subhanallah... dalam beberapa saat saja.. semua memahami untuk berada dikedudukan masing2... membentuk bulatan, menghadap kaabah..
tidak perlukan sebarang latihan.. semuanya sudah memahami tanggungjawab masing2.. yg datang dari pelbagai budaya dan bangsa...
seolah2 serbuk besi yg ditaburkan disekitar magnet... begitu cepat ianya terbentuk...
apabila imam mula mengetuai solat...
semua bngun dengan hanya mendengar perkataan saf..
membentuk barisan seolah2 untuk berjuang... suasana sunyi sepi seperti berada di padang yg luas..
tidak kira di dalam bngunan atau luar....
tidak mengira darjat atau usia...
tidak mengira di tingkat mana..
semuanya khusyuk mengikut rukun solat hingga tertib....
bilakah lagi untuk kita semua satu hati seperti mana semua sedang berkumpul di depan kaabah...