Ok siapa boleh teka kat mana stesen minyak ini..
Kali nih nak cerita sedikit kisah lawak.. lawak kah.. tak lawak kot.. macam sengal sangat2 pun ada.. kahkahkah...
masa aku sem1 di melaka.. di suatu hujung mg.. aku balik ke utara.. untuk konvokesyen diploma.. balik penang then terus drive ke utara lagi.. dah sampai sana.. mana lah reti duduk diam.. malamnya naik ke utara lagi.. perlis..g kuar makan2 ngan adik junior..
majlis raptai berlangsung.. then konvo.. drive balik ke penang dalam keadaan letih2.. malamnya naik bus balik ke melaka pulak.. cuba bayangkan dalam masa 3hari tu aku ada di melaka, penang, kedah, perlis, kedah,penang,melaka balik..
kawan aku terus balik ke johor.. aku balik ke melaka.. disebabkan hari biasa (hari kerja) so bus pun kosong aja.. adalah dalam 4orang aja kot yang naik masa tu.. tiket aku area depan.. aku nak selesa tido.. ambik port area belakang.. turunkan seat yang paling rendah.. semangat nak tido nih.. kononnya ala2 katil... dah 2ari xcukup tido katakan..
sebab bus xramai yang naik.. bus masuk ke kl dan seremban.. sampai kl aku buka mata.. oh kat pudu..
tido.. buka mata balik.. oh sampai seremban dah..
sekali buka2 mata... eh asal bus ada dekat stesen minyak mobil nih.. aku kat mana nih.. asal dah ada matahari.... bukankah selalunya paling lambat aku sampai melaka dalam kul 6am.. eh mana penumpang yang lain?
penin2.. bangun.. capai beg.. meluru ke depan.. turun buat selamber badak.. baiklah pintu memang dah terbuka.. drive yang tegah baring dekat seat sebelah pemandu pun tiba2 tercengang.. hairan kenapa masih ada penumpang..
kawan dia yang dok basuh bus di bawah pun tengok aku pelik sebab baru turun dari bus.. dia pun hairan bin ajaib..mana tah tiba2 aku muncul..
keduanya ada cakap dengan aku.. masa tu dah muka tebal 4kaki.. xda aku peduli dah apa yang depa nak kata.. yang aku tahu aku nak lari cepat2...
sapa2 yang masih xtahu mobil nih kat mana.. meh2 aku tunjukkan..sila klik large untuk map di bawah
stesen bus adalah di melaka sentral.. bus dah berenti turunkan penumpang.. aku yang tertido kat belakang... drive bus hanya bangun berdiri dan jenguk.. dia yakin dah xda penumpang sebab xnampak aku yang gedabak nih.. pastu dia teruslah ke stesen mobil ini.. untuk isi minyak dan cuci2 bus tuk next trip bus nak balik ke penang kul 11am...masa aku sedar tu dalam kul 8am..
baiklah aku tersedarkan.. buatnya aku tdo xsedar diri tahap ular sawa.. tah2 aku sedar2 dah smpai penang balik.. eh tipu2.. nanti kat sentral akn dia check tiket balik.. xmungkin.. kahkahkah
aku yang masih penin.. berjalan dan terus berjalan.. eh aku nak g kiri atau kanan nih.. aku ada kat mana nih... aku pandang kiri.. nanpak satu bangunan 4tingkat yang menjual pakaian.. oh aku dah tahu.. aku kena ke arah kanan.. ke arah depan hospital.. sebab bus wira xlalu kat sini... kalau lalu pun kena pusing 1 town.. aku pun apa lagi.. menapaklah macam orang xbetul hampir 1km.. dengan usung beg dan bunga konvokesyen.. sila jangan bayangkan.. nanti aku sekeh..
dah lah wei.. apa senyum2 lagi tu.. aku tampau kan baru tau..
lepas aja kejadian itu.. aku dah serik duduk belakang2.. aku tukar trend.. aku beli seat yang paling depan... dah selalu akan ambik yang belakang drive.. supaya aku tak tertido tahap melampau2 lagi.. drive akan nampak aku yang besar gedabak ini.. kalau aku duduk seat baris ke3@4.. aku akan kuncikan alarm.. lepas ja sampai seremban.. aku akan tahan ja mata ini