29.3.11

kemudahan di simpang mengayau (tip of borneo)

bila dah datang jauh2... better tdo kat sini kan.. aku mana tahu ada chalet kat sini.. kalau tahu mmg aku plan tdo sinilah.. boleh menghayati keindahan alam lbh lama... ni no phone tmpat ni 013-8682112 (Batty) @ 014-8735118 (Khalid).. sblm pergi bookinglah dulu.. t penuh plak...

ada 8buah chalet semuanya.. boleh lepak2 smbil tngokview yg cantik.. boleh bbq juga.. chalet tuk 4org = RM100.. tah seimbas lalu ja tngok harganya... bolehla kira xmahal..

ada juga laluan pejalan kaki untuk ke pantai.. area sini boleh mandi manda.. xda ombak.. laut sulu

antara view yg aku jatuh hati n nak ke sana lagi kalau ada rezki... ada kantin juga kat sini.. makanan mungkin problem skit.. better sblm p sana.. bawa makanan siap2lah.. beteerlah.. pastu beli makanan laut tuk buat bbq... wawawa.. bestnya melepak...

singgah solat di sini.. masih belum ada elektrik kawasan ini... hanya guna generator.. ada elektrik dari kul 6pm-6am.. suraunya bersih.. kemas.. xda satu pun habuk2 @ tahu cicak.. ada yg menjaga rumah ALLAH ini walaupun tidak kelihatan orang ramai yg berkunjung ke sini.. mgkin dihujung mg baru meriah..

leka mengambil gambar.. terserempak dengan dua beradik ini... kusangka dia mengutip siput2 untuk dijual.. "mari ku lihat apa yang kau ambil itu bah"// sekali jenguk.. wakakaka.. dasar budak2.. ada traktor yg dah xda pengoreknya.. ada kereta F1 yg dah xda tayernya.. patutlah dia malu2 nak tunjuk.. mengutip mainan yg dihanyutkan oleh air.. kawasan sini ombak kuat sikit.. laut cina selatan

27.3.11

tempat gantung..

mula2 g curi dawai kat sini.. hehehe.. xrugi beli cutter.. bila dah ada peralatan.. macam2 lah kita boleh buat.. selalunya asal nak buat ja.. itu xda ini xda..

potong besi2 yg berlebihan disekeliling.. bg kemas skit... then kita main asah2 karat dulu..

pastu aktiviti spray... pastikan tiada lagi karat2 yg kelihatan...

ok dah nmpak macam baru skit kan..

inilah tujuannya... sebelum ni lagi serabut.. ni kira ok skit r... kena beli kaki besi yg khas tuk sangkut barang tu.. tapi xtahu nak beli kat mana... nanti2lah bila jmpa baru beli.. for temp.. gantung aja macam ni...

25.3.11

lempeng @ tempek

"goreng lempeng... lempengnya hangus.." lagu apa erk.. dah lupa.. tapi itulah sebahagian liriknya.... 

selain lempeng.. org penang panggil tempek.. agaknya sebab masa nak buat tu kita kena tempek kat atas kuali tu....

bila duduk penang.. lempengnya adalah lempeng nyok (kelapa).. xpun lempeng pisang... kalau di melaka selalu makan lempeng telur + bawang..

 
ni lempeng kelapa... ya masukkan aja kelapa mesin tu dalam tepung dan gaulkan sekali..

ini plak lempeng pisang.. adakah kerana guna daun pisang maka pangil lempeng pisang... oh tidak.. ada pisang2 yg ranum tu.. kalau dah jemu dok buat cokodok pisang (jemput2).. boleh gak buat lempeng pisang... masukkan aja pisang ngan tepung tu sekali.. kena guna daun pisang.. coz nanti melekat2 atas kuali...
tadaaa... ayuh makan panas2.. enak nih..

selalunya idea masak lempeng ni akan ada bila ada kuah gulai (kari) yg berlebihan... itu kat penang.. kalau kat melaka plak.. idea masak lempeng ni akan muncul bila kuah masak lemak ada yg masih berbaki.... lempeng tu boleh la dicicah ngan kuah..

apa yang pasti.. lempeng jenis apa pun.. aku makan ja.. semua suka... 

tiba2 teringin nak makan cokodok bawang cicah kuah masak lemak @ sambal ikan bilis..

tiba2 teringin juga nak makan cokodok gula mereh.. korang pernah makan x? masa jmputkan tepung tu.. jemputkan sedikit gula merah sekali.. 

 haishhh... mcm manalah xgemok2... suka makan benda2 bergoreng.. berminyak.. wakaka..

23.3.11

rotan

aku leka menghadap laptop.. ada org masuk.. aku mendongak.. oh cina anta barang.. tiba2 aku jadi macam nak pecah perut.. dia kepit rotan kat ketiak.. tangan dah penuh pegang barang2 lain.. dah ala2 cikgu yg sngat garang dok ronda kawasan sekolah plak...

dia bg bil.. aku pun jelaskanlah bayaran.. mahu plak dia jual rotan ni satu ja.. coz mereka adalah pemborong.. sebelum ni pernah tanya.. kena beli satu ikat... dia ni otai skit.. oder ja berapa pun xpa.. xda masalah.. sbb rotan ni hanya nak guna kat rumah.. bukan untuk dijual.. malas nak g beli kat pasar malam.. coz aku rasa dah bertahun aku xg pasar malam..

jerit panggil hannan.. aku suruh ambik rotan.. dia dah takut2.. "xmau rotan... xmau rotan" padahal aku suruh ambik letak dalam rumah.. rotan lama dah hancur.. bila xda rotan.. semua mula tunjuk belang.. ada satu ketika.. gunakan pemegang belon sbgai rotan.. kadang2 pakai hanger.. abis xda pun.. hehehe... ambik skop hannan tu.. untuk acah2 ja... bg duduk diam2 skit.. xterkawal.. pening den..

21.3.11

satu untuk ku.. satu untuk dia..

megi goreng tomyam
 
megi vegi

20.3.11

............

Hidup ini terlalu singkat... kadang2 manusia ni terlalu lalai mengejar dunia sehingga terlupa akan tujuan sebenar kehidupan diatas dunia ini..

begitu jua dengan aku yg sering lalai dengan landasan yang sebenarnya.. di sini aku hanya nak berkongsi serba sedikit... cuma orang tu faham atau tidak... nak atau xnak...

macam2 cara untuk kita tambahkan pendapatan kita untuk di sana kelak.. tapi ramai yang masih berkira2.. kalau buat pun hanya nak pada nama.. bukan nawaitu itu sendiri.. 

dalam suatu perjalanan.. ku singgah di sini sebentar.. ku tinggalkan sesuatu...

ada antara rumah ALLAH ini ku berkesempatan singgah solat sebelum2 ini.. ada jua yang masih belum aku jejaki... syukur alhamdulilah.. dek kerana satu niat.. dek kerana sehelai kain.. aku berpeluang singgah masuk ke rumah2 ALLAH yang lain.. yang sebelum2 ini aku hanya memandangnya dari luar..

dalam aku menaiki tangga masjid.. teringat akan kata2 seorang sahabat... salah seorang ayah sahabat pernah berkata dek kerana satu isu.. ayatnya lebih kurang begini... "dah abis ka semua tangga masjid hang naik dari nak naik tangga batu _____.."  

bukan sekadar masjid2 yang menjadi persingahan ku.. di surau2 jua tidak ku lupakan..  ada antaranya aku terus singgah solat dan meninggalkan sesuatu.. ada jua antaranya aku hanya sekadar singgah dan meninggalkan sesuatu...

tah macam mana.. di destinasi 2nd terakhir.. boleh plak aku terkantoi ngan seorang sahabat.. dia bertanya.. tapi aku just jawab entah.. orang yg faham.. kira abis di situ...

di tempat kerja, aku beli bedak talkum dan letakkan di surau...  ada seorang ni.. bila orang lain tanya n nak guna.. dia mesti kata guna ja.. kak___ yg punya.. padahal dari awal dia pernah tanya.. dan aku dah kata wakaf.. xperlu kot nak kecoh2 bagitau satu kilang..

susah kan.. motifnya sekarang.. banyak benda2 baik yang boleh kita lakukan.. untuk bekalan kita di sana kelak.. cuma insan itu faham atau tidak.. sedar atau tidak..

begitu jua dengan insan2 di sekeliling dia.. kena faham.. kalau xfaham susah jua.. buat insan yg faham ni akan sedikit terbantut.. xpun dari niat asalnya baik.. bila orang dah puji2.. dah melambung tinggi.. dah terpesong niat asal dia.. jadi riaklah pulak.. ok faham x.. hehehe.. fikirlah sendiri..

pada asalnya aku xnak tulis entri tentang perihal ini... bila memikirkan aku sekadar nak tunjuk salah satu jalan kepada kawan2.. nak ajak kawan2 aku berfikir.. nak ajak sama2 melakukan ibadah yang tanpa kita sedari.. apa2 pun.. semuanya bergantung pada niat masing2.. bila nawaitu itu betul... insya ALLAH akan berbaloi..

19.3.11

tembikai..

cermin 
 

autofocus.. blur dekat n blur jauh

pandangan tepi n atas
amacam.. ok x? mencuba n mencuba.. =)

17.3.11

Daun sup daun bawang..

bila beli daun sup... mesti beli daun bawang sekali kan... yang ni beli or tanam?

bila tanam daun sup dari biji benih yg dibeli.. katanya 4-5hari naiklah.. tapi pokok ni 3bulan lbh baru naik.. hehehe.. mesti xbetul cara penanamannya.. atau cuaca atau pengairan yg xbetul...

tiba2 daun bawang pulak yg memonopoli rumah untuk tanaman kucai ini..

dek kerana stok bawang yg dibeli dah mmg mula tumbuh.. so melambak2 lah yg kena letak tepi... bawang besar pun boleh lah di tanam.. jnji next akan dapat daun bawang plak..

selalunya guna bawang kecik untuk jadikan biji benih untuk daun bawang...

dalam masa satu jam aku melihat ada perubahan.. bawang ni hidup.. membesar.. nmpak x setengahnya masih ada kesan potongan strait aja.. dan ada setengahnya dah mula tumbuh keluar yg baru..

15.3.11

mana satu mimik muka anda sekarang

Mana satu mimik muka anda sekarang. Ada tersenarai di sini? Pilihlah mimik muka yang tenang untuk orang lain melihat anda. =). Kadang2 kita kena mengukirkan sedikit senyuman walaupun ianya perit.. gembirakanlah insan2 di sekeliling anda..

13.3.11

simpang mengayau ~ tip of borneo

Pertemuan Dua Laut - Laut China Selatan dan Laut Sulu

SUBBHANALLAH... alhamdulilah.... bersyukur ke hadrat Ilahi.. mahu menitik air mata ini... aku berkesempatan melihat kejadian alam yang begitu indah sekali... masa sampai2 area sini.. terkedu aku dari kejauhan.. benarkah aku masih di sabah? berbaloi dengan perjalanan hampir 3jam dari KK..

sungguh indah kejadian alam ini... airnya yg jernih.. masih suci belum ternoda..

menuju ke tempat paling hujung.. sapa nak tengok view from top.. kenalah google tip of borneo.. akan adalah beberapa gambar from top.. akan nampaklah bntuk tanjungnya..

sedikit perkongsian ilmu...

terasa diri bukan berada di sabah

tempat aku berdiri ni agak tinggi.. dalam gambar xda lah nampak... lbh dari 10meter rasanya.. kalau jatuh ni mmg tergolek2 lah nampaknya..

jika anda ke sabah n ke area kudat... singgah kat sini.. berbaloi2 melihatnya dengan mata sendiri..
Related Posts with Thumbnails