28.9.10

Ladang Tebu

Chuping Perlis
Sepanjang jalan dari main campus unimap - padang besar

alhamdulilah.. cuaca dan suasana di sepanjang jalan viewnya sungguh cantik.. mengucap syukur dan menikmati seketika keindahan alam ciptaan ALLAH..



kilang tebu.. nun jauh disana..

Ingat x lagi cerita KL menjerit?

Perjalanan yang jauh destinasinya.. bila dibawa dengan 140km/j mestilah dalam 10minit aja.. tapi aku mengambil masa 40minit untuk melalui jalan ini.. semata2 menghayati dan snap apa yg terbaik.. bukan semua orang dapat ke sini kan.. meh la kita berkongsi gambar2 walau hanya dari handphone camre ku..

 Bila2 ada masa.. nak datang lagi.. ada benda yang tertinggal tuk di snap kat sini.. disebabkan mengejar masa.. xdapatlah nak u-turn balik... masa perjalanan balik.. aku dah xlalu ikut sini...

26.9.10

Ke arah hujan

Aku suka hujan.. dapat mandi hujan lagilah best.. hehehe.. suka ke tempat hujan ni.. kalau dulu masa bawa motor.. mesti nak lari dari arah hujan nih.. sekarang sangat excited kalau nampak kat depan tu hujan.. jarang2 kan kita akan nampak situasi macam ni..

camre kitak xcukup cangihlah bah.. boleh nampak kan.. hehehe..

 pakcik2 dah berenti tepi jalan.. mencapai baju hujan..

dah hujan.. hannan yang leka bermain traktor trus bangun... dia pun sama seperti ku.. menghayati hujan lebat yang unik..


nak capture titisan air.. susah gak nak dapat..

teringat kat seorang sahabat blogger.. dia pun suka melihat titisan air ini...  =)

24.9.10

Berita Jam 8

Update progress projek juta2.. 

Bukit ditereskan... berlakunya runtuhan tanah bila tiba musim hujan.. bagi mengatasi masalah.. penanaman nenas telah dilakukan bagi mengelakkan berlakunya runtuhan tanah dari berulang..

hahaha.. tipu saja.. memang tereskan bukit untuk tanam nenas.. alhamdulilah dah cecah 103 pokok.. tahniah pada diriku yang berusaha gigih walaupun secara kecil-kecilan..

Pembalakkan Halal
Semua kangkong2 telah ditebang dengan dayusnya.. dek kerana mendapat permintaan ramai.. oh sungguh sadis sekali..
Anda ingat lagi dengan berita terkini sebelum nih.. yg ada kotak2 tu.. hehehe.. inilah tempatnya penanaman kangkong secara giat.. setelah kotak2 ini dipenuhkan dengan tanah dan baja tahi ayam.. 7kotak tanam kangkung.. lagi 2kotak tanam bayam.. semuanya telah selamat dituai.. hanya adalah beberapa saki bakinya lagi.. kena giat berusaha tuk next projek..



Pembakaran boleh x?
Pembakaran terbuka telah bermula kembali bila mana tanah2 baru di terokai... area atas bukit nih akan diteruskan dengan projek baru.. siapa2 yang nak menghantar kertas kerja @ cadangan.. silalah anta sebelum next week.. kahkahkah.. nak tanam apa lagi erk.. oh jagung..

wah bara sabut nih kalau bakar ikan kah. ayam kah.. sedap nih.. sebenarnya colornya lagi cantik.. harap maklom.. snap pakai apa.. ni aja yg terbaik yg mampu den capture..
 
Sekian berita jam 8..  ada apa2 lagi yg best nanti baru ada berita k.. =)

Testing

Kelebang Melaka
14 Jan 2006
Try and test

Antara pic kegemaran - Set as Desktop Background



Alone. Menghayati keindahan alam dan matahari terbenam.

Bila beli apa2 yang baru.. kita mestilah testing2 dulu.. begitu juga dengan camre.. tengok sejauh mana ia mampu.. kalau zoom akan pecah x.. apa guna seting2.. jangan lupa baca manual book.. insya ALLAH bnyak berguna.. gambar2 diatas digunakan pelbagai jenis setting.. kat sini xberapa nampaklah..  

p/s-camre casio makcik dah tamat riwayatnya. =). Masuk air masa masuk gua. Hujan lebat di luar gua secara tiba2 membuatkan paras air meningkat dengan cepat. Kena meredah air dengan arus yang agak deras, sambil membantu kawan2 yang kecil molek terkapai2 kerana dah hapus. Dengan makcik pun air dah sampai bawah dagu. Masa tu nyawa lebih penting.

Walaupun agak sedih kerana memikirkan harganya yang hampir sama dengan DSLR masa kini. Masa tu DSLR lagilah 2x ganda mahalnya.. Tapi apa jua dugaan, kita kena reda dalam segalanya.


22.9.10

Reflesia

Poring Sabah
Jan 2006
By-Casio
Sapa2 yang perasan, makcik suka guna pic reflesia ini as profil picture di frendster suatu masa dulu. Kadang2 guna profil pic untuk blog juga. Di snap di Poring sabah. Dari situ, nanti adalah orang2 asli tanya, kakak nak tengok x reflesia. Kenalah bayar seorang RM10. Masa tu excited la juga. Bukan senang kan. Kena jalan kaki dalam hutan dekat 1km juga. Siap kena seberang2 sungai, guna titi dari batang2 kayu. Kobar punya pasal, redah aja.
 Saja ambik semua jenis keadaan, boleh kongsi2 dengan sapa2 yang xpernah pergi. =)

Orang asli pun bijak tau, mereka buat pagar untuk semua bunga reflesia. Kadang2 manusia ni dah sebati dengan penyakit gatai tangan. =)

Kat Poring ada juga titi gantung. Masa naik tu, dah ketaq lutut2, xda sempat pun nak snap gambar. Titi gantung kat sini lagi menakutkan dari titi gantung bukit bendera. Nampak macam tak kukuh ja. Hahaha pandai2lah makcik.

So masa travel, kena sediakan juga budget untuk sampingan. Tengok dekat poring ini aja dah macam2 kena bayar. Naik titi gantung, tengok reflesia, ada juga kolam air panas. Yang tu xpasti kena bayar@x. Soal duit makan lagi. Beli air mineral aja tah berapa dah. Janji masa travel jangan berkira sangat. Sebab anda hanya pergi sekali, memori itu tetap terindah untuk selamanya. Kalau travel nak kedekut, baik dok rumah tengok kat tv aja. =).
Related Posts with Thumbnails