Kali ni kita nak buat pembaikpulihan pulak.. hehehe.. eh kau tu xda keja.. so smua keja kau kena buat ok.. jangan nak ngada2.. =).. pembaik pulihan apa nih.. berhabuk aja..
Langkah 1
Uwaaaaa... serabutnya.. macam mana nak cabut wayer power nih? disebabkan wayer ni wiring dia masuk ikut dalam syiling.. so dah xboleh nak kuarkan soket ngan wayer.. so kenalah cabut dari sini.. ok tenang2.. kita cari punca asal. ni ada 2 wayer main.. yang mana satu? dah kenal pasti.. ok baru boleh kuarkan 3wayer lain.. Live, Neutral, Earth..
Yang dibulatkan itu yah.. so ambik marker pen.. sila tandakan dengan satu,dua dan 3 garisan bagi ke tiga2 tempat.. supaya nanti nak pasang balik xdalah penin.. hehe.. bukannya expert pun.. kita guna kaedah meniru.. bak kata lain yang sedap di dengar.. kita guna reverse engineering.. dekat connector 8way pun kenalah tanda.. t nak letak kat mana plak.. hehe.. so xreti buat cara xreti.. jangan gopoh2.. pelan2 kayuh..
Langkah 2
Sapa2 yang pernah datang rumah, perasan x ada peti ais yang xguna dalam rumah.. hehehe.. akhirnya berguna jua tuk kali ini.. sebelum ni just on bila CNY kerana nak letak stok sayur.. lori xjalan.. so kena beli banyak2 siap2..
maka perpindahan rumah bagi warga2 air kotak, air tin, sayur, buah2 ke rumah baru.. eh peti ais baru nih macam lainlah plak.. wayer Neutral ngan Live dah tercabut dari connector 8way.. macam mana nih? so main agak2 ajalah untuk pasang cable power dekat connector 8way.. cara wiringnya berbeza ngan peti ais lama.. masa on kan suiz.. ok xda apa2 berlaku..oklah kot.. syukur alhamdulilah xda apa2..
Dak2 semua bz body.. dah kuar boleh plak patah balik.. eh kak beli peti ais baru kah.. padahal dah lama wujud.. xguna2 pun lagi.. sebab apa dibeli dulu? ada perancangan nak buka kedai kopi.. disebabkan masalah2 tertentu.. masih di holdkan dahulu...
Langkah 3
Meh kita terjah peti ais yang digunakan selama lebih 7tahun.. sejak kedai buka.. xdalah cuci besar besaran sangat.. selalunya just lap2 macam tu aja.. beginilah rupanya.. dah berkarat2.. nak lihat jelas.. kliklah sendiri k.. jgn malas2..
Disebabkan kekejaman aku ke atas dua orang sepupu yang mengikut balik kerumah sejak hari raya hari tu.. aku telah kerah mereka untuk mengikis karat2 dengan kertas pasir.. hehe.. sapa nak tinggal dengan aku, kena rajin2.. atas jasa mereka.. setengah hari aja dah berjaya dikikis semua karat2..
Gambar ni rasanya setelah hampir separuh di kikis karatnya.. model aku ni memang suka bz body dengan kerja2 yang dilakukan.. xkiralah samada kerja memasak. berkebun @ apa2 aja.. mesti macam2 soalan akan timbul.. kadang2 sampai aku sendiri xtahu apa nak bagi jawapannya..
Langkah akhir
so tugas aku lah plak tuk mengecat.. disebabkan ini adalah peti ais.. so kenalah guna cat jenis spray.. untuk mendapatkan kelincinan yang bermutu... manual spray pakai tangan.. lenguhlah juga tangan2 setelah mengoncang 4tin... tapi xdalah terasa sangat.. kalau orang mai kedai.. aku goncanglah tin tu.. dah xda orang aku g spray.. sempatlah satu lapisan tu kering.. da orang larik jaga kedai balik.. begitulah sampailah habis mengecat.. bila tengok resultnya.. wak sngat best... terasa begitu indah sekali.. kedua2 orang sepupu mengucapkan syukur bila aktiviti mengecat dah dilakukan.. "kami dah xkena dera lagi"... haha sambil aku spray cat.. aku kerah depa 2 kopek kelapa plak..
Sebelum
Selepas
So apa komen anda? Hehe dasar pemalaskan.. kat bawah tu ada bingkai color gold.. aku main bedal spray putih aja.. malas lah nak letak tape.. pastu dah melekit2.. oh xkosa den
menunggu cat betul2 kering sebelum perpindahan ke tempat asal... eh bukan2.. tunggu bau hilang.. cat jenis spray ni cepat aja kering.. agak2 berapa lama erk? kalau cat minyak tu memanglah ambik masa skit.. biarlah dalam 2mg.. hehe.. sebenarnya berkira nak fikir tuk pindahkan balik barang2.. hari tu ada seorang lagi mynmar lelaki yang tolong..
idea buat kerja2 nih datang dari kak mynmar tu lah.. dia memang seorang yang buat kerja pantas.. dan sangat hargai benda2.. orang susah kan.. kita orang malaysia nih tahu nak belagak jah... termasuk aku.. hehehe.. kalau keta ranger tu.. dia siap akan basuh lagi kat belakang tuh setiap kali digunakan.. aku ja yang suka bedal guna sepenunhnya.. pastu malas nak cuci.. hehe.. hari tu dia marahkan anak2 buah aku bila buat kotor.. aik kalah pak usop plak..
Langkah tak ada kaitan
Bagi sapa2 yang nak mencuba buat baik pulih sendiri bagi plug dirumah... senang aja.. was2 ngan color @ wayer mana satu.. just follow ini k.. peralatan yang diperlukan.. screw driver + pisau aja.. so anda boleh lakukan.. senang ja..
manalah nak tahu kot2 kepala kipas angin kah.. kepala apa2 ajalah yang gunakan plug ini yang rosak kah.. so bolehlah mencuba untuk tukar sendiri..
Ditaja oleh
Oit ingat buat iklan kah
ada tugasan baru dari supervisor.. kena cari spray color sama ngan keta inova.. baru nih mak ada langar sesuatu.. nak elak dari karat.. kena spray skit.. wah diberikan kepercayaan tuk spray kereta lah plak.. tinggi tu kepercayaan yg diberi..
ok anda2 disana.. boleh cuba k.. jangan takut2.. belum cuba belum tahu.. buat aja apa2 pun yang anda nak buat.. yakin boleh.. hahaha bab2 melingkup serah kat aku... =)
kalau barang apa2 pun memang lah boleh di baik pulih @ modified.. pastu nampak macam asal balik atau lebih kurang sama ja..
kalau manusia? bila dah berubah ke arah keburukan.. agak susahkan untuk dibaikpulih.. yang dah lupa diri.. lupa asal usul.. lupa halal dan haram..
jatuh bangun seseorang manusia itu.. kadang2 memerlukan insan sekeliling untuk membantu.. bukan mencemuh supaya orang itu terus menerus lakukan kesalahan.. jangan kerana sayang kita takut untuk tegakkan kebenaran... bantu membantulah di dalam kehidupan kita.. jangan terlalu berkira2..
ingatlah sebaik mana pun kita.. kita masih memerlukan pembaikpulihan dari masa ke semasa.. kerana kita bukan insan sempurna..