia.. aku tidaklah seteruk itu..

************************************************************************************

tiba2 suatu hari...

mendapat 1 sms... mengkhabarkan seorang rakan univerciti meninggal dunia..

mininggalkan seorng balu dan anak...

isterinya dahulu tinggal satu rumah sewa dengan ku di final year...

terus teringatkan situasi along..

sama umurnya dengan arwah abg iparku di jemput Ilahi.. tika umurnya 28 tahun...

Al-Fatihah....

************************************************************************************

tiba2 suatu hari....

"oit hg kena kerja sehari berapa belas jam?"

aku hanya tersengih macam kerang busuk.. mana xnya,, aku bekerja smpai 16jam.. mana orang xperli

"hg dah kena tukar kerja shif kah?" salah seorang operetor bertanya masa di loker room..

aku hanya menjawab.. "kali ni ja, pasni xbuat dah"

"fuyooo... xbalik lagi.. nak tido kat  kilang kah?" mmg operator semua perli..

"haha nak balik dah.. jom2 balik sama2.. tadi nak balik kul 10pm takut plak sorg2.. tu yg kena tunggu smpai kul 12am..  dak shif balik.. boleh konvoi ramai2.. xtakut sngat"

***********************************************************************************

tiba2 suatu hari...

"hello, bos tanya bila boleh jalan... dah kul 2".. bos kecik call aku

"sat2 belom siap.. sikit lagi" aku dah mula jadi xtenti arah.. bila big bos dah mula tanya..

"weh benda ni mmg macam ni kah? special edition? mark **** terbalik? xkira kami nak pasang juga. hahaha" tanya seorg engeeeneeer sampai mnyakat aku.. selalunya semua org xkan suka kat ketua projek

"weh sat2.. aku call dak ***, suh depa rework... xkan maker buat silap plak.." keadaan jadi kelam kabut.. aku as ketua projek, xkan sebelah pihak mana2.. aku akan ikut ja anak2 aku ni p mana...

then aku akan cuba sebaik mungkin tolong team aku.. aku ni haluan kiri skit... 3org lagi ketua projek xpenah turun padang... aku turun padang siap tolong buat kerja.. xreti aku just nak jadi bos, then marah2..

" weh part ni color ni.. gabung ngan part ni color ni.. mmg gila.. ada 8combination.. aku mmg kena bekorban.. xboleh tinggalkan team aku terkapai2.. lantaklah kalau bos besar nampak n nak marah..

keseluruhan projek.. hanya aku ja yg tahu.. walaupun semua info dah di share ngan team.. tp depa masih kurang faham... aku kena tolong depa gak...

sekali.. dua kali.. bos besar lalu belakang aku.. langsung xtanya apa2.. dah 30minit delay..

aik awat dia x tanya aku pun bila nak jalan.. dia faham agaknya.. mmg xboleh nak jalan lagi...dia pun nampak aku dok tolong team aku..

 baju uniform aku mmg smpai basah lokoih ngan peluh..

ka tadi bos kecik yg pandai2 buat cerita.. jual nama bos besar yg tanya..

kadang2 bos kecik ni bukannya leh pakai sngat.. dasar kapeeeaq laknat..

tup.. tap..tup..tap..

ok.. start jalan... anak aku pun mulalah dipasang.. tap.. tap.. tap.. waaa.. sudah.. silap juga.. hahaha.. silap color combination..

"weh kami xtau.. ketua projek yg bgtau macam ni.. hangpa jangan saman kami.. saman ketua projek.."

hehe xpalah.. anak pertama aku turun dari conveyer.. cepat2 aku panggil orang suh buka baju baju dia balik.. suh tukar color lain.. sebab dah curi baju orang lain.. t anak aku yg ke 14 pun jadi cacat.. color xmatching..

mmg bz tul.. aku xkira.. aku main panjat ja melintasi konveyer.. bos nak cakap apa lantaklah.. aku xmau hanya memerhati dari jauh n gelakkan orang salah pasang anak aku.. baik aku betulkan terus apa yg aku leh bagitau..

alhamdulilah.. akhirnya semua 14 anak aku selamat turun dari konveyer..

tiba2.. ada seseorang tanya.. "bos.. stoking belakang dengan depan mmg xsama kah?"

aku pun yg blur2.. "xpa2.. biaq p dulu.., " jnji anak2 aku turun tanpa mngangu production hari tu..

bila keadaan dah tenang.. aku baru p belek2 anak2 aku... color matching ok.. cuma ada skit2 ja fitting yg lari..

then baru teringatkan akan stoking depan n belakang.. skali buka tengok.. hahaha.. mmg xsama.. dah sudah.. mmg aku xcheck langsung before this..

jenuhlah nak kena present kat bos besar... cost mesti naik..

nak buat macam na.. hidup ni xkan sempurna.. pasti akan ada cacat celanya..

apa2 pun, projek aku dah 50%.. so far turun xdalah kena masuk ICU macam projek2 orang lain.. aku bernasib baik kerana tulang belakang projek aku hampir sama ngan tulang belakang projek lain..

suatu kenikmatan.. segala penat lelah balik kul 12mlm.. 10mlm.. segalanya terubat bila 14 anak2 ku berjaya dipasang..

aku sedar aku dah bnyak berubah.. lebih suka menyepikan diri.. mungkin terlalu sibuk dengan anak2 aku di factory..

************************************************************************************

tiba2 suatu hari...

 "eh i dah berhenti tau.. i just inform kat u aja.. jangan bgtau ketua projek yg lain" kata salah seorang anak buah team aku.

kenapa dia just bgtau kat aku ja.. padahal dia ada lagi 2 projek.. why dia xinform kat ketua projek lagi 2org..

adakah kerana mereka suka mengherdik org dan suka mengamalkan dengki mendengki n suka balas dendam.. sampai anak buah team sendiri meluat nak bgtau apa2...

************************************************************************************ 

tiba2 suatu hari...

"tolong hantar resume.. kilang &&& ada buat open intake"

nak ke xnak.. xkan aku nak tinggalkan projek aku half way.. sian kat anak aku.. tapi gaji kat sana lumayan.. dekat ja ngan umah..

"xpalah, nak tunggu tengok anak kat on the road dulu"

smbil aku mencari semangat baru untuk terus berjuang..

wang gaji yg tinggi bukanlah segalanya.. tapi kenikmatan bekerja itu yg lebih penting.. kenikmatan dalam melakukan pekerjaan dan mengangapnya sebagai ibadah..

memperjuangkan agama Islam dalam ilmu kejuruteraan.. mengamalkan nilai2 murni tika bekerja,, tanpa perasaan hasad dengki,,.. insya ALLAH akan dimudahkan segala perjalanan kerja seharian..

tq ALLAH.. aku tahu aku tidak sebijak mana... semuanya datang dari ENGKAU yang maha Berkuasa.... Maha Adil.. Maha Bijaksana...

24.3.13

sunyi sepi.. +_~

Assalamualaikum..

bersawang2 dah.. hehe.. kemana menghilang.. entah.. bnyak kali nak menaip.. pastu delete...

pastu.. arg.. xpayahlah..

entah kenapa dengan diri ini.. keletihan agaknya..

************************************************************************************

dah pindah ke kilang baru.. makin jauh.. hari2 kena travel p balik sejauh 86km.. sehala dalam 1jam.. itu yg tanpa jem...

mg pertama.. argh penatnya.. nak berentilah..
mg kedua.. argh xtahan penat.. tekad nak berenti..
mg ketiga.. ubah stail.. bngun awal.. g mkan dulu waktu pagi.. ok dah stabil..

pg kul 5.30am dah bngun... kuar kul 6.20am~6.30am bergantung tempat yg akan di breakfast.
ptg.. kul 6.30pm~9.00pm baru kuar dari kilang.. bergantung pada beban kerja..

ari2.. hanya kerja then tido.. itu ja.. hmmmm

apa nak jadi nih//

baru ni bos aku tanya.. "u bila nak cari boypren?" alamak.. soalan cepu mas..

dalam depatment aku da 4org ja.. depa 3 dah ada boypren @ girlpren...  cuma aku ja masih single mingle

wateverlah... time nilah kemuncak masanya untuk aku kaut segala pengalaman yg akan menentukan masa hadapan..

macam2 dah aku pelajari dalam masa 5bulan ni.. cuma nak ambik peluang untuk menghabiskan peluang untuk buat satu2 projek dari awal smpai abis...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

oklah papai..

tah apa2 yg aku update..

1.2.13

+_~

Assalamualaikum...

*-* lamanya aku xmenaip.. kemalasan melanda jiwa..

gambar2 berbaki masih ada.. malas juga nak mengedit..

lbh suka tengok tv, main game, tdo.. atau btlah apa2 yg patut jnji xberkaitan ngan laptop...

dah jemu mnghadap laptop dari jam 7.50am smpailah balik..

sampai aku sndiri pun xtau apa yg aku buat..

***********************************************************************************

alhamdulilah.. dah 2bulan setengah... aku masih belum ada ura2 hantar surat lagi.. ngeh2...

lagi kena marah, lagi aku rasa kuat untuk belajar macam2... buat aja muka toya tanpa rasa bersalah..

aku cuba jadi jiwa kering.. kental.. ala2 macam daun keladi.. bos marah macam mana pun xpa.. hanya berlalu begitu saja.. kadang2 smpai jadi macam daun pisang.. terus ja mengalir lalu begitu saja..

pagi tadi dikejutkan dengan berita, aku akan dapat lagi 1 projek.. wah.. aku smpai xtertanya dekat bos aku.. kenapa bg aku? kan ada lagi seorng senior..

skarang aku diberi tanggungjwb buat satu projek ni.. ambik masa dalam 1tahun.. mcm xcaya ja.. macam mana depa leh bagi kat aku terus projek ni..

ok projek dibahagikan kepada 3 bahagian.. A-paling susah, B-sederhana, C-senang...

selalunya mestilah bg projek senang dulu kan.. tapi aku diberikan projek kategori A.. terima ajalah.. xpa, ALLAH ada untuk membantu..

perjanjian asal aku just tolong2 ja dulu bahagian teknikal, aku mintak masa dalam 2bulan untuk aku memahami perkara2 yg asas dulu..  ngok..ngek.. ngok.. ngek... you present cost ok..   ngok..ngek.. ngok.. ngek... you present report ok...

then now, semua dah jadi my responsibility.. hari2 mesti ada ja benda2 yg boleh dapat sakit jantung.. itulah namanya peluang untuk belajar.. sat berita macam ni.. sat berita macam tu..

apa2 pun enjoy gak lah..

insya ALLAH boleh buat kot...

kappeeaq boleh, ISLAM lagilah boleh... kan.. kan... kan...

aku cuba bawa stail aku yg tersendiri.. kejujuran, kepercayaan, kesabaran, budi bahasa, semua kena ada untuk tarik anak2 buah aku supaya buat kerja dengan jayanya... walaupun kadang2 hati bengkak membara.. saabar2..

berbanding mereka2 itu yg suka guna teknik penipuan, keherdikan, dan kepaksaan... cara masing2...

alhamdulilah aku nampak cara aku boleh diterima oleh ahli2 group..

moga projek kami berjalan lancar...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

masa aku present ari tu.. aku mulakan dengan Assalamualaikum & Good morning to all...

tibo2 ja si evaluator japannggggggg tu jawab salam, bengong tul.. tahu plak dia tu..

sekarang benda yg aku ssh skit adalah english aku yg xteror2 lagi.. hehehehe.. tah bila la nak insap..

tibai ajalah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

duduk sorng2 aku terfikir.. macam mana aku leh dapat jadi leader projek ni.. aku ni xda apa2 kehebatan pun.. nak kata cerdik tu,, entahlah.. biasa2 aja...

mungkin inilah antara doa2 insan lain yg telah dimakbulkan..

teringat masa hari raya lepas, aku tiba2 ubah trend dengan memberikan duit raya pada mak2 saudara yg tidak bekerja.. aku sngup ketepikan duit dari membeli baju raya baru, tudung baru...

marilah kita sama2 ingat insan2 lain yg susah..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

balik kerja tadi.. radio ikim anounce tempat2 ada kuliah agama... tiba2 aku terdetik.. smpai bila aku nak balik keja sampai lepas magrib.. smpai bila aku nak luangkan masa jadi begini?

insya ALLAh target aku cuma dalam 2 @ 3 thun ja kot tuk jadi ketua projek..

walaupun masih belum berkahwin, hidup kena diteruskan.. akhirat jua perlu diingatkan... aku xboleh terus lalai dan alpa dengan dunia ini..

sahabat2.. tolong ingatkan aku ya.. target aku sekarang, aku nak belajar satu sistem pembuatan mutucikal, engin dah tahu, final test dah tahu, buka pasang dah tahu, frame metal dah tahu, cat mengecat dah tahu, cuma patri ja da lgi skit2 nak tahu, then dalam bidang pembelian dan cost yg masih lemah. yg tu aku kena curi2 idea dari bngsa kappeeeaq..

then skarang dalam design pun dah serba sedikit dah tahu.. then pas ni aku nak berenti, samada buka bengkel sndiri @ aku g mengajar dak2 yg malas nak belaja baca buku tapi suka teknikal,, hehehe mcam aku...

kalau pas 3thun aku mcm dah lupa diri.. tolong ketuk skit kepala aku ni k.. xpun anto ja 1 sms yg pedas skit.. bg aku tersedar dari mimpi untuk mengejar dunia ini...

tah apa aku merepek xtau...

__________________________________________________________________________________

cover kipas stand kalau lama2 xdicuci akan jadi berkarat.. so bila ada habuk, tolonglah cuci.. cuba biaq lama2 xcuci.. then bila cuci, dah terlambat, dah berkarat...

begitulah hati kita.. sentiasa kena dibersihkan.. jangan biar.. biar.. biar.. akan jadi hitam

faham?

13.1.13

testing2...

 test2..update pakai? huhu xreti guna s pen.. tah mcm na nak tarik2... setelah 5 thn, 
akhirnya aku mengalah jua pada teknologi. tdolah. sok kaji lg mcmna nak guna. sok men bowling, dak2 kilang ajak join lwn suplier.. tngn pun dah keras. lama x main. 


wa mmg xreti nk taip. tadi pagi alhamdulilah dah selesai present bt kali ke2, sblm ni just cost, td engineering report stage.

TQ ALLLAH

1.1.13

[`~']

Tengah dok calculate cost untuk hari pembntangan, tiba2 hati teringin nak p jalan2.. koya betul...
 
Keja pun xsiap lagi.. dah 3ari cuti berlalu... entah apa yg aku buat.. 3ari turut2 kuar g shoping...
 
Ala biasalah aku.. g shoping barang tuk kedai.. tuk diri sendiri.. kena berkira2 skit...
 
Gambar2 ni aku curi2 download and aku upload balik... tah dari web mana tah..
 
Antara tempat2 yg teringin nak pergi.. nak tengok ladang tulip di tasmania.. xtau lah kenapa hati begitu tertarik skali...
 
 view from top
 
 view dari pandangan yg sayup skali
 
then aku teringin nak naik belon udara.. kat msia pon ada.. tp xcukup bnyak.. nak nek kat new mexico.. sblm ni aku da tengok discovery channel.. waaaa.. mmg teruja abis..


 


 
bila tengok2 blk.. ok.. mgkin aku suka akan color2nya.. menarik.. bila mau p? entah.. belum berkemampuan.. now on progress plan ke bandung.. area sini2 ajalah yg termampu.. jaoh2.. google @ tengok tb ajalah..
 
dah2.. jom smbung buat keja.. 1st time di hari cuti aku buat kerja sungguh2.. smpai masuk dalam mimpi.. wakakaka...
 
mampukah den berada di new dept ini? wallahualam.. doakan den ya..
 
tp hati lebih kuat nak poie ke tanah haram.. ayoh kita menabung untuk mencukupkan budget...
 
insya ALLAH dimurahkan rezki smpailah kita nanti....


Related Posts with Thumbnails