apa kaitan harga, kualiti dan kelebihan...
harga mahal dan tinggi kualitinya @ harga murah dan rendah kualitinya..
harga mahal dan banyak kelebihannya @ harga murah dan limited kegunaannya..
harga mahal dan lama jangka masanya @ harga murah dan pendek jangka masanya..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
antara barang yg aku mementingkan kualiti adalah stokin.. biar mahal janji lambat koyak..
ada suatu masa tu.. sorg abg ni tegur... wah stokin BUM.. citarasa tinggi..
aku hanya mampu tersenyum..
bukan apa.. kat tempat keja aku kena pakai safety boot... kalau aku pakai yg jenis nipis2.. alamatnya seminggu ajalah leh pakai.. t akan berlubang kat ibu jari..
dari sekolah lagi.. ibu jari aku ni mmg jenis makan stokin n kasut sekolah.. dalam 6bulan ja leh tahan kasut sekolah tu.. t kasut tu akan berlubang kat ibu jari kanan...
ni safety boot xleh nak makanlah keras sngat.. so stokin ja akan terkoyak..
baru2 ni stokin aku dah terkoyak kat ibu jari,,, masa tu fikir2. oh dah setahun aku pakai.. mmg berbaloi dah..
kalau kita kira2 balik.. beli yg murah.. tapi pakai sat ja.. then beli dan terus beli. mungkin smpai 6x.. kira balik. sama ja kan dengan harga sepasang stokin yg mahal tapi pakainya lama... =)
cuma ada orang yg kadang2 xleh nak fikir benda2... cuma terus beranggapan yg macam2 kat org lain.. orang kayalah.. belagak lah,,, n what everlah....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
apa2 pun.. aku ni lebih terjerumus kepada insan yg suka beli pada harga yg sederhana mahal.. pastu pakai berkurun lamanya...
lama2 smpai lusuh... sampai koyak... pastu g anta jahit.. pakai lagi.. pastu dah nazak barulah OK DAH BOLEH BUANG...
eh xbuang... leh buat kain buruk.. hehehe... =)
BUT... bukan untuk semua bendalah.. ikut mana2 yg lebih penting..
antara contoh lain adalah aku g beli beg ni.. masa nak buat pilihan nak beli beg laptop.. fikir abis smua kebaikan dan keburukan..
ditempat kerja.. ada org tegur.. weh mahai beg hg ni.. aku hanya senyum n buat2 xtau... then melarikan topik kearah lain..
oh budak ni tahu.. coz dia baru beli beg.. beg yg dia beli da bersebelahan dengan beg ni.. mesti dia juga membuat perbandingan masa nak beli..
antara kelebihan..
tempat galasnya sangat selesa.. jenis ergonomic bag... galas lama2 pun xdala rasa lenguh2 sngat kat bahu... aku kan dah tua.. nanti nak guna beg ni lama.. makin lama makin tua..
kain begnya adalah jenis water resistant...
then ada tempat letak hp.. aku kan pakai hp touchlight.. muatlah nak masukkan kat dalam tu.. bila2 aku g camping senanglah juga nak letak kat situ..
xpun kalau aku g travel.. aku akan letakkan duit kecil kat situ.. xgaduh nak kuarkan beg duit.. kan lebih selamat... yg duit kecik2 letak ja kat situ.. yg tinggi nilainya barulah letak dalam wallet...
so disitu ja dah ada 2 kegunaan..
jahitannya juga lebih kukuh.. aku ni kalau guna beg.. mmg guna sunguh2.. semua benda aku nak perosok...
selain tu beg ni ada waterproof.. kadang2 aku g keja nek motor.. pastu xdok baju ujan.. masa ni boleh la guna akan kelebihan yg dah diberi pada beg ni..
kalau g travel @ camping pun leh guna bila ujan turun..
so masing2 ada minat dan impian masing2.. belilah macam mana pun yg anda suka..
ada sesetengah barang aku pentingkan akan kualitinya dan xkisah akan harganya...
ada jua yg aku pentingkan kualitinya dan harganya juga aku nak murah.. =)
apa2 pun bergantunglah pada keadaan..
buatlah pilihan yg bijak.. macam mana pun xpa.. duit anda.. penat lelah anda..
cuma jangan smpai membazir..
masing2 ada impian.. ada cita2.. ada pandangan yg tersendiri.. bijaklah berbelanja.. jangan smpai nanti makan diri..
shoping2 jangan smpai terlupa///
sambil2 berbelanja..langsaikanlah juga utang2 yg ada tu.. bayar zakat pendapatan bagi insan yg masih belum membayar..
banyakkan bersedekah.. membuat sedikit pelaburan untuk masa hadapan...
insya ALLAH hidup kita akan lebih tenang dan akan mendapat rahmat dariNYA..
peringatan ni buat semua dan buat diri aku jua..