5.11.11

hai macam2lah

aku kuar dari rumah.. tergelak aku sorang2.. ada orang tanam pokok betik kat atas tanah nak bancuh simen..

hai mmg xda kerja lain budak sorang ni..

aku pun tanyalah hannan.. dia p curi kat mana anak pokok betik ni..

dia kata ambik kat tepi longkang.. bukan wan punya..

pandai tu menjawab..

baru ni dia bancuh susu sendiri.. susu tu siap suam lagi.. bila mama dia tanya, dia kata xda sapa nak buat.. so dia buatlah sendiri...

mama dia jaga kedai.. aku ngan adik aku dok tido masa tu..

air masak siap p on kan mesin tapis air tu..

hai ,macam2lah...

2.11.11

mari kita naik banana boat

pulau pangkor
teluk nipah

 
 dek kerana kami ada 9orang.. maka aku yg sebagi GM.. mengalah la.. wakakaka.. adakah patut budak2 ni pangil aku GM..  mana muatlah.. nak naik banana boat ni hnya 8orang ja yg paling maximum.

aku nak naik jua.. as photographer.. hehehe..

 ayoh kita mulakan.. aku siap berdiri lagi atas boat... wah dah ada keyakinan yg makin membara.. kalau x dulu siap muntah2 kalau naik boat..

 maka boat pun nak bergerak laju.. menarik insan2 yg semuanya xpenah naik lagi.. aku dah selalu naik masa kat melaka dulu.. so bagilah peluang kat orang lain plak..

 skali toleh belakang.. aik dah jatuh budak2 ni.. xdan apa2 dah jatuh.. xpalah.. smua xda pengalaman lagi..

 mmg susah tau nak naik atas ni.. tukar driver.. yg duduk depan dan belakang mmg main peranan yg besar.. kena melawan ombak..

 k driver ni teror skit..

 wah driver ni mmg teror lah.. coner baring pun xjatuh..

 dek kerana kami nak pusing satu round ja.. abg tu bawa pusing bagi jauh2 skit..

 mmg syarat naik banana boat kan.. selagi xjatuh.. driver boat akan jatuhkan kita jua.. kali ni baling kot tepi2 pantai ja.. awai2 tadi depa dah xlarat nak telan air laut... hehehe...

walaupun aku xdapat naik.. aku turut berpuas hati.. rasa syok skali.. enjoy...

30.10.11

ayoh kita berkayak

Pulau pangkor

new aktiviti.. ni 1st time aku berkayak.. macam xcaya ja.. kami boleh pusing satu pulau tu.. semua naik berdua.. aku ja yg naik sorang2.. kenapa naik sorang2.. bukan kerana aku ni gemok2 ka apa.. coz no choice..

destinasi pertama.. kami ke sini.. Coral island.. mmg aku kena tinggal jauh.. dalam 200meter ke belakang.. yg lain2 dah p dulu.. dayunglah aku sorang2.. bila penat aku berenti... macam nak nangis pun ada.. alamak xjalan la.. kalau naik berdua, kita penat sorang lagi leh backup.. sepanjang perjalanan hanya mampu berdoa agar kayak tu xterbalik.. kami berenti mandi manda dulu kat pulau ni..

masa nak balik.. depa ajak pusing pulau.. wah.. aku ni antara nak dan tidak.. depa suh aku jalan dulu.. ok aku sahut cabaran.. keh..keh..keh.. dalam hati ni.. hanya ALLAH ja yg tahu betapa takutnya aku.. xpalah.. bila lagi nak mencuba.. ombak kuat.. coz air tengah nak pasang.. bila dah pusing hampir 3/4 pulau.. sampai area ni.. ombak tolak kayak aku.. tah macam na bahagian depan dah ternaik kat atas tali ngan pelampung2 tu.. aku terus jeritlah.. minta tolong,,, apa yg aku tau.. kayak aku nak terbalik.. wakaka.. mangkok betul... xterbalik pun.. rescue pun mai.. kawan2 aku suh aku reverse.. hehehe.. masa tu barulah hegeh2 nak blaja gear reverse.. alhamdulilah.. berjaya jua..

akhirnya.. sampai jua kembali ke tempat asal.. aku yg pertama sampai.. xtoleh belakang dah.. terus dayung laju2 sambil berzikir...

bergambar untuk kenang kenangan.. balik.. mlm tu juga aku dah ketagih nak berkayak lagi.. adoi,... abislah.. satu lagi penyakit.. itulah masalah aku.. kalau nak mencuba sesuatu tu dah la susah.. kalau dah termula.. mmg susahla nak berenti..

28.10.11

pulau aman

di suatu ujung mg..

berjalan2 sekitar dalam pulau aman.. sekeliling pulau hanya ada batu2 aja.. xda pasir pantai... melepak2 makan.. melihat disekeliling.. jumpa batu yg berlubang ini.. dek kerana hakisan.. betapa besar kekuasaan ALLAH.. SUBAHANAALLAH...

 membelek2 lagi... pelbagai batu2 yg unik2 belaka..ada yg bulat.. yg bersigi.. dengan pelbagai warna..

 ada yg ala2 bentuk kasut.. nampak x?

 masa p ok.. masa balik.. ombak agak kuat.. maka bot pun terumbang ambing..

depa ni semua steady ja..

aku n the geng aja yg terjerit2 kerana ketakutan.. bila turun kat jeti pakcik tu siap cakap kami menang untuk pertandingan jerit...

paras air laut ngan lantai bot lbh kurang satu jengkal ja lagi nak dimasuki air.. gerunnnnnn... rasanya bnyak2 pengalaman naik bot.. kat sini yg paling mencabar minda.

nanti nak pergi lagi tuk makan mee udang.. masa kami p.. xplan pun nak makan.. hnya p untuk beriadah.. sempat lagi tu main kayak selama 1jam.. ok dah teror skit.. dah tau cam na nak break emergency..

new aktiviti. kini aku ketagih nak main kayak..

26.10.11

gelora



ketenangan

kedamaian

kesederhanaan


kekacauan

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

walau bagaimana jua golak perasaan kita ketika itu..

jangan di lupa satu perkara...

bersujudlah..

bersyukurlah..

mengadulah...

menangislah...

di sejadah...

Related Posts with Thumbnails