23.2.11

Rumah pokok..

 
Agak2 kena tahan polis dak nih.. besi aluminium sepanjang 15kaki.. 1st time bawa berlebihan panjang.. risau gak.. besi aluminium 15 kaki X 2... besi paip 7kaki X 6...

besi aluminium 1kaki = RM1.50
besi paip 1kaki = RM2.50

ini adalah pipe caps jenis bulat..  penting nih.. untuk tutup besi paip nanti..

pastikan semua besi ada thread.. nanti nak letakkan pipe caps.. kira ala2 screw and nut...

dek kerana besi dawai lama masih ada.. just potong ikut ukuran yg dikehendaki.. 

dalam aku nak ikat2kan dawai ngan besi aluminium ni.. si driver traktor ni plak dok menyibuk.. geram pun ada.. nak tergelak pun ada.. dia main tu mcm dia dok keja betul2... dia kata dia tengah korek lubang pastu nak pasang paip air.. pastu siap sambung2kan besi2 tu jadi panjang.. bila dia terlanggar sikit besi2 tu.. dia kata abislah.. air dah keluar.. tinggi sungguh imaginasi dia..

 
masa untuk ikatkan dawai ngan besi aluminium ni... keja aku sampai kat sini ja.. selebihnya next proses abg mynmar tu yg buat..

korek lubang lebih kurang dalam 1kaki..

pastu masukkan paip yg telah siap ditutup pada bahagian atasnya.. kat lubang tadi masukkan simen.. baru kukuh skit.. tiang besi tu kenalah diletakkan kayu untuk sogoknya dari jatuh.. sementara simen nak keras...

pipe caps tadi fungsinya adalah untuk halang dari air masuk... so lambatla skit besi ni berkarat..
kali ni aku bijak dalam beli tanah pasir.. sebelum ni manalah tahu boleh beli sikit2.. selalunya beli setengah lori.. guna setengah ja dari tu.. pastu lagi setengah mesti air bawa lari... hehehe.. tuk kali ni beli pasir dalam guni ja.. pasir kasar 1guni RM3.00... pasir halus 1guni RM3.50...

separuh jalan.. menunggu simen keras sepenuhnya.....

 mak request dah lama untuk buat rumah pokok ni.. akhirnya siap jua dibina ...

setiap tiang besi ni... aku letakkan dulu pokok kerak nasi.. bunganya color putih dan berbau harum.. bila dah penuh naik.. barulah nak gantungkan orkid.. hehehe.. itu pun kalau kukuh lah..

selagi masa masih ada.. tunaikanlah apa2 permintaan atau hulurkanlah pertolongan pada insan2 yg kita sayangi.. jgn tanguh2kan.. jangan terlalu berkira2...

hari ini ada.. mungkin esok lusa sudah tiada... bahagiakanlah insan2 disekeliling anda..
Related Posts with Thumbnails