29.9.10

Color @ Black n White

Sebelum ni ingatkan handphone camera ku xda setting black n white... hehehe.. baru2 beli adalah godek2.. pastu dah lupa.. maklumlah dah dekat 3tahun pun...

baca tips fotografi  pasal black n white.. trus g tngok balik ada x... bila tahu dah ada.. apa lagi.. kena testing r.. pasneh boleh aplikasikan tuk next2 picture.. muahaha..

apakah benda yang aku nak snap nih sambil menjaga kedai.. ok.. ada payung yang bewarna warni.. boleh la tuk testing..

satu di snap guna mod normal.. satu lagi mod balck n whita... tuk mendapatkan kedudukan yang sama, pastikan payung berada pada jarak yang sama tuk kedua2 capture..

so apa pandangan anda? ok x? hehehe.. pasnih mesti coba..

cepat2 check camera anda ada x? kalau ada.. meh sama2 kita snap dalam black n white plak.. asyik guna color normal jah.. busan juga kan.. bila lagi mau cuba.. dah tahu mesti buat .. caiyok..

so xda dslr pun xmenjadi satu masalah kan...

selamat mencuba..

28.9.10

Ladang Tebu

Chuping Perlis
Sepanjang jalan dari main campus unimap - padang besar

alhamdulilah.. cuaca dan suasana di sepanjang jalan viewnya sungguh cantik.. mengucap syukur dan menikmati seketika keindahan alam ciptaan ALLAH..



kilang tebu.. nun jauh disana..

Ingat x lagi cerita KL menjerit?

Perjalanan yang jauh destinasinya.. bila dibawa dengan 140km/j mestilah dalam 10minit aja.. tapi aku mengambil masa 40minit untuk melalui jalan ini.. semata2 menghayati dan snap apa yg terbaik.. bukan semua orang dapat ke sini kan.. meh la kita berkongsi gambar2 walau hanya dari handphone camre ku..

 Bila2 ada masa.. nak datang lagi.. ada benda yang tertinggal tuk di snap kat sini.. disebabkan mengejar masa.. xdapatlah nak u-turn balik... masa perjalanan balik.. aku dah xlalu ikut sini...

26.9.10

Ke arah hujan

Aku suka hujan.. dapat mandi hujan lagilah best.. hehehe.. suka ke tempat hujan ni.. kalau dulu masa bawa motor.. mesti nak lari dari arah hujan nih.. sekarang sangat excited kalau nampak kat depan tu hujan.. jarang2 kan kita akan nampak situasi macam ni..

camre kitak xcukup cangihlah bah.. boleh nampak kan.. hehehe..

 pakcik2 dah berenti tepi jalan.. mencapai baju hujan..

dah hujan.. hannan yang leka bermain traktor trus bangun... dia pun sama seperti ku.. menghayati hujan lebat yang unik..


nak capture titisan air.. susah gak nak dapat..

teringat kat seorang sahabat blogger.. dia pun suka melihat titisan air ini...  =)

24.9.10

Berita Jam 8

Update progress projek juta2.. 

Bukit ditereskan... berlakunya runtuhan tanah bila tiba musim hujan.. bagi mengatasi masalah.. penanaman nenas telah dilakukan bagi mengelakkan berlakunya runtuhan tanah dari berulang..

hahaha.. tipu saja.. memang tereskan bukit untuk tanam nenas.. alhamdulilah dah cecah 103 pokok.. tahniah pada diriku yang berusaha gigih walaupun secara kecil-kecilan..

Pembalakkan Halal
Semua kangkong2 telah ditebang dengan dayusnya.. dek kerana mendapat permintaan ramai.. oh sungguh sadis sekali..
Anda ingat lagi dengan berita terkini sebelum nih.. yg ada kotak2 tu.. hehehe.. inilah tempatnya penanaman kangkong secara giat.. setelah kotak2 ini dipenuhkan dengan tanah dan baja tahi ayam.. 7kotak tanam kangkung.. lagi 2kotak tanam bayam.. semuanya telah selamat dituai.. hanya adalah beberapa saki bakinya lagi.. kena giat berusaha tuk next projek..



Pembakaran boleh x?
Pembakaran terbuka telah bermula kembali bila mana tanah2 baru di terokai... area atas bukit nih akan diteruskan dengan projek baru.. siapa2 yang nak menghantar kertas kerja @ cadangan.. silalah anta sebelum next week.. kahkahkah.. nak tanam apa lagi erk.. oh jagung..

wah bara sabut nih kalau bakar ikan kah. ayam kah.. sedap nih.. sebenarnya colornya lagi cantik.. harap maklom.. snap pakai apa.. ni aja yg terbaik yg mampu den capture..
 
Sekian berita jam 8..  ada apa2 lagi yg best nanti baru ada berita k.. =)

Testing

Kelebang Melaka
14 Jan 2006
Try and test

Antara pic kegemaran - Set as Desktop Background



Alone. Menghayati keindahan alam dan matahari terbenam.

Bila beli apa2 yang baru.. kita mestilah testing2 dulu.. begitu juga dengan camre.. tengok sejauh mana ia mampu.. kalau zoom akan pecah x.. apa guna seting2.. jangan lupa baca manual book.. insya ALLAH bnyak berguna.. gambar2 diatas digunakan pelbagai jenis setting.. kat sini xberapa nampaklah..  

p/s-camre casio makcik dah tamat riwayatnya. =). Masuk air masa masuk gua. Hujan lebat di luar gua secara tiba2 membuatkan paras air meningkat dengan cepat. Kena meredah air dengan arus yang agak deras, sambil membantu kawan2 yang kecil molek terkapai2 kerana dah hapus. Dengan makcik pun air dah sampai bawah dagu. Masa tu nyawa lebih penting.

Walaupun agak sedih kerana memikirkan harganya yang hampir sama dengan DSLR masa kini. Masa tu DSLR lagilah 2x ganda mahalnya.. Tapi apa jua dugaan, kita kena reda dalam segalanya.


22.9.10

Reflesia

Poring Sabah
Jan 2006
By-Casio
Sapa2 yang perasan, makcik suka guna pic reflesia ini as profil picture di frendster suatu masa dulu. Kadang2 guna profil pic untuk blog juga. Di snap di Poring sabah. Dari situ, nanti adalah orang2 asli tanya, kakak nak tengok x reflesia. Kenalah bayar seorang RM10. Masa tu excited la juga. Bukan senang kan. Kena jalan kaki dalam hutan dekat 1km juga. Siap kena seberang2 sungai, guna titi dari batang2 kayu. Kobar punya pasal, redah aja.
 Saja ambik semua jenis keadaan, boleh kongsi2 dengan sapa2 yang xpernah pergi. =)

Orang asli pun bijak tau, mereka buat pagar untuk semua bunga reflesia. Kadang2 manusia ni dah sebati dengan penyakit gatai tangan. =)

Kat Poring ada juga titi gantung. Masa naik tu, dah ketaq lutut2, xda sempat pun nak snap gambar. Titi gantung kat sini lagi menakutkan dari titi gantung bukit bendera. Nampak macam tak kukuh ja. Hahaha pandai2lah makcik.

So masa travel, kena sediakan juga budget untuk sampingan. Tengok dekat poring ini aja dah macam2 kena bayar. Naik titi gantung, tengok reflesia, ada juga kolam air panas. Yang tu xpasti kena bayar@x. Soal duit makan lagi. Beli air mineral aja tah berapa dah. Janji masa travel jangan berkira sangat. Sebab anda hanya pergi sekali, memori itu tetap terindah untuk selamanya. Kalau travel nak kedekut, baik dok rumah tengok kat tv aja. =).

20.9.10

Pembaikpulihan


Kali ni kita nak buat pembaikpulihan pulak.. hehehe.. eh kau tu xda keja.. so smua keja kau kena buat ok.. jangan nak ngada2.. =).. pembaik pulihan apa nih.. berhabuk aja..

Langkah 1
 Uwaaaaa... serabutnya.. macam mana nak cabut wayer power nih? disebabkan wayer ni wiring dia masuk ikut dalam syiling.. so dah xboleh nak kuarkan soket ngan wayer.. so kenalah cabut dari sini.. ok tenang2.. kita cari punca asal. ni ada 2 wayer main.. yang mana satu? dah kenal pasti.. ok baru boleh kuarkan 3wayer lain.. Live, Neutral, Earth.. 
Yang dibulatkan itu yah.. so ambik marker pen.. sila tandakan dengan satu,dua dan 3 garisan bagi ke tiga2 tempat.. supaya nanti nak pasang balik xdalah penin.. hehe.. bukannya expert pun.. kita guna kaedah meniru.. bak kata lain yang sedap di dengar.. kita guna reverse engineering.. dekat connector 8way pun kenalah tanda.. t nak letak kat mana plak.. hehe.. so xreti buat cara xreti.. jangan gopoh2.. pelan2 kayuh..

Langkah 2


Sapa2 yang pernah datang rumah, perasan x ada peti ais yang xguna dalam rumah.. hehehe.. akhirnya berguna jua tuk kali ini.. sebelum ni just on bila CNY kerana nak letak stok sayur.. lori xjalan.. so kena beli banyak2 siap2.. 

maka perpindahan rumah bagi warga2 air kotak, air tin, sayur, buah2 ke rumah baru.. eh  peti ais baru nih macam lainlah plak.. wayer Neutral ngan Live dah tercabut dari connector 8way.. macam mana nih? so main agak2 ajalah untuk pasang cable power dekat connector 8way.. cara wiringnya berbeza ngan peti ais lama.. masa on kan suiz.. ok xda apa2 berlaku..oklah kot.. syukur alhamdulilah xda apa2.. 

Dak2 semua bz body.. dah kuar boleh plak patah balik.. eh kak beli peti ais baru kah.. padahal dah lama wujud.. xguna2 pun lagi.. sebab apa dibeli dulu? ada perancangan nak buka kedai kopi.. disebabkan masalah2 tertentu.. masih di holdkan dahulu...



Langkah 3

Meh kita terjah peti ais yang digunakan selama lebih 7tahun.. sejak kedai buka.. xdalah cuci besar besaran sangat.. selalunya just lap2 macam tu aja.. beginilah rupanya.. dah berkarat2.. nak lihat jelas.. kliklah sendiri k.. jgn malas2..

Disebabkan kekejaman aku ke atas dua orang sepupu yang mengikut balik kerumah sejak hari raya hari tu.. aku telah kerah mereka untuk mengikis karat2 dengan kertas pasir.. hehe.. sapa nak tinggal dengan aku, kena rajin2.. atas jasa mereka.. setengah hari aja dah berjaya dikikis semua karat2..

Gambar ni rasanya setelah hampir separuh di kikis karatnya.. model aku ni memang suka bz body dengan kerja2 yang dilakukan.. xkiralah samada kerja memasak. berkebun @ apa2 aja.. mesti macam2 soalan akan timbul.. kadang2 sampai aku sendiri xtahu apa nak bagi jawapannya..

Langkah akhir 

so tugas aku lah plak tuk mengecat.. disebabkan ini adalah peti ais.. so kenalah guna cat jenis spray.. untuk mendapatkan kelincinan yang bermutu... manual spray pakai tangan.. lenguhlah juga tangan2 setelah mengoncang 4tin... tapi xdalah terasa sangat.. kalau orang mai kedai.. aku goncanglah tin tu.. dah xda orang aku g spray.. sempatlah satu lapisan tu kering.. da orang larik jaga kedai balik.. begitulah sampailah habis mengecat.. bila tengok resultnya.. wak sngat best... terasa begitu indah sekali.. kedua2 orang sepupu mengucapkan syukur bila aktiviti mengecat dah dilakukan.. "kami dah xkena dera lagi"... haha sambil aku spray cat.. aku kerah depa 2 kopek kelapa plak..
Sebelum

Selepas


So apa komen anda?  Hehe dasar pemalaskan.. kat bawah tu ada bingkai color gold.. aku main bedal spray putih aja.. malas lah nak letak tape.. pastu dah melekit2.. oh xkosa den

menunggu cat betul2 kering sebelum perpindahan ke tempat asal... eh bukan2.. tunggu bau hilang.. cat jenis spray ni cepat aja kering.. agak2 berapa lama erk? kalau cat minyak tu memanglah ambik masa skit.. biarlah dalam 2mg.. hehe.. sebenarnya berkira nak fikir tuk pindahkan balik barang2.. hari tu ada seorang lagi mynmar lelaki yang tolong.. 

idea buat kerja2 nih datang dari kak mynmar tu lah.. dia memang seorang yang buat kerja pantas.. dan sangat hargai benda2.. orang susah kan.. kita orang malaysia nih tahu nak belagak jah... termasuk aku.. hehehe.. kalau keta ranger tu.. dia siap akan basuh lagi kat belakang tuh setiap kali digunakan.. aku ja yang suka bedal guna sepenunhnya.. pastu malas nak cuci.. hehe.. hari tu dia marahkan anak2 buah aku bila buat kotor.. aik kalah pak usop plak..

Langkah tak ada kaitan


Bagi sapa2 yang nak mencuba buat baik pulih sendiri bagi plug dirumah... senang aja.. was2 ngan color @ wayer mana satu.. just follow ini k.. peralatan yang diperlukan.. screw driver + pisau aja.. so anda boleh lakukan.. senang ja.. 

manalah nak tahu kot2 kepala kipas angin kah.. kepala apa2 ajalah yang gunakan plug ini yang rosak kah.. so bolehlah mencuba untuk tukar sendiri.. 

Ditaja oleh 
 Oit ingat buat iklan kah


ada tugasan baru dari supervisor.. kena cari spray color sama ngan keta inova.. baru nih mak ada langar sesuatu.. nak elak dari karat.. kena spray skit..  wah diberikan kepercayaan tuk spray kereta lah plak.. tinggi tu kepercayaan yg diberi.. 

ok anda2 disana.. boleh cuba k.. jangan takut2.. belum cuba belum tahu.. buat aja apa2 pun yang anda nak buat.. yakin boleh.. hahaha bab2 melingkup serah kat aku... =)

kalau barang apa2 pun memang lah boleh di baik pulih @ modified.. pastu nampak macam asal balik atau lebih kurang sama ja.. 

kalau manusia? bila dah berubah ke arah keburukan.. agak susahkan untuk dibaikpulih.. yang dah lupa diri.. lupa asal usul.. lupa halal dan haram.. 

jatuh bangun seseorang manusia itu..  kadang2 memerlukan insan sekeliling untuk membantu.. bukan mencemuh supaya orang itu terus menerus lakukan kesalahan.. jangan kerana sayang kita takut untuk tegakkan kebenaran... bantu membantulah di dalam kehidupan kita.. jangan terlalu berkira2.. 


ingatlah sebaik mana pun kita.. kita masih memerlukan pembaikpulihan dari masa ke semasa.. kerana kita bukan insan sempurna..



18.9.10

Ketupat n rendang raya 6

Daun palas ni ada kat belakang rumah.. xgaduh nak p beli

Kukus

Rendang kah gulai kah kari kah.. hehe aku pun dah confius nak panggil apa.. atas sebab banyak sngat pangilan..
Bertempek sat na..

Hehe ni buluh masa buat lemang hari tu.. dek kerana tiada sapa2 yang nak menjaga kedai hari tu.. so xdapatlah nak capture secara menyeluruh cara memasak lemang.. lain kali erk.. masuk ja rumah kul 10 malam tu trus makan sebatang lemang.. dah terlupa nak ambik2 gambar dah.. keletihan menjaga kedai daru kul 8.30am smpailah kul 10pm..buluh kecil bolehlah habiskan 1batang.. kalau buluh yang diambil dari bukit bapak,, xdapatlah den nak menghabiskan.. buluh agak besar..

buluh ni beli kat pokcik yang jual lemang.. atas jasa baik dia.. aku xperlu temankan bapak memanjat bukit mengambil buluh.. ponat tahu.. dah bukit mencangak tinggi.. dah beberapa tahun xbakar lemang.. atas permintaan aku.. bapa bakar juga lemang dalam 15batang.. hehe.. selalunya kami akan bakar dalam 50batang.. tuk buat jual sekali.. t akulah tukang promote.. sebatang dalam RM8-RM12.. masa tu excited r dengan menjaga api supaya lemang xberkerak sangat..

16.9.10

KK

KK sabah
Gunung kinabalu
Jan 2006
By-Casio 

From Town KK to Gunung Kinabalu
Niat makcik untuk memanjat g.Kinabalu hanya tinggal angan2 sahaja. Hanya menjejakkan kaki di bawah G.Kinabalu. Apa boleh buat, xda rezki. Setelah segala persiapan di buat, tiba2 perlepasan kami di tarik balik oleh pihak U disaat2 akhir. Politik punya angkara. =). So bedal ajalah pakai kasut high cut dan beg camping tu bila g travel mana2. Beli mahal2 xkan nak buat show dalam almari saja. Orang kata orang gila kah apa, lantak lah. Malas memikirkan pemikiran manusia2 ini.

15.9.10

Kapitan

 
Kat penang kedai kapitan ada 2 kedai. Yang original kedai area town. Dekat2 dengan area jeti. Sejak yang baru buka depan queensbay, pergi yang deka sudahlah. Rasa sama aja. =). Bukan nak p cari nasi kandar ka apa, mahu makan briani. Kadang2 beli bungkus aja. Ikut situasi sapa yang nak pergi @ x. Maklumlah.. bila ada kedai, kul 10 baru lah boleh kuar nak p mana2 pun.. xpun beli bungkus ajalah yang terbaik.

 
 
Tandori jua adalah kesukaan makcik. Xambik yang plain. Selalu oder tandori garlic cheese. =). Aktiviti mengemukkan diri. Hehehe. Kuah tu untuk dicicah2.. tapi makcik xreti.. makan roti nan ngan ayam ja. Sekarang ni dah jarang oder ayam. Makan roti nan saja. Cewah.. diet kah?


 
Kalau nasi kandar, makcik suka kat kedai lain plak. Dah lama x g jalan2 cari makan. Selalunya pergi bila ada kawan2 yang datang penang... ni smua dah pakat kawin.. makin berkuranglah geng2 untuk makan2..
Related Posts with Thumbnails