alhamdulilah... aku dapat melihat di dalam maqam ibrahim, bentuk tapak kaki... sebelum ni aku xberkesempatan tengok.. selalu guard jaga xbagi tengok..
alhamdulilah... dapat solat magrib di kawasan lantai aras kaabah.... yg perlu siap sedia duduk lepas solat asar.. kawasan bagi wanita terhad... suatu sudut disebelah kanan, yg ada pembahagi... ketika air smbahyang terbatal, aku ke toilet, datang balik, dah ada org iran ambk tempat aku.. beg sandang aku pun dah xda ditempat tu... aku terangkan juga kata aku dah letakkan beg.. itu tempat aku.. depa kata xda pun... then aku suruh orang iran yg duduk disebelah aku dari tadi untuk mengiakan bahawa mmg aku dah duduk lama tempat tu.. bila dia mengangguk, terus orang yg duduk tempat aku tu berganjak skit, dia ngan 2org lagi kawn dia.. siap bagi balik beg sandang aku yg di sorokkan di bawah kaki mereka..pastu minta maaf kat aku.. then gelak2.. kih..kih..kih sambil tutup mulut dengan telekung mereka.. bersabar ajalah... aku pun tergelak sama.. ketiganya berusia dalam lingkungan 65 keatas.. muka pun berkedut2.. tapi mereka masih kuat..
alhamdulilah.. plastik ni tiba2 aja dtang berterbangan di kaki aku bilamana tika itu aku mmg sedang memikirkan aku terlupa bawa plastik untuk isi kasut.. masa tu kami semua baru tiba ke masjidil haram.. aku guna plastik ni sehingga hari terakhir.... bagi sesiapa yg terlupa.. ada juga di sesetengah pintu masuk disediakan plastik ni.. bolehlah ambil untuk mnjaga kebersihan masjid...
alhamdulilah aku dapat melihat jenazah diusung keluar dengan jelas dari tingkat 2... selesai solat jenazah, aku mesti akan tertunggu2 untuk melihat jenazah lelaki@ perempuan.. sambil muhasabah diri kembali dan berdoa yg terbaik untuk si mati...
alhamdulilah aku selalu dapat duduk di view ini.. aku akan duduk ditangga bersama2 orang turki @ iran dan melihat kaabah tanpa jemu... ada suatu ketika, aku membaca al-mulk selepas asar, selesai aja baca, seorang iran meminta pinjam.. dia membacanya dengan penuh khusyuk dan menangis.. begitu menghayati kerana dia memahami akan maknanya... so kalau kita nak faham, bacalah versi melayu..
ada suatu ketika, aku duduk disebelah org tua dari indonesia.. berborak2 apa yg patut.. aku tanya kenapa xpulang ke hotel? dia cakap, dia lbh suka berada di masjid... boleh beribadat dan melihat2.. dia pun dah melihat2 seluruh kawasan masjid... aku hanya mampu tersenyum.. kerana minat kami sama...
alhamdulilah.. ketika lapang aku dapat melakukan pelbagai ibadat.. membaca al-quran, melihat kaabah, solat sunat.. tawaf sunat... selalunya lepas subuh aku akan balik makan dulu.. then aku datang ke masjid balik buat tawaf sunat.. ada kala buat di bawah.. dan kadang2 buat di atas.. walaupun pusingan di atas mmg agak besar, aku rasa puas.. sebab orang tua pun boleh lakukan, kenapa aku yg muda ni perlu memanjakan diri?
alhamdulilah aku dapat solat solat beberapa kali di kawasan hijir ismail...
ada suatu hari tu, aku menunggu seorang makcik solat dulu, then dia pulak tolong tunggu ketika aku solat.. sbb orang bersesak2 keluar masuk..
ada sekali tu, orang ramai sngat, aku bersabar ja tunggu, menunggu arus orang ramai yg menolak dari belakang, tah macam mana aku dah tertolak jauh dan mungkin xdapat memasuki di pintu masuk tu kerana dah terlepas, then tiba2 ja seorang guard panggil suruh masuk ke kawasan hijir ismail dah suruh aku solat betul2 didepan kaabah saf depan dan disekitar bawah pancuran emas.. Allahhuakbar.. waktu tu aku bersyukur sngat2... aku dapat sujud lama tika itu...
ada suatu ketika, masa aku solat di sujud terakhir, aku hairan kenapa dah xda orang yg tolak menolak, aku rasa begitu tenang sekali... aku pun teruskan berdoa dan berdoa.. selalunya rasa xsyoklah kalau nak sujud lama2, kerana nak memberikan peluang pada orang lain, dan pengawas perempuan tu akan suruh keluar cepat2 bg sapa yg dah lama.. aku terus berdoa dan berdoa, sehinggalah pengawas tu panggil dan cuit aku suruh bangun.. rupa2nya kawasan tu dah xdibenarkan untuk masuk... perlu dikosongkan untuk persediaan solat zohor... selesai bagi salam, aku lihat aku antara 3org terakhir di kawasan hijir ismail... tq ALLAH
alhamdulialah.. aku dibukakan pintu hati untuk memakai purdah tika di masjidil haram.. pada asalnya aku memakai dengan niat untuk menutup mulut dari debu.. aku hanya akan pakai tika aku berjalan berseorngan... tika perjalanan pergi dan balik dari hotel ke masjid... kini aku dah faham apa kebaikan berpurdah... tapi akhirnya aku dapat merasai bagaimana diri ini dilindungi... dari segi pandangan mata... percakapan.. penjagaan hati... keselamatan.. entahlah rasa lebih selamat... Allahhuakbar... secara xlangsung niat aku pakai purdah disana pun berubah untuk menjaga segalanya...selain tu.. masa nak tunggu waktu zohor, mata aku ni pun mulalah nak tertutup2.. tanpa segan silu, aku g cari tiang2 yg agak tersorok, then menurunkan kain purdah yg lagi sehelai untuk menutup pandangan mata.. selalunya time perjalan p@balik ke masjid aku akan turunkan kain di atas kepala tu untuk tutup mata dari pasir2 yg berterbangan.. kira ada 2kegunaanlah untuk aku..=)..
alhamdulillah.. aku ditegur oleh pengawas yg sedang mengelap al-quran di sudut kiri.. "no camera".. inilah gambar terakhir yg aku ambil di dalam masjid.. mungkin ALLAH nak memberikan peringatan untuk aku.. sudah2 lah ambik gambar.. g buat amal ibadat.. sekali tu ja aku bawa camera dalam masjid.. sblm tu dah tahu merata tempat ada notis no camera.. biasalah manusia.. yg dilarang tulah yg kita suka buat.. selepas kena tegur, aku hanya tersenyum bila melihat orang lain yg begitu sibuk ambil gambar dalam masjid...
niat aku nak ke tingkat 3 di batalkan.. terasa berat ja hati ni, lagipun kawasan ni hanya lelaki yg ramai.. kalau ada perempuan yg naik pun mesti ditemani dengan org lelaki..insya ALLAH mudah mudah bila aku dapat menjejakkan lagi kaki di masjidil haram kelak, aku dapat pergi dengan suamiku..
doa2kanlah ya untuk aku..