Hidup ini terlalu singkat... kadang2 manusia ni terlalu lalai mengejar dunia sehingga terlupa akan tujuan sebenar kehidupan diatas dunia ini..
begitu jua dengan aku yg sering lalai dengan landasan yang sebenarnya.. di sini aku hanya nak berkongsi serba sedikit... cuma orang tu faham atau tidak... nak atau xnak...
macam2 cara untuk kita tambahkan pendapatan kita untuk di sana kelak.. tapi ramai yang masih berkira2.. kalau buat pun hanya nak pada nama.. bukan nawaitu itu sendiri..
ada antara rumah ALLAH ini ku berkesempatan singgah solat sebelum2 ini.. ada jua yang masih belum aku jejaki... syukur alhamdulilah.. dek kerana satu niat.. dek kerana sehelai kain.. aku berpeluang singgah masuk ke rumah2 ALLAH yang lain.. yang sebelum2 ini aku hanya memandangnya dari luar..
dalam aku menaiki tangga masjid.. teringat akan kata2 seorang sahabat... salah seorang ayah sahabat pernah berkata dek kerana satu isu.. ayatnya lebih kurang begini... "dah abis ka semua tangga masjid hang naik dari nak naik tangga batu _____.."
bukan sekadar masjid2 yang menjadi persingahan ku.. di surau2 jua tidak ku lupakan.. ada antaranya aku terus singgah solat dan meninggalkan sesuatu.. ada jua antaranya aku hanya sekadar singgah dan meninggalkan sesuatu...
tah macam mana.. di destinasi 2nd terakhir.. boleh plak aku terkantoi ngan seorang sahabat.. dia bertanya.. tapi aku just jawab entah.. orang yg faham.. kira abis di situ...
di tempat kerja, aku beli bedak talkum dan letakkan di surau... ada seorang ni.. bila orang lain tanya n nak guna.. dia mesti kata guna ja.. kak___ yg punya.. padahal dari awal dia pernah tanya.. dan aku dah kata wakaf.. xperlu kot nak kecoh2 bagitau satu kilang..
susah kan.. motifnya sekarang.. banyak benda2 baik yang boleh kita lakukan.. untuk bekalan kita di sana kelak.. cuma insan itu faham atau tidak.. sedar atau tidak..
begitu jua dengan insan2 di sekeliling dia.. kena faham.. kalau xfaham susah jua.. buat insan yg faham ni akan sedikit terbantut.. xpun dari niat asalnya baik.. bila orang dah puji2.. dah melambung tinggi.. dah terpesong niat asal dia.. jadi riaklah pulak.. ok faham x.. hehehe.. fikirlah sendiri..
pada asalnya aku xnak tulis entri tentang perihal ini... bila memikirkan aku sekadar nak tunjuk salah satu jalan kepada kawan2.. nak ajak kawan2 aku berfikir.. nak ajak sama2 melakukan ibadah yang tanpa kita sedari.. apa2 pun.. semuanya bergantung pada niat masing2.. bila nawaitu itu betul... insya ALLAH akan berbaloi..