esok hari ahad..
lusa hari isnin...
pejam celik pejam celik..
cepat sungguh masa berlalu..
sudah tiba masanya... =|
aku dah siap berkemas tempat yg bakal ditinggalkan...
dalam masa kalut2 persediaan untuk audit kali terakhir di department aku...
sempatlah juga aku ambil kesempatan mentelaah apa2 yg patut..
bertanyakan kepada rakan2 sekerja department lain ..
menambahkan ilmu pengetahuan..
ramai yg bertanya... mampukah aku?
entah.. mungkin ini dah ditakdirkan oleh ALLAH..
memberikan aku peluang ini..
aku perlu melaluinya dahulu sebelum mengalah...
dalam aku mencari2 jawapan...
Allah dah memberikan aku beberapa petunjuk..
melalui motivasi pagi di radio ikim.. bila balik kerja tah apa nama slotnya.. semua topik tu mmg aku tengah mencari2 akan jawapannya.. paling yakin aku pergi adalah.. bila tibanya isu korban dibualkan.. jika dimasa depan aku nak membngunkan islam.. inilah waktunya aku perlu berkorban bila dah diberikan peluang..
dapat sms dari seorg sahabiah yg xpernah jemu menghantar kata2 mutiara, antara ayatnya
"terdapat satu rahsia atas setiap yg kita lakukan tanpa kita ketahui sbg hadiah yg memernjatkan drpadaNYA"...
berborak kosong di kantin dengan rakan sekerja, tiba2 dia kata...
"english bukan penghalang untuk seseorg berjaya"
melalui blog ini, bnyak benda yg aku dah belajar.. bagaimana improvement untuk aku nak buat slide.. macam mana nak bagi org faham apa yg nak disampaikan.. bagaimana nak menceritakan sesuatu dengan betul.. semua tu dah ada plan, do, check, act... pdca tu sentiasa ja berjalan sehinggalaha aku selesai publish.. dari aku nak ambil gambar aku dah kena rancang apa yg bakal aku nak ceritakan dalam blog.. supaya aku xbuang masa ketika ambil gambil gambar, edit gambar..
bila dikenang kembali..
Allah dah aturkan semuanya dengan baik...
ada hikmah aku xdapat pergi ke Jepun suatu masa dulu..
kalau aku ke jepun aku dah xboleh lari kemana2.. dalam 3tahun kena aplikasikan apa yg telah dipelajari di sana..
setiap pagi.. kalau dah terlewat skit.. aku akan berusaha juga kalut2 untuk naik kereta sebelum pukul 7am..
untuk mendengarkan doa pagi yg didendangkan di radio ikim.
dengar dan doa sungguh2... =)
Allah ada perancangan yg lebih baik untuk aku..
tq ALLAH..