17 Jan '10
Ahad
Rumah Yakin Al-Wadi
Pagi kononnya paling lewat kul 10am nak bergerak dr gurun ke kupang.. Naik keta dah kul 10.30am.. biasalah.. YB g melawat kwasan rumah pakcik Zain dulu.. ada bnyak pokok2 bunga.. yg menarik ada bnyak kolam2 fiber dgn isinya ikan keli.. so bnyaklah temuramahnya..
Sblm naik kereta.. pilot xtau jln nak ke kupang.. mnta pakcik Zain beri tunjuk ajar dulu.. co-pilot xreti sngat jln dr gurun.. slalu p dr penang..
Tiba area k.ketil.. dah mula nampak signboard kecil.. Al-Wadi..25KM.. smua tersnyum.. dah xjauh.. lepas pekan Tawar.. msk jln haiway kulim-Grik.. nampak lg signboard kecil 5KM.. hati berdebar2.. ramaikah yg join.. sesuaikah bj2 yg dipakai.. smua entam pakai jeans ja.. maklumla xmau jd hipokrit.. aku lah yg paling cuak.. coz br ja kenal saudara Ijam pada 13 Jan '10, bc pengumuman dr blog dia.. Pastu terus capai hp anta sms kat Ila n Atul.. free x 17 ni.. Apa aku nak cakap bila dah smapai sn.. apa yg nak diborakkan.. Ni antara petikan dr blog dia yg di post pada 11Jan..
Ahad ni 17 Januari.
Saja-saja melawat adik-adik di sini.
Kepada rakan-rakan pembaca yang boring tak ada apa-apa aktiviti,
boleh juga jika minat nak ikut ke sana. Tak ada masalah.
Tiada program rasmi, cuma terasa nak makan tengah hari
bersama adik-adik dan staff di Rumah Al-Wadi.
Ya, itulah aktivitinya, jumpa adik-adik di sini dan makan tengah hari bersama mereka.
Sampai pekan kupang.. xtau dimana tempatnya. smua tercari2 signboard kalau ada. Xmau buang masa berhenti keta tuk bertnya. Alhamdulilah, berhenti ja kereta terus nampak signboard kecil Al-Wadi.. 1KM.. dr jln besar xnampak.. dia letak kat jln yg dah masuk simpang..Tengok jam.. 11.30am..aik br 1jam perjalanan.. ingat ambik masa yg lama.. mgkin sbb naik Jet (keta sbnr Getz) kot.. aku yg pandai2 pangil Jet.. sbb mmg laju.. =)..
Hati ni lg berdegup kencang.. mcm nak p date 1st time plak.. sampai ja kat sn.. dismbut oleh warden perempuan merangkap kerani..dia bgtau penyelia xda.. smua dak2 ni pangil 'abah'.. adik2 perempuan yg ada kat situ smuanya dtg tuk bersalaman... sayu sj tngok..aku pun bgtau la mai ngan group Ijam.. then berkenalan ngan kwn2 br.. Lis, Lily and Wani.. Borak2 rupanya depa ni dr kilang Motorolla.. Ijam xda.. bz ngan adik2 lelaki kat asrama...
Disebabkan agak busan duduk tercangak ja kat kerusi tu, kami p melawat dewan makan yg 80% siap.. p lah kepo2 skit.. berkenalan ngan adik2 yg lain.. sbnrnya aku kurang pasti berapa total smua.. yg pasti dak perempuan ja 25org.. yg dah tingkatan 3,4@5 smua dah ada tugas masing2.. ada yg siang ikan, bsh ayam, lap meja, bancuh air.. smua nmpak ja ada org datang, trus datang tuk bersalaman mencium tangan tetamu yg datang..
Aku pun mulalah snap apa2 aktiviti yg menarik, dlm dok snap tu.. adik Ain ni mai nak tengok apa yg aku dok bt.. br darjah 1.. dia pun nak bt gak.. dia ckp nak ambik pic kakak ngan adik yg berusia 3thn (anak ustazah).. aku xingat namalah.. yg dia tahu tekan ja.. sbb dia xpuas hati ngan pic yg diambil.. ain bg blk hp kakak tu.. ada ja suara adik2 yg lbh besar suh pulangkan hp..tp dia xendahkan.. trus snap foto baby..yelah bkn sng kan nak ambik pic budak2 nih.. smpailah last skali br lah pic yg diambil agak sempurna.. br dia bg blk hp aku.. Ain seorg yg sngat manja.. ditariknya tangan aku ke hulu ke hilir.. apa yg dia nak bt smuanya ajak berteman..
Aku masuk ke dapur.. berkenalan ngan mak ngah.. tukang masak kat situ.. ibu Ain.. dah sorg adik mnyapa.. tnya nama, yg lain2 dia dah berkenalan.. aku ja yg msk paling lmbt kat dapur.. seorng yg peramah.. riang dan mudah mesra.. nama sebenar xingat la.. nama pangilan shuhaida.. bila tngok dia yg bersahaja.. aku branilah tuk bergurau lbh2.. dia nmpak tegas. mcm seorg supervisor@mandur yg dok mnjaga pekerja bawahan,. tuk pastikan smua kerja berjalan dgn lncr & xda yg bt smbil lewa...
Ain yg capture pic aku+baby. Masa tu dia ckp ala baby pegang idung plak.. baby seorg (pas hampir 5x dia snap br dapat pic baby sorg ni). Pic adik yg tudung purple and adk yg dok pegang kasut tu pun dia yg capture..
Ain mintak hp.. tuk tangkap gmbr katanya.. aku ajar lepas xnak guna ttp blk camre tu tuk elak bateri abis.. dia ikut ja apa yg aku kata smbil mnganguk.. dia tngok satu persatu pic yg ada dlm memori... wah ada upin&ipin..sapa kawin?..lia.. ni kat mana?..airport..dia anguk tnda tahu.. apa ni?..gunung berapi.. dia mngeleng xtahu..aku yg nak explain apa itu gunung berapi agak susah.. aku tunjukkan dia pic air panas yg mengelegak.. dia tersenyum, terus p tunjuk kat kawan2 yg dah darjah 3&4.. lepas adik2 tu tngok pic, depa suh ain bg blk hp kat aku.bgtau itu gunung berapi.. abis smua tu.. dia terus masukkan hp dalam poket bj kurung dia.. aku xterkata apa.. better bg hp aku sekejab dr dia g mintak camre2 org lain yg lg mahal.. Ijam ngan kawan2 adalah dr kelab fotografi..
Tempat letak basikal
Dewan makan
Penyelia memberi serba sikit taklimat dan bercerita serba sedikit.. stoking sepasang yg dikongsi 3org.. kisah penubuhan dah bagaimana pemilihan anak2 disitu.. bgaimana mendapat dana untuk teruskan khdupan tnpa mendapat bntuan kerajaan... dalam mendngar penyelia berucap.. Ain masih sibuk snap pic kawan2 dan baby2 yg ada kat situ.. smua anak staff.. mereka tolong jg mcm adik sndiri.. smua bergilir2 mnjaga tnpa ada nada mengeluh.. Ain berbisik.. "Kakak, boleh x nanti tingalkan hp kakak kat sini, xpayah bw blk".. aku menarik nafas pnjang.. apa yg aku nak jwb dgn soalan ini.. "xboleh nnt mak kakak nak call" xda respon.. "nanti bapak kakak nak call tnya awat xblk2 umah lg" xda respon.. "xboleh la nnt bos kakak nak call, t dia call xdapat t dia marah" trus dia jwb " oo nnt bos kakak marah ya" dah ubah fikiran xnak ambik terus hp tu.. dia berbisik lg.. "jom temankan ain pegi ambik air, ain xtahu kat mana" mmg sngaja tuk beri perhatian sepenuhnya kat dia.. mgkin dia nak bermanja.. "xboleh tinggalkan majlis, nnt abah marah. pegi ngan kakak ni k" kebetulan ada adik yg darjah 4 ni nak temankan dia. adik tu ckp "tp dengan satu syarat, ain kena bg blk hp kakak ni" ain mnganguk trus bg blk hp aku.. saudara Ijam datang menyapa.. mngucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang tuk join..
Lepas solat Zohor.. smua berkumpul tuk makan.. para tetamu diminta tuk mngambil makanan dulu.. aku yg dah ambil makanan terus mncari meja yg sesuai.. mncari adik2 yg belom aku berborak.. aku pilih meja yg ujung disudut.. smua memberi aku ruang.. betapa hormatnya mereka pada tetamu.. aku tnya seorng demi seorng.. mula2 nama, asal,darjah@tingkatan berapa then brlah berani mnyoalkan knp mereka tinggal kat situ.. ada yg mak bapak cerai, ada yg mak@bapak meningal dah ada yg famly susah.. mula2 mereka agak malu2 tuk bercerita.. tp bila dah lama2 bukan main rancak lg.. aku tunggu mereka ambik makanan.. smua mkn dlm talam.. 1talam 4org.. aku tnpa segan silu nak join mkn dalam talam gak... smua ok ja.. xkisah.. aku turut bercerita tntng anak buah aku, hanan yg kematian bapak ketika berusia 1bulan.. shuhaida dtg.. ajak join mkn ngan group dia.. coz talam dia hnya 3org.. mcm2 alasan aku bg.. mkn xblh ubah2.. t kawin bnyaklah.. dia ckp xpa.. lom mkn lg..aku dah serba salah.. trus dia angkat pinggan aku bw ke meja group dia.. aku terpaksa mngalah..
Aku tuangkan nasi dr pingan ke dalam talam.. kat group dia pun, aku bertnya soklan yg sama.. nama,asal,form,knp tinggal kat sini.. seorg ni anak yatim piatu, nampak air mata dia dah bergenang.. aku serba salah.. then trus tukar topik.. aku plak bercerita.. pengalaman makan dalam talam masa kat polimas, mcm na aku seorg bdk agak nakal leh berubah.. 1talam mst 4org yg sama.. kecuali ada yg xnak mkn br leh p kongsi talam lain.. tiap org ada peranan.. sorg ambik nasi, sorg ambik air, sorg basuh talam.. masa mkn terasa ikatan ukhwah tu.. terasa mcm rapat sngat2 dgn depa smua ni.. xda perasaan malu2.. Ijam dah Wani smpat snap pic masa kami makan.. aku ja xsmpat nak snap.. ckplah adanya memori tu diingatan.. pas smua mkn dah abis, kn pastikan xda sebutir nasi pun dalam talam.. smua lawan tolak tuk bw talam nak tunjukkan kat abah.. ada nasi yg terjatuh.. mungkin dalam 5butir.. depa sorokkan bw tulang2 ayam.. masa p tunjukkan talam kat abah.. abah ketuk talam tuk biarkan tulang2 ayam berselerak.. bg memudahkan tngok ada lg x nasi.. dia tnya knp msh lg ada nasi.. knp xabiskan.. trus depa jwb yg tu nasi jatuh.. knp jatuhkan nasi? abah tnya.. sian plak aku tngok.. xpasal2 depa yg kena..padahal aku yg kutip nasi yg jatuh tu dan masukkan dalam talam.. aku xtahu peraturan kat sn.. bila depa ckp kakak yg bg jatuh,.. brlah abah kata ok.. lega.. selesai bsh pngan dan talam.. adik2 ajak duduk mkn buah.. aku yg br nak cr tempat kosong.. trus ada ja adik yg bngun tuk bg laluan aku duduk.. terharunya aku.. mmg dilayan sebaik mungkin..
itulah pengalaman aku.. inilah tmpat yg aku sngat excited nak pegi sejak aku tahu...aku pun nak msk gak dlm pic ni..hihihi..walaupun just nmpak dlm side mirrow tu tngan ja..
kepada kwn2 atau sapa2 yg bc blog ni.. marilah kita sama2 membantu adik2 kita ni.. masih bnyak lg sumber2 kewangan yg mereka perlukan..
ada lbh bnyak pic yg menarik di blog saudara Ijam.. http://noorizamsabran.com/2010/01/kejap/
Rumah Yakin Al-Wadi
Lot 4185, 09200 Kupang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4724895 Faks: 04-4707728
HP: 013-4001001
Akaun Bank Islam: 02048 010013676
RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI
Akaun BSN: 02100 4100000162 2 RUMAH YAKIN AL-WADI