Tanggal 29 Mac 2012, alhamdulilah aku berpeluang menjejakkan kaki di tanah haram untuk mengerjakan ibadah Umrah dan Ziarah...
Ketika menunggu bording time, aku disapa oleh seorang wanita arab yg berniqob..
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Going to umrah?"
"Yes, Insya ALLAH"
"Insya ALLAH" sambil dia menganguk2kan kepalanya..
Umat sesama islam.. xmengira kaum.. jika anda iklas.. dengan sesiapapun boleh memberikan salam..
Aku terfikir balik.. aku ni seorang insan yg masih lagi lemah.. masih belum bersungguh2 mengamalkan memberi salam...
kapal terbang dipenuhi oleh jemaah2 yg nak mengerjakan umrah.. ada yg akan ke madinah melakukan ibadah ziarah dahulu.. ada yg akan terus ke mekah mengerjakan ibadah umrah dahulu... semuanya mengikut pakej masing2...
perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 8jam 55minit.. KLIA-Jeddah...
perjalanan lebih kurang sejauh 7288 km...
bila naik flight.. aku sangat suka tengok lubang udara ni.. akan ada frost kat sekitar lubang kecil ni dek kerana terlalu sejuk...
perkampungan di kaki gunung ganang.. tiba2 saja hatiku terdetik untuk membuat kembara bumi Arab.. nak travel naik kereta.. nak melihat sendiri suasana rumah di kaki2 gunung...
nak merasai melalui jalan ditengah2 jalan pasir.. nak merasai perit getir panas di sana...
jam menunjukan 9.45pm waktu malaysia.. ketika pergi, waktu siang kami menjadi lama.. kerana bergerak ke arah siang... malam di belakang kami...
antara saat2 yg aku tunggukan.. perubahan antara siang dan malam... sungguh indah bumi ciptaan ALLAH.. sungguh unik... warna warni alam... melihat langit yg pelbagai warna.. semua warna ada macam warna pelangi...
mengunjungi Kota Suci Madinah untuk menziarahi Rasulullah s.a.w, mengerjakan solat di Masjid Nabawi...
menziarahi tempat2 bersejarah,masjid2 sekitar madinah dan kebun kurma...
percubaan pertama aku berniqob... merasai sesuatu keunikan bila berniqob..
mengerjakan umrah di Masjidil Haram...
sesungguhnya Allah menurunkan 120rahmat di Ka'abah setiap hari
- 60 rahmat untuk orang yang mengerjakan tawaf
- 40 rahmat untuk orang yang solat
- 20 rahmat untuk orang yang melihat Ka'abah