12.9.10

Pelbagai Ragam Raya


macam mana raya? aku? hari raya pertama pakai baju kurung 4tahun lepas.. hari raya ke dua, pakai baju 2tahun lepas.. kasut pakai ja selipar yang selalu dok pakai..

kueh raya..alhamdulilah.. tahun nih 90% buat sendiri.. 10% ja beli.. dah tahu buat almond london.. n dah jumpa resipi sumprit yang selera sama ngan tekak.. so tahun depan memang xdalah beli2 lagi dah...

makan2.. xtahu apa kena ngan aku.. tahun ni bnyak makan benda2 yang terasa teringin sangat2 nak makan.. makan kueh raya cornfleks, almond cookies ngan sumprit sampai setengah balang setiap satu jenis.. bila hari raya dah tinggal sikit tuk dihidangkan..  makan lemang sebatang sekali hadap,.. lemang buluh yang kecik ja..

raya pertama xda g mana2.. meraikan tetamu2 yg datang ke rumah.. nasi minyak + bihun sup.. alhamdulilah.. ramai yang datang.. air sampai 3tong.. sungguh tak sangka.. mendapat sambutan hangat.. insya ALLAH kalau kita meraikan tetamu.. tetamu pun mendoakan yang baik2 tuk kita.. jangan tetamu datang, air pun xdihidangkan.. macam2 alasan diberi.. air gula xmasak lagilah.. apalah..  kan dah macam2 umpatan yang ada.. dah bnyak dosa..

teringat kat seorang adik nih.. dia datang dalam keadaan marah2.. dijemput masuk, xnak.. nak duit raya sahaja.. bila dah berikan duit raya.. dia gembira.. hanya kerana RM1.. dia tersenyum.. ku tanya asal kau marah2.. tu rumah orang kaya tu, kedekut bagi 50sen jah,, harap rumah ja besar.. aku tergelak ajalah dengan ragam adik2 nih.. kadang2 aku xfaham dengan manusia2 ini.. apalah yang mereka nak kejarkan sangat.. niatlah sedekah.. alah xsmpai RM100 pun tuk budget nak kasi kat budak2.. biarlah budak2 bergembira.. kadang2 ada budak2 datang.. langsung xdibukakan pintu rumah.. time2 nih lah kita nak bermasyarakat.. nak kenal2.. setiap budak2 yang datang.. aku akan tanya dari mana.. anak sapa.. manalah tahu kot2 kita kenal mak bapak dia..

ada juga yang mula2 xnak masuk.. pujuk2.. masuklah juga.. hidangkan air.. makan kueh raya.. tanya nak makan x bihun sup.. semua menganguk.. sampaikan lepas makan ada yang tumpang tuk membuang kat toilet.. kesian adik tu di gelakkan kawan2 dia.. ala budak2.. memanglah mula2 kata xnak masuk.. pujuklah baik2.. bukanya mereka xnak minum.. xnak makan.. aku kecik2 dulu pun pusing 1kampung.. letih tau.. dahaga plak tu.. pastu lapar.. sebab xbalik makan tengahari kat rumah.. pantang ada orang ajak masuk makan. memang akan makan betul2 lah..  dah faham perasaan adik2 tu..

ada sorang adik tu.. dia baru darjah 1 macam tu.. adik dia tadika rasanya.. dia yang baru abiskan bihun sup.. terus lari keluar. xsempat dah nak minum air.. adik dia kata mak ngan tok dah cari depa kat luar.. sekali aku jenguk ke luar.. satu kereta ha cari depa dua beradik.. dak kampung sebelah.. tok dia kata risau dok cari depa dah 2jam lebih.. beria adik2 ni nak kutip duit raya..

petang balik perlis.. best2.. malamnya menjadi supervisor tuk kanak2 bawah umur.. melihat2 depa main mercun.. berlawan2 dengan kampung sebelah dalam upacara bakar bunga api ala2 hari merdeka.. masa tengok2... argh budak2 nih macam membazir jah membakar duit.. hehehe.. macamlah aku xpenah muda.. dulu2 akulah kapala dan pengedar.. dah tua2 nih insap sat.. padahal ada juga beli buat stok.. makan malam dalam satu bulatan yang besar bila dah berkumpul semua anak cucu.. tu baru 3ibu yang balik.. 3ibu lagi sebab rumah dekat2 situ, xdalah semua tdo kat rumah tok..  tdo beramai2.. berkederet macam keretapi...

raya kedua..sesi berjalan pulak.. mengunjung sedara mara.. hampir 10buah rumah yang kami p.. dari pagi sampailah lepas asar..

sekarang.. dah balik penang.. kembali ke kehidupan asal.. aktiviti menjaga kedai sok pagi.. dah 1bulan cuti dari berkebun.. so sok dah mula balik jadi petani.. aktiviti pembakaran lemak balik.. walaupun cuti raya just 2hari.. terasa puas.. kerana masihnya wujud kemesraan antara adik beradik dan saudara mara dan masyarakat..

syokkan bila dapat kumpul ramai2.. walaupun hanya 1tahun sekali.. hargai famly anda.. sebab masih bnyak insan2 yg beraya sorang2.. kesedihan..

selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua sahabat2.. samada kenal @ x..  kepada reader2 yang nyata @ silent reader.. yang masih setia klik ke teratak ini.. .. maafkan atas segalanya.. aku tahu aku nih suka cakap dairet.. ramai yang terasa hati.. xkenal maka xtahu... terima kasih buat insan2 yang sudi sms.. maaf xberbalas.. k jaga diri baik2.. jom kita puasa 6 pulak.. sapa2 yang tinggal puasa.. mari sama2 ganti puasa awal2 nih sementara mod berpuasa tu masih sebati.. jangan asyik setiap tahun ganti last minute aja.. =)
Related Posts with Thumbnails