25.2.12

sampah ~ kempen tanpa suara

suatu hari di hujung mg.. aku n the geng p berkelah di suatu tempat.. nama dirahsiakan.. t orang saman aku plak... rancangan awal kami nak bbq n bercamping.. tp dek kerana disitu xda tempat tuk bermalam.. jadi kami hanya menikmati hari siangnya..

sangat excited nak mandi.. tapi agak menyedihkan bila mana pantainya dipenuhi dengan smpah sarap..

airnya mmg jernih.. sngat seronok.. air mula nak pasang.. bila air mula pasang.. smpah sarap turut dibawa ke pantai.. kedengaran kiri kanan belakang dari orang2 yg datang mandi mengeluh dengan sampah sarap yg ada.. masing2 menghalau smpah2 dengan menolak2 air dengan harapan smpah itu akan pergi ke tempat lain... aku mula mengumpul smpah2 yg berdekatan dengan aku smbil2 aku mandi laut.. aku masukkan sampah2 yg ada disekeliling kedalam plaktik.. apabila penuh.. aku p letakkan di tepi pantai.. then masuk mandi kembali.. 
 

alhamdulilah.. tiba2 ada plastik beras 5kg yg tiba2 muncul disekeliling kami.. tiada suara yg aku katakan. aku hanya terus melakukan.. mengutip smpah2 didalam laut sekitar tempat mandi kami.. secara xlangsung.. geng2 aku pun turut serta sama.. sama2 mengumpul smpah2 dan memasukan kedalam plastik yg aku pegang...

tidak berapa lama kemudian..kumpulan2 yg bersebelahan dengan kami turut juga mengutip2 smpah dan membawanya ke tepi laut... aku tersenyum.. hanya mampu berkata pada teman2..

"kempen tanpa suara" cukuplah kita tunjukkan teladan yg baik.. kadang2 orang melayu kita ni malu nak mulakan. walau ianya adalah suatu perkara yg baik..

geng disebelah yg pada mulanya hanya mengeluh tentang smpah.. kini dah mula membersihkan disekitar kawasan mereka mandi...

 inilah antara hasil kutipan kami... sedihkan..

aku terus memasukkan hasil kutipan kami ke dalam tong smpah.. org memerhati pelik.. lantaklah.. aku bukan buat salah.. aku buat bnda yg betul orang jadi heran.. bila org bang smpah merata2 org dah xheran..

masa air dah surut kembali.. kelihatan sepanjang pantai dipenuhi smpah.. baiklah airnya masih jernih.. sbb tu orang masih datang mandi manda di sini. aku macam nak pangil ja semua orang.. tolong kutip sorang skit.. mesti terus bersih pantai tu..


sepanjang perjalan nak balik ke kereta.. aku jumpa 4tong smpah ni.. kelakar kan.. insan2 ni dah ada kesedaran nak buang smpah dalam tong smpah.. tapi mungkin depa main tauk2 ja.. then xsedar diri plak.. depa bukanlah para atlit yg teror main bola keranjang @ bola jaring.. dah tentulah xmasuk..

apa salahnya maju lagi setapak dua untuk pastikan betul2 ada dekat ngan tong smpah tu.. ha baru baling... dah nampak smpah xmasuk.. xda kesedaran plak nak kutip balik n masukkan kembali..

inilah realiti kehidupan kita.. perangai yg dah sebati dengan anak2 kita.. sedara2 kita.. apa nak jadi dengan masyarakat kita.. kalau dari sekarang xambik kisah.. malaysia kita akan terus ditimbuni smpah di mana2 saja

 sebelum kami balik.. aku pastikan tempat kami melepak tiada smpah...

 
hanya membazir duit untuk membuat banner @ penanda apakah ini.. hanya sekadar satu benda yg keras jadi tugu tanpa makna.. ayuh.. berubahlah.. terutamanya yg umat islam..

berikanlah contoh yg terbaik buat anak2.. kalau kita yg xmulakan dulu.. nak tunggu smpai bila?

"KEBERSIHAN SEPARUH DARI IMAN"

22.2.12

CYO ~Create Your Own

CYO - Create your own.. aku tersenyum melihatnya.. kebetulan masa tu aku baru pindah bilik.. memang mencari2 untuk deco2.. apa yg best.. bilik kecil.. nak kena sesuaikan apa2 yg patut.. maka aktiviti deko2 pun berlangsunglah secara xdirancang..

bila lekat di dinding.. kat bawah leh letak benda lain.. kat atas letak rack ni..



adakah jenama @ company.. apa2 pun.. aku setuju ngan cara untuk create your own.. yg ni nampak macam best ja.. beli jugalah..

lebih kurang macam ni lah keadaan nya bila dah siap... aku letakkan di kepala katil...


 
cuma jam ja aku nak sedikit kelainan.. nak yg agak besar.. tapi simple.. dalam bnyak2 aku tertarik dengan ni.. bukan apa.. biar besar.. bngun ja tdo tengok.. alamak dah lambat.. barulah kalut skit.. kalau x t aku hegeh2..

kat kilang pun aku dengan sesuka ati merombak susun atur di department aku.. semua aku decide.. kalau org komen2.. t aku cuba buat yg lagi better n better..

best kan bila kita dapat buat deko2 ni.. macam ada satu ketenangan jiwa...

21.2.12

kehijauan alam

skali skala dapat melepak ditempat yg masih lagi penuh dengan kehijauan dan kesejukan membuatkan hati berasa tenang... terasa alam sedang memeluk tubuh... tak memerlukan aircorn atau kipas angin..

terasa segar dan nyaman... macam nak berterusan ja menghirup udara segar.. rasa macam nak duduk ja kat sini.. smpai xmau balik.. apakan daya.. hidup mesti diteruskan.. kena kembali untuk bekerja dan meneruskan rutin seharian..

sayur sayuran yg tumbuh mekar.. ditanam dengan penuh sistematik.. kemas.. hasil yg fresh dari ladang...

air sungai yg masih belum tercemar...

 gunung ganang tanpa peneroka kejam yg mengondolkan pokok2.. hutan simpan yg masih kekal..

sambil singgah minum air mineral yg asli... argh.. lega rasanya tekak ni.. dapat membasahi dengan air semulajadi...

bila melihat semua ini.. terasa akan lebih dekat dengan pencipta yg maha kaya dengan segalanya..

ALLAHHUAKBAR... ALLAHHUAKBAR... ALLAHHUAKBAR...

17.2.12

nasi separuh @ hanya satu senduk

ayuh kita menjaga kesihatan plak.. bagi siap2 yg baru nak mengamalkan diet.. bolehla memulakan dengan tindakan pertama yg paling mudah... amalkan nasi hanya separuh atau hanya saatu senduk...

sapa kata sikit.. bnyak tau.. cuba ratakan betul2.. kan dah bnyak tu..

bila tambah dengan lauk dan sayur.. ha lagilah bertambah bnyak..

mula2 kurangkan nasi ke separuh.. lama2 bila perut dah boleh menerima.. kurangkan pula ke nasi suku sahaja @ hanya separuh senduk..

slamat mencuba..

14.2.12

orkid

suatu hari.. busan sngat.. xda keja part time.. tunggu kedai pun orang pun xdalah ramai sngat.. tengok sabut yg ada.. maka dibawak ke depan pintu kedai.. dicarik2 macam ni.. orang ada aku lari g jual.. xda orang aku buat kerja ni.. dalam masa 2jam siaplah semua sabut yg ada..

pastu aku pun ambiklah barang2 keperluan.. sabut.. arang.. pasu.. hari tu baru beli pasu tuk orkid.. ada pokok yg nak dipecahkan @ dibahagi2kan..

pasu ni satu RM2.. arang 5kg RM7.50.. 

kalau beli kat kedai pokok yg dah siap tu mahal tau..

lainlah kita xda benih jenis tu lagi.. bolehla kita beli...

ok dah siap.. tunggu nak masukkan pokok2 ja.. ada 2pasu yg dah merimbun.. smpai xmau keluar bunga.. kena bahagikan dalam pasu baru.. nanti barulah nak kuar bunga..

pokok ni asalnya aku ambik di melaka.. rumah nenek awa.. jiran kak dah.. bunganya color purle..dah kali ke 3 aku ubah pasu untuk pokok ni.. pas naik merimbun2 aku akan bahagi2kan lagi pasu yg baru...

ha yang ni plak aku ambik kat rumah mak chaq ina.. kan aku dah kata.. bila kita tukar rumah baru untuk pokok2 ni.. terus kuar bunga.. xsmpai 1bulan.. yg ni color kuning.. aku ambik benihnya dah lama.. dah berbelas tahun rasanya..

dari kecik aku mmg suka tanam menanam.. aku kan anak petani... =)
Related Posts with Thumbnails