27.2.11

Luka & Gamat

Pedih.. compem berdarah nih.. mesti bapa baru asah pisau pagi tadi.. tajam sekali.. terasa akan ketajamannya.. padahal terkena sikit dan daya yg dikenakan pun perlahan.. tika aku buka paket nescafe.. dah terkena ibu jari

masih cool walau darah dah keluar... teruskan sesi jual beli.. dah selesai.. baru basuh darah.. tekan tuk berhentikan darah.. titiskan minyak gamat.. terasa nyilu menyusuk kalbu.. peperangan antara kebaikan dan pendarahan..

bila tangan berdarah.. tekanlah.. basuh.. tahan jah walau sakit.. titiskan minyak gamat ok.. insya ALLAH dengan izin-NYA cepatlah sembuh dan bercantum balik.. jgn sesekali letak plaster..

24.2.11

sambal sardin

 
tiba2 aku teringin nak makan sambal sardin.. hehehe... tunggu apa lagi... cepat jalankan tugas...

grrrrrrrrrrrrrr... grrrrrrrrrr... grrrrrrrrrrr......

wakakaka... masak sambal sardin pun nak kecoh ka.. 

kempunan coz cara masak sardin kat rumah aku adalah berbeza sama sekali.. mana ada pakai cili kering.. aku start makan sambal sardin ni kat rumuh seorang sahabat di melaka.. eh hari ni birtday dialah.. 


23.2.11

Rumah pokok..

 
Agak2 kena tahan polis dak nih.. besi aluminium sepanjang 15kaki.. 1st time bawa berlebihan panjang.. risau gak.. besi aluminium 15 kaki X 2... besi paip 7kaki X 6...

besi aluminium 1kaki = RM1.50
besi paip 1kaki = RM2.50

ini adalah pipe caps jenis bulat..  penting nih.. untuk tutup besi paip nanti..

pastikan semua besi ada thread.. nanti nak letakkan pipe caps.. kira ala2 screw and nut...

dek kerana besi dawai lama masih ada.. just potong ikut ukuran yg dikehendaki.. 

dalam aku nak ikat2kan dawai ngan besi aluminium ni.. si driver traktor ni plak dok menyibuk.. geram pun ada.. nak tergelak pun ada.. dia main tu mcm dia dok keja betul2... dia kata dia tengah korek lubang pastu nak pasang paip air.. pastu siap sambung2kan besi2 tu jadi panjang.. bila dia terlanggar sikit besi2 tu.. dia kata abislah.. air dah keluar.. tinggi sungguh imaginasi dia..

 
masa untuk ikatkan dawai ngan besi aluminium ni... keja aku sampai kat sini ja.. selebihnya next proses abg mynmar tu yg buat..

korek lubang lebih kurang dalam 1kaki..

pastu masukkan paip yg telah siap ditutup pada bahagian atasnya.. kat lubang tadi masukkan simen.. baru kukuh skit.. tiang besi tu kenalah diletakkan kayu untuk sogoknya dari jatuh.. sementara simen nak keras...

pipe caps tadi fungsinya adalah untuk halang dari air masuk... so lambatla skit besi ni berkarat..
kali ni aku bijak dalam beli tanah pasir.. sebelum ni manalah tahu boleh beli sikit2.. selalunya beli setengah lori.. guna setengah ja dari tu.. pastu lagi setengah mesti air bawa lari... hehehe.. tuk kali ni beli pasir dalam guni ja.. pasir kasar 1guni RM3.00... pasir halus 1guni RM3.50...

separuh jalan.. menunggu simen keras sepenuhnya.....

 mak request dah lama untuk buat rumah pokok ni.. akhirnya siap jua dibina ...

setiap tiang besi ni... aku letakkan dulu pokok kerak nasi.. bunganya color putih dan berbau harum.. bila dah penuh naik.. barulah nak gantungkan orkid.. hehehe.. itu pun kalau kukuh lah..

selagi masa masih ada.. tunaikanlah apa2 permintaan atau hulurkanlah pertolongan pada insan2 yg kita sayangi.. jgn tanguh2kan.. jangan terlalu berkira2...

hari ini ada.. mungkin esok lusa sudah tiada... bahagiakanlah insan2 disekeliling anda..

22.2.11

Side mirror

Kargo airport KLIA..
1st time naik lori kargo.. jakun betul masa tu.. seronok pun ada.. hehehe.. bukan senang tahu nak qa'bat(panjat) naik kat atas tuh.. nak pos motor ego seorang sahabat ke sarawak.. best2 dapat macam2 pengalaman..  tahu macam mana mayat di pos.. kereta2 lumba F1 di hantar..

masa tu kawan tanya nak belanja apa.. sambil melawak cakap.. ala belanja ja aku naik ERL.. aku xpenah naik lagi.. jom2.. wah serius dia belanja aku naik.. mahal weh RM70 bagi dua hala.. dua orang dah RM140..  xdalah kejam sangat.. suruh dia bayar sehala saja.. saja nak merasa naik ERL dari klia ke kl sentral.. xdapat naik kat oversea pun xpa dah.. naik ja kat m'sia.. masa tu kepenatan sangat.. baru naik 5minit dah tertido.. g solat kat kl sentral, terus patah balik ke klia.. seumur hidup dapat merasa naik sekali jadilah.. gila aku tolong iklas ke tak nih? eh kalau xiklas xda maknanya aku follow motor dr melaka ke sepang nih.. guna jalan kg plak tu.. aku kan GPS.. so dah tahulah juga selok belok dari melaka-tampin ke seremban then ikut jalan kg apa tah terus smpai nilai... xdalah jauh sangat..


masa tu kancil pun penuh sarat ngan barang2 aku n beg kawan aku nih.. sampai ke seat sebelah aku pun ada barang... pas anto dia kat lcct, aku tumpang tdo kat gombak.. then esoknya aku buat record lagi g guna jalan kg dari gombak sampai ipoh.. tahniah untuk diri kerana telah membuat record baru xgunakan PLUS.. melaka-ipoh guna jalan dalam..  kehkehkeh.. jimat minyak n jimat tol.. sampai ipoh ja aku mampu bertahan.. coz dah ngantuk sngat2 aku kena pecut laju2.. kahkahkah.. itulah aku
Pesona
Tengah mencari kedai tayer area sunway.. merasmikan kereta baru yang xsampai 1 bulan.. aku dah pancitkan tayer kereta pesona seorang sahabat..

Depan rumah
Saja gedik

Keretapi bukit bendera
Sambil interview pakcik driver keretapi.. macam mana keretapi itu beroperasi.. sapa yang mengawal..  guna system takal.. satu naik satu turun.. kalau xda elektrik macam mana.. kalau emergency nak buat apa.. macam2 lagilah... dasar kepoci.. untuk ilmu pengetahuan beb.. =)...

bak kata seorang sahabat.. kau neh dengan dreba bus pun nak cakap.. erk.. salah kah?

19.2.11

kota belud dan kota marudu

kota marudu
hahaha... xda apa2 yg menarik.. beli kueh2 sikit area pekan.. pastu g area pekan lama kota marudu.. org jakun ambik gmbar ngan titi ni.. takut lah.. aku gayat.. gagah jua pergi separuh.. kalau ada org lain yg jalan2.. waaaaa.. menakutkan betul..
masjid ini walau jauh dari kota besar... ada jua van jenazahnya.. kat kg aku.. nama ja kg area bandar... tp masih bnyak kekuranganya..

Kota belud
jagung bakar.. jagung bakar.. mari2 sapa mau beli.. 1st time tngok jagung bakar terus ngan kulit2nya..

kota belud terkenal dengan anyamannya.. mmg murah2.. kalau dekat dah angkut beli macam2.. bakulnya menarik.. ada 4pemegang.. satu baru RM30.. kukuh pun kukuh.. mmg murahlah..

kalaulah aku ada DSLR.. hnya tersimpan dalam memori ajalah apa yg terbaik...

17.2.11

AMARAN?

 "siannya kat baby tu.. dia sakit.." hanan berkata sambil tunjukkan sesuatu di dalam tong sampah...

selalu tanya apa maknanya setiap gambar di kotak rokok..

dekat mana amarannya? hehehe... khas buat seorang reader ku... adakah anda masih aktif merokok?

15.2.11

Bila masak daging..

masukkan jua daun mempelam @ daun mangga @ xtahulah korang panggil nama apa..


ianya untuk melembutkan daging.. adakah benar tip ini? cubalah...

13.2.11

Bukit Melawati

Kuala Selangor
Feb 2008
suka pic ni. Walaupun kaku. Terasa macam pelbagai perasaan, =). Terasa nak gelak guling2 pun ada. Rasa sangat unik. Boleh pulak semuanya terkaku bak tugu negara. So sweet.

Comelkan anaknya color oren. Ibu yang begitu sayangkan anaknya. Manusia kita ja yang banyak dah berubah menjadi tah apa2. Macam nilah ragam di atas bukit melawati.

Sapa2 rajin berjalan kakilah ke atas. Me n the gang malas. Kami naik ketapi yang ditarik oleh trektor. Sorang RM2. Pic last ni pun suka juga. Nampak unik. Ada cerita tersendiri. Nampak macam happy aja. =)

Kenapa datang sini? Masa nak tengok kelip2 kat kg.kuantan, dah search serba sedikit untuk buat tentatif. Nak tengok kelip2 tu malam. So siang nak bejalan2 lah tengok apa ada kat k.selangor. Kira package. Rugilah pergi jauh2 kalau semata2 pergi suatu tempat aja. Ok bijak dalam mengatur perjalanan anda. Masa nilah dapat melawat masjid2 di tempat orang.. =)

11.2.11

From top

Antara semenanjung dan sabah
Jan 2006
By-Casio
 Tidak terkata dengan kata2

9.2.11

Kepelbagaian bentuk awan

Pancaran di sebalik awan mendung. Dah guna camre N95, xdapat sngatlah melihat akan pancaran yang terhasil. Adalah sikit2. Dari xdapat langsung. =)

Pancaran disebalik awan.

Bebes bergerak

Mendung menanti hujan

Terik mentari

Gambar di serata semenanjung. Ada di terengganu, kelantan, penang, melaka. Semuanya di candid dari atas kereta. Ada yang sambil bawa kereta. Mana yang sempat, berhenti tepi jalan.

Teringat kata2 den kek seorang toman.

"Den kalau boleh nak pakai keto yang bumbung boleh buka. Sonang den nak ambik2 gambar nih."

Masa tu dia kasi test drive keto citra abg dio. Kan bumbungnya boleh bukak. Mulalah den pasang angan2.
Related Posts with Thumbnails