31.8.10

Mural

Balai seni lukis
Bandar hilir melaka
Mac 2008

=) xpasti ini dikategorikan sebagai mural @ tak..
makcik belasah aja letak entri mural

Paling suka lukisan ni. Kadang2 guna juga as desktop background. Penuh cerita yang tersendiri. Keindahan alam kita yang semakin tercemar. Dimanakah tanggungjawab kita sebagai manusia yang suka membuang sampah di merata2 tempat.

Masa pergi ni dengan peminat angkasawan kita. Hehe sekarang dia dah xteruja. Kenapa makcik xambil gambar full erk? Oh mugkin kerana gambar2 ini ada di lorong aja. So limited untuk ke belakang lagi. Jarak pun memainkan peranan bagi sesuatu gambar itu nampak cerita yang pelbagai.

Semangat patriotik
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka.. Hari Merdeka Ke-53

Kehidupan malaysia


Unik.Pemegang pintu yang menggunakan keris.

Sebuah lukisan dengan kalimah ALLAH.

Banyak2 museum makcik pergi, museum seni aja benda2 yang menakutkan ini. Ada lagi replika yang lain, tapi ada gambar orang. Maleh nak upload. Pernah juga tengok suatu replika yang besar di museum seni kuching sarawak. Gambo? xda. Sebab excited melihat2 replika sampai lupa nak bergambar.
Baru ni masuk ke museum KT. dapat lihat ajalah. nak ambik gambar xboleh. dah di warning awal2. so simpan dalam memori ajalah.

Ada setengah orang sangat jelik dengan museum. Sebenarnya macam2 ada kat museum tu. Walaupun museum seni lukis, banyak cerita tersendiri. =).

lihatlah sesuatu dengan pandangan hati, jangan sekadar melihat dengan pandangan kosong, kerana anda yang akan rugi nanti.

28.8.10

Bot

Bandar Hilir Melaka
Mac 2008

Setelah hampir 4tahun di melaka, kami tiba2 teringin nak jadi pelancong di melaka. Padahal seminggu sekali lalu aja area sini.  Kadang2 singah beli karipap. masa hari tu langkah kanan. ada weding. bukannya boleh p makan kenduri pun, hehe xdi jemput pon.. just dapat tengok pengantin bersanding atas bot pun jadilah.. janji semua yang gatai nak kawin ini dapat cuci mata dan pasangkan angan2. Padahal semuanya masih solo..
 


dah puas melihat pengantin, time kami pulak merasai feelnya naik bot. Orang2 jakun katakan. Harga RM10 seorang. Akan di bawa jalan2 sepanjang sungai melaka di bandar hilir.
Masa mengedit gambar2, baru terperasan, aik semua gambar2 ni ada pantulan. =)

2bulan lepas makcik pergi melaka, naik bot lagi. Bertambah cantik viewnya. Ada mural di sekitar dinding bangunan lama. Lukisan2 pedagang, ala2 kembali ke zaman kegemilangan melaka dahulu.

Ada jua LRT yang baru dibina. Nanti kena pergi lagi, nak naik LRT dan juga duck. Ala yang selalu di iklan kat pulau sentosa tu, boleh jadi bot, boleh jua jalan atas jalan. Tah xtahu apakah namanya.

Dalam malaysia pun macam2 ada, cuma buka mata dan minda, jangan jadi otodot k. Selamat melancong. =)

26.8.10

Terkesima

Sept 2005
Melaka

Menaiki motosikal EX5 ku.. dari air keroh menuju ke durian tunggal... memandang2 ke langit, suatu kepelikan setelah usiaku tika itu 24tahun.. ku berhentikan motosikal ku di tepi jalan.. melihat langit yang cerah tanpa awan.. seingatku, tidak pernah ku lihat langit secerah ini tanpa sebarang awan.. SubhanAllah.. betapa besar ciptaanNYA..  mengeluarkan sesuatu dari kocek, hp sabun ku tika itu... then snap..
saat itu kurasakan masa seolah2 terhenti..setelah beberapa ketika... barulah ku lihat ada sekumpulan awan yang bergerak..

23.8.10

Kontra

Kg. Budaya
Kuching Sarawak

Hanya sekeping gambar yang menceritakan akan anak sungai dan untuk melintasnya ada titi di atasnya.

 Memfokuskan pada dua keadaan. Satu jernih, suatu keruh. Lihatlah kesannya. Mana yang lebih memonopoli? Bagaimana dengan kehidupan kita? Hanya yang jernih @ yang keruh menguasainya.


Lihatlah bagaimana keruhan menguasai jernih. Adakah kita jua begitu mudah mendengar segala hasutan, bagaimana dengan benteng pertahanan kita? Sama2lah kita muhasabah diri kembali. Di mana kita.

21.8.10

Kunci

Apakah ini? Mahu buat iklan IKEA kah? eh tidak2. Saja berkongsi sedikit cerita tentang kunci pintu. Ianya pentingkan dalam kehidupan kita. Yakinlah anda mampu lakukan sendiri. Sebab makcik pun boleh buat. Senang aja benarnya. Orang melayu kita ja suka buat susah2.
Erk nak buat apa neh. Nak tayangkan koleksi kah? Oh tidak sama sekali. Semua orang ada peralatan ini kat rumah. Malah ada yang lebih canggih. Bukan nak guna semua peralatan ni. Just nak guna screwdriver ja. Mata plak pilih yang jenis philips. Saiz yang sedang2 aja..
Kunci pintu besi yang rosak. Jem. Dah letak minyak. Sama juga. Bila busan2 xda keja nih, rongkahlah semua. Sebab senang kan. Just putar2 screw driver. Screw smua dah kuar, terbarailah semua. Try2 tengok. Kompem rosak nih. Hehe. Buka sebab nak bagi puas hati. Mana tahu kot2 boleh cari punca yang nyata.
Belilah yang baru. Jenama Yale xda. Bolehla jenama apa pun. Dah berapa hari xkunci pintu besi. Bahaya juga tu. Seketul yang baru RM33. Along yang g beli. Yang lama toke kedai try buka, dia pun dah compemkan mmg rosak. Ok dah senang hati.

Jom pasang balik. Senang aja kan. Nampak x ada lubang screw. Just buka dua screw. Nak pasang pun samalah. Xsusah mana pun. Dah pasang test tengok.

Kunci Pintu papan pun penah rosak. =). Anak2 buah suka tutup pintu kuat2. Masing2 berumur 1,2,3 tahun masa tu. Sekarang dah pandai tutup pintu pelan2. Sebab takut nanti kena rotan dengan makcik. Garang tau. Kalau ketiganya ada kat rumah, memang gamatlah. Berterombe bak kata Dila.
Yang ni pun senang aja. Dari dalam rumah just buka 3screw, dari luar 1screw. Pastu dah boleh tarik keluar. G kedai hardware beli ja satu set baru. Sebelum ni penah rosak, sping kat dalam tu terkeluar, dah betulkan. Kali ke2 rosak xdapatlah nak menolong. Kena laburkan duit juga. Mahal seh. Seratus lebih rasanya. Sejak tukar yang baru, dengar ja anak buah tutup pintu kuat2, mulalah ambik rotan atas almari sambil berlakon macam garang sangat. Hihihi. Sambil2 cakap lepas ni rosak lagi guna duit hangpa plak. Padahal budak2 tu tak tahu apa2 pun pasal duit.

Masa baru2 tukar, tiap2 malam ada bunyi macam orang nak cuba buka pintu, bunyi tap aja. Macam bunyi bila kita lepaskan balik tempat tekan tu. Mula2 macam takutlah juga, betulkah ada orang? Pelik juga. Masuk hari ke3, nak sedapkan hati bagi tau adik. Agaknya bunyi sebab baru tukar kot. Hihi. Mana satu yang betul xtahulah. Wallahualam.
Dah abis siap semua keja, simpan balik peralatan. Masa keja dulu, kalau ada duit lebih, suka beli barang2 untuk penuhkan box ni. Mungkin berguna jika suatu2 masa emergency. Orang lain sibuk beli handbaglah, highill lah. Apa makcik peduli. Tengok time2 nak guna, boleh gunakan sepenuhnya. Xpayah pangil2 orang. Panggil orang nanti kena bayar upah lagi. Padahal senang aja. Kita yang xmoh nak kelebek2 skit.

Ilmu itu ada, kita sahaja yang tidak mahu aplikasikan.

Teringat masa beli torchlight besar yang beharga hampir RM50. Mak bebel2. Tapi masa musim durian semua berebut nak guna untuk cari durian masa kul 11malam dan 5pagi. Makcik tersenyum ajalah. =). Sebenarnya ada banyak gunanya. Tp biasalah orang tua2 takut kita membazir.

18.8.10

KT

Waterfront
Kuala Terengganu
 
View matahari terbenam.. muara sungai dengan bot2 dan pantulan cahaya yang begitu unik ciptaan-NYA.. disamping tiang lampu.. 

Muara sungai yang bersih.. sama2 kita menjaga kebersihan.. kan molek jah tuk mata memandang.. sama2 kita jaga kebersihan alam..  jangan sibuk cakap GO GREEN aja..  tp xamalkan kebersihan..
Menginap dekat Hotel Seri Malaysia... Malamnya pergi ke Masjid Kristal.. kehampaan.. kononnya nak melihat keindahan masjid waktu malam... lampu tidak di buka.. salah diri sendiri kot.. pukul 10malam baru nak pergi.. xda rezki.. mungkin di lain kali... dapat tengok dalam slot Syahadah pun jadilah.. .. =)

Masa dok baca2 harga air.. nampak kopi o ping... erk.. ping.. oh sejuk.. teringat zaman2 belajar dulu... kalau kuar makan ramai2 ngan kawan.. dak2 laki dari timur akan oder teh o ping satu.. masa tu xpenah ambik kesah pun apakah makna ping itu,.. tengok singboad harga air pun boleh tersenyum sorang2..

teringat plak kat cik kopi..

Hahaha.. xpuas hati.. upload lagi satu gambar yang berkaitan ngan lampu.. lampu ada dalam tiang bulat.. then pancarkan kat piring ala2 daun tu.. lawa2... orang jakun memang macam nih.. hehehe..

Semangat kibarkan bendera... =).. teringat zaman dulu bila bz2 dengan kawad kaki mewakili U di peringkat negeri melaka.. hehe.. geng main2 semua.. geng mulut becok.. tiba2 jadi sangat patriotik.. & niat sampingan nak dapatkan baju kot yang cantik2...
Related Posts with Thumbnails