giliran aku tanya pada anak buahku.. sapa lagi kalau bukan Hannan Hasbi..
Nanti besar nak keja apa?
Nak bawa traktor.
Aku dah tersenyum lebar... Dalam ramai2 aku tanya.. dia punya jawapan ja xda dalam list jawapan2 skema yang selalu kita bagitahu kat cikgu masa sekolah rendah..
Antara koleksinya.. yg berbaris tu.. mula2 aku tangkap gambar yg pendek.. pastu dia kata, sat lah.. ada lagi.. dia tambah lagi bg lebih panjang
semua ada.. lori simen, lori tanah, treler, traktor, kabota, mesin padi.. semua dia main sungguh2.. ada jah benda2 yang nak dipomenkannya..
kemana saja akan usung traktor tu seolah2 macam bantal busuk.. sampai tido pun pegang traktor
asalnya traler itu adalah lori simen.. setelah tempat simen yg berpusing tu dah patah.. hannan suruh aku kepakkan lagi yg lain2 yg ada diatasnya.. mulanya xfaham.. malas nak layan.. pastu dia cakap nak buat traler.. ku belek2 balik.. ok.. memang asalnya benda ni adalah treler.. dia boleh nampak.. kononnya traler nak bawa trektor dia..
balik dari sekolah.. dia capai traktor nih.. tanya boleh xkita buka yang nih.. ku tanya nak buat apa? nak buat traler la.. hehehe.. trus p ambik set screw driver yang kecik.. aku yg buka.. dia xfaham lagi macam mana akan konsepnya.. tapi tahu fungsi screw driver tu tuk apa.. budak besar nih pun tahu tuk simpan balik peralatan lepas di gunakan... kita? kadang2 pinjam barang orang pun xreti nak pulangkan. boleh plak simpan buat harta sendiri.. smpai tuan milik yg kena buat muka xmalu tuk mintak balik.. hai... macam2 kan manusia2 sekarang nih..
jangan perkecilkan pekerjaan seseorang yg bawa traktor.. tahukah anda berapa gajinya sehari.. xpayahlah bagitahu.. g tanya sendiri bila terserempak.. jgn kerana nampak macam selekeh.. poket xpenuh.. =)..
pakcikku bawa traktor.. dia xda pernah ambik apa2 sijil pun.. alhamdulilah.. di sebabkan minat.. dia boleh buka sebiji traktor dan pasang balik.. sebab tu kita jangan ingat kita ada diploma.. degree.. master.. phd... macam pandailah sangat.. konon gaji kita jah yang ribu2.. orang yang buat bendang, yang buat kerja kg.. meniaga kecil2an.. makcik jual karipap... ingat mereka sengkek sangat.. nanti kalau dia bgtau amountnya.. jangan sampai ternganga.. =)
jangan hina pekerjaan orang k.. walaupun dia seorang cleaner.. betapa besarnya jasa dia.. so masuk toilet jgn nak belagak ngan makcik cleaner yah..
kita sebagai ummat, semua sama ja,, tiba suatu masa.. semua akan dikhafan dengan kain khafan yg sama ja jenisnya.. tika itu tiada guna berapa banyak angka 0 duit anda..