17.10.12

alhamdulillah

 alhamdulilah.. sekali lagi aku dapat melihat kaabah di depan mataku...

 alhamdulilah... aku dapat melihat di dalam maqam ibrahim, bentuk tapak kaki... sebelum ni aku xberkesempatan tengok.. selalu guard jaga xbagi tengok..

alhamdulilah... dapat solat magrib di kawasan lantai aras kaabah.... yg perlu siap sedia duduk lepas solat asar.. kawasan bagi wanita terhad... suatu sudut disebelah kanan, yg ada pembahagi... ketika air smbahyang terbatal, aku ke toilet, datang balik, dah ada org iran ambk tempat aku.. beg sandang aku pun dah xda ditempat tu... aku terangkan juga kata aku dah letakkan beg.. itu tempat aku.. depa kata xda pun... then aku suruh orang iran yg duduk disebelah aku dari tadi untuk mengiakan bahawa mmg aku dah duduk lama tempat tu.. bila dia mengangguk, terus orang yg duduk tempat aku tu berganjak skit, dia ngan 2org lagi kawn dia.. siap bagi balik beg sandang aku yg di sorokkan di bawah kaki mereka..pastu minta maaf kat aku.. then gelak2.. kih..kih..kih sambil tutup mulut dengan telekung mereka.. bersabar ajalah... aku pun tergelak sama.. ketiganya berusia dalam lingkungan 65 keatas.. muka pun berkedut2.. tapi mereka masih kuat.. 

 alhamdulilah.. merata tempat aku akan cuba untuk duduk melakukan ibadat... di setiap sudut pandangan kaabah.. di setiap tingkat.. then aku akan melihat2 seluruh masjidil haram.. aku pusing bila ada masa kelapangan.. selalunya antara lepas subuh hingga ke zohor... setiap hari akan ada ja tempat2 yg aku plan untuk pergi berjalan2...

 alhamdulilah.. plastik ni tiba2 aja dtang berterbangan di kaki aku bilamana tika itu aku mmg sedang memikirkan aku terlupa bawa plastik untuk isi kasut.. masa tu kami semua baru tiba ke masjidil haram.. aku guna plastik ni sehingga hari terakhir.... bagi sesiapa yg terlupa.. ada juga di sesetengah pintu masuk disediakan plastik ni.. bolehlah ambil untuk mnjaga kebersihan masjid... 

 alhamdulilah aku dapat melihat jenazah diusung keluar dengan jelas dari tingkat 2... selesai solat jenazah, aku mesti akan tertunggu2 untuk melihat jenazah lelaki@ perempuan.. sambil muhasabah diri kembali dan berdoa yg terbaik untuk si mati...

 alhamdulilah aku selalu dapat duduk di view ini.. aku akan duduk ditangga bersama2 orang turki @ iran dan melihat kaabah tanpa jemu... ada suatu ketika, aku membaca al-mulk selepas asar, selesai aja baca, seorang iran meminta pinjam.. dia membacanya dengan penuh khusyuk dan menangis.. begitu menghayati kerana dia memahami akan maknanya... so kalau kita nak faham, bacalah versi melayu..

ada suatu ketika, aku duduk disebelah org tua dari indonesia.. berborak2 apa yg patut.. aku tanya kenapa xpulang ke hotel? dia cakap, dia lbh suka berada di masjid... boleh beribadat dan melihat2.. dia pun dah melihat2 seluruh kawasan masjid... aku hanya mampu tersenyum.. kerana minat kami sama...  

 alhamdulilah.. ketika lapang aku dapat melakukan pelbagai ibadat.. membaca al-quran, melihat kaabah, solat sunat.. tawaf sunat... selalunya lepas subuh aku akan balik makan dulu.. then aku datang ke masjid balik buat tawaf sunat.. ada kala buat di bawah.. dan kadang2 buat di atas.. walaupun pusingan di atas mmg agak besar, aku rasa puas.. sebab orang tua pun boleh lakukan, kenapa aku yg muda ni perlu memanjakan diri?

 alhamdulilah aku dapat solat solat beberapa kali di kawasan hijir ismail... 

ada suatu hari tu, aku menunggu seorang makcik solat dulu, then dia pulak tolong tunggu ketika aku solat.. sbb orang bersesak2 keluar masuk..

ada sekali tu, orang ramai sngat, aku bersabar ja tunggu, menunggu arus orang ramai yg menolak dari belakang, tah macam mana aku dah tertolak jauh dan mungkin xdapat memasuki di pintu masuk tu kerana dah terlepas, then tiba2 ja seorang guard panggil suruh masuk ke kawasan hijir ismail dah suruh aku solat betul2 didepan kaabah saf depan dan disekitar bawah pancuran emas.. Allahhuakbar.. waktu tu aku bersyukur sngat2... aku dapat sujud lama tika itu...

ada suatu ketika, masa aku solat di sujud terakhir, aku hairan kenapa dah xda orang yg tolak menolak, aku rasa begitu tenang sekali... aku pun teruskan berdoa dan berdoa.. selalunya rasa xsyoklah kalau nak sujud lama2, kerana nak memberikan peluang pada orang lain, dan pengawas perempuan tu akan suruh keluar cepat2 bg sapa yg dah lama.. aku terus berdoa dan berdoa, sehinggalah pengawas tu panggil dan cuit aku suruh bangun.. rupa2nya kawasan tu dah xdibenarkan untuk masuk... perlu dikosongkan untuk persediaan solat zohor... selesai bagi salam, aku lihat aku antara 3org terakhir di kawasan hijir ismail... tq ALLAH
 
 alhamdulialah.. aku dibukakan pintu hati untuk memakai purdah tika di masjidil haram.. pada asalnya aku memakai dengan niat untuk menutup mulut dari debu.. aku hanya akan pakai tika aku berjalan berseorngan... tika perjalanan pergi dan balik dari hotel ke masjid... kini aku dah faham apa kebaikan berpurdah...  tapi akhirnya aku dapat merasai bagaimana diri ini dilindungi... dari segi pandangan mata... percakapan.. penjagaan hati... keselamatan.. entahlah rasa lebih selamat... Allahhuakbar... secara xlangsung niat aku pakai purdah disana pun berubah untuk menjaga segalanya...

selain tu.. masa nak tunggu waktu zohor, mata aku ni pun mulalah nak tertutup2.. tanpa segan silu, aku g cari tiang2 yg agak tersorok, then menurunkan kain purdah yg lagi sehelai untuk menutup pandangan mata.. selalunya time perjalan p@balik ke masjid aku akan turunkan kain di atas kepala tu untuk tutup mata dari pasir2 yg berterbangan.. kira ada 2kegunaanlah untuk aku..=)..

 alhamdulillah.. aku ditegur oleh pengawas yg sedang mengelap al-quran di sudut kiri.. "no camera".. inilah gambar terakhir yg aku ambil di dalam masjid.. mungkin ALLAH nak memberikan peringatan untuk aku.. sudah2 lah ambik gambar.. g buat amal ibadat.. sekali tu ja aku bawa camera dalam masjid.. sblm tu dah tahu merata tempat ada notis no camera.. biasalah manusia.. yg dilarang tulah yg kita suka buat.. selepas kena tegur, aku hanya tersenyum bila melihat orang lain yg begitu sibuk ambil gambar dalam masjid... 
 
niat aku nak ke tingkat 3 di batalkan.. terasa berat ja hati ni, lagipun kawasan ni hanya lelaki yg ramai.. kalau ada perempuan yg naik pun mesti ditemani dengan org lelaki..

insya ALLAH mudah mudah bila aku dapat menjejakkan lagi kaki di masjidil haram kelak, aku dapat pergi dengan suamiku..

doa2kanlah ya untuk aku..

14.10.12

mampukah aku?

esok hari ahad..

lusa hari isnin...
pejam celik pejam celik..
cepat sungguh masa berlalu..

sudah tiba masanya... =|


aku dah siap berkemas tempat yg bakal ditinggalkan...
dalam masa kalut2 persediaan untuk audit kali terakhir di department aku...
sempatlah juga aku ambil kesempatan mentelaah apa2 yg patut..
bertanyakan kepada rakan2 sekerja department lain ..
menambahkan ilmu pengetahuan..

ramai yg bertanya... mampukah aku?
entah.. mungkin ini dah ditakdirkan oleh ALLAH..
memberikan aku peluang ini..
aku perlu melaluinya dahulu sebelum mengalah...

dalam aku mencari2 jawapan...
Allah dah memberikan aku beberapa petunjuk..

melalui motivasi pagi di radio ikim.. bila balik kerja tah apa nama slotnya.. semua topik tu mmg aku tengah mencari2 akan jawapannya.. paling yakin aku pergi adalah.. bila tibanya isu korban dibualkan.. jika dimasa depan aku nak membngunkan islam.. inilah waktunya aku perlu berkorban bila dah diberikan peluang.. 

dapat sms dari seorg sahabiah yg xpernah jemu menghantar kata2 mutiara, antara ayatnya
"terdapat satu rahsia atas setiap yg kita lakukan tanpa kita ketahui sbg hadiah yg memernjatkan drpadaNYA"...

berborak kosong di kantin dengan rakan sekerja, tiba2 dia kata...
"english bukan penghalang untuk seseorg berjaya"

melalui blog ini, bnyak benda yg aku dah belajar.. bagaimana improvement untuk aku nak buat slide.. macam mana nak bagi org faham apa yg nak disampaikan.. bagaimana nak menceritakan sesuatu dengan betul.. semua tu dah ada plan, do, check, act... pdca tu sentiasa ja berjalan sehinggalaha aku selesai publish.. dari aku nak ambil gambar aku dah kena rancang apa yg bakal aku nak ceritakan dalam blog.. supaya aku xbuang masa ketika ambil gambil gambar, edit gambar..

bila dikenang kembali..
Allah dah aturkan semuanya dengan baik...
ada hikmah aku xdapat pergi ke Jepun suatu masa dulu..
kalau aku ke jepun aku dah xboleh lari kemana2.. dalam 3tahun kena aplikasikan apa yg telah dipelajari di sana..

setiap pagi.. kalau dah terlewat skit.. aku akan berusaha juga kalut2 untuk naik kereta sebelum pukul 7am..
untuk mendengarkan doa pagi yg didendangkan di radio ikim.
dengar dan doa sungguh2... =)

Allah ada perancangan yg lebih baik untuk aku..


tq ALLAH..

8.10.12

CYO ~ almari laci meja solek + cermin

ayuh baca manual dulu.. apa yg ada.. kenali dulu sebelum memasang..

hehehe.. mmg follow manual betul2.. xda skip2...

ok laci dah siap.. kena pasangkan kaki untuk sokong almari ni.. tempat sokong tu kena beli asing.. huhu.. sbb nak buat tema color putih.. belilah juga.. almari laci tu harganya dalam RM200.. + tempat sokong tu satu RM20.. aku guna 3 tuk bagi kukuh..

so RM260 untuk almari laci + kayu sokong tu... jnji dapat dok kat dinding dengan baik.. cermin tu RM90 rasanya.. semua ni made in IKEA.. masa tu aku tersilap kata tuk pilih cat bilik.. color pudar.. so xnmpaklah almari ni timbul.. xpalah.. setahun dua lagi t den cat color lain.. barulah dapat timbul color putih ni...

total semua RM350.. lebih kurang ja p beli almari solek.. dek kerana bilik yg limited ala2 bilik tiune hotel.. so aku kena bijak dalam memilih perabot..

23.9.12

Alhamdulilah...

 

Alhamdulilah..

Akhirnya aku telah membuat keputusan... aku tukar section...

dalam mg ni manager production datang jumpa aku..
walaupun group leader aku dah bincang dengan dia dan dah menolak tawaran itu..

sembang2... apa vision aku dalam masa 5tahun.. apa vision aku masa hari tua..
vision 5tahun temporary xda lagi.. vision masa tua.. terlalu bnyak..
nak jadi lecture, nak buka bengkel mengajar, nak jadi trainer, nak jadi macam2..
haish...

dia suruh aku compare vision kat section aku skarang n section yg bakal aku pergi..
kat section aku dala setahun 2 ni ja aku akan da projek.. tu pun yg kecik2 ja..
kalau aku ke new model.. macam2 lagi yg aku akan  belajar.. aku boleh blajar tentang satu proses pengurusan..

dari zero.. boleh lihat dari purchase, production, quality, hingalah delivery.. kena plan dan jadi seolah2 manager untuk projek aku tu.. semua section report kat aku.. bila semua dah selesai.. production jalan macam biasa, dah boleh lepaskan project tu..

kegilaan, kekusutan, keseronokan, ketensionan, semuanya boleh diagak bila paling tinggi temperature, bila aku mula jadi muka merah control marah... bila boleh menarik nafas lega.. apa2 pun.. semuanya mampu di plan.. but actualnya xtahu macam na.. macam skarang ada project yg lancar. ada project yg agak susah.. apa2 pun. as project leader.. kena sentiasa memikirkan macam na nak selesaikan masalah... tibai ajalah..

belum cuba belum tahu.. xkan nak mengalah sebelum mencuba.. Allah sentiasa ada untuk memberikan petunjuk... insya ALLAH boleh..

***********************************************************************************

dalam mg ni aku bz dengan anak2 kecil yg perlu dihantar ke sana sini... disebabkan ini model baru dan model agak mahal.. kena disimpan kat tingkat2.. sehari dua bolehlah org tolong aku tolak.. pastu aku pun segan dah nak mintak tolong orang.

sehari aku naik turun tah berapa kali.. naik lifter.. aku kan gayat.. 1st n 2nd day aku xsnggup naik tangga yg agak curam.. bila dah terdesak nak cepat.. aku kena panjat juga,, mula2 dari takut...  aku cuba juga kuatkan semangat.. entah macam mana.. suatu ketika.. aku rasa meremang bulu roma satu badan..... lepas tu aku dah xda rasa gayat... Alhamdulilah...

pastu aku ke ujung tingkat 2.. nak susun anak2 kecil ni supaya tersusun rapi.. kalau x jenuh aku xmenoleh ke bawah.. takut gayat.. skarang alhamduliah... penyakit gayat yg dah lama sebati dalam diri ini dah boleh diatasi...

aku memikirkan kembali.. aku dah melepasi perasaan takut itu... yg selama ini menjadi tembok penghalang untuk aku berjalan di koridor tingkat 2@3..

skarang aku hanya bg alasan untuk tidak menerima pelawaan ke section new model kerana aku selalu kena present kat top management dan di depan orang ramai lebih kurang dalam 1jam-2jam setiap sesi... dengan alasan aku xreti english.. padahal jepun2 tu pun bukannya pandai english pun.. sama ja macam aku.. ngeh..ngeh..ngeh...

terngiang2 kata manager production tu.. peluang hanya datang sekali.. mungkin inilah petunjuk2 @ pengajaran yg ALLAH berikan kepada aku supaya aku teruskan jua.. berjuang untuk kumpulkan ilmu pengetahuan dan berkongsi dengan semua insan suatu masa nanti...

bilakah lagi..

***********************************************************************************

Ilmu.. tiada penghabisan.. begitu meluas.. dari elektronik aku lari ke bidang automotif.. mula2 takut juga xdapat nak terima... cuba2.. alhamdulilah.. boleh menerima seadanya.. aku turut diberi peluang training engine.. then smbung training engine fuel injection... cuma after this aku xtahu kemana lagi hala tuju aku.. buat new model dulu.. then cabang ilmu itu akan terbuka lagi luas.. boleh ke painting, welding, assembly.. dan macam2 lagi..

impian aku suatu masa dahulu untuk merebut peluang dalam pelbagai training dah tercapai.. before this, ada yg kata, berbaloikah dengan gaji aku yg kecil ni... aku diberi peluang training macam2... dalam masa setahun lapan bulan aku bekerja disini.. hampir 12training yg dah aku ikuti..kalau nak ambil kat luar secara sendirian.. mmg dah hampir 15k rasanya.. ada yg gaji mahal.. but nothing... aku dapat knowledge..

aku buat kerja yg bersungguh2.. tidakkah ianya melepasi tahap job yg sepatutnya... dengan gaji yg kecil itu..setimpalkah? itulah pertanyaan orang2..  alhamdulilah.. ALLAH memberikan kembali kenaikan sedikit demi sedikit.. tangga gaji dah nak sama dengan org yg suka bangga2kan gajinya yg besar,,

dalam dok sembang2 dengan semua org tentang pendapatan masing2 untuk aku ke new model.. ada yg bertanya.. dah bincangkah isu gaji? aik.. kena bincangkah? aku rasa dari aku masuk dulu.. aku mmg xbincang isu gaji.. 1st gaji pun aku letak rendah dulu.. aku takut aku yg xmampu buat kerja dengan sebaik itu.. biarlah bos yg menilai untuk kenaikan itu nanti.. nanti akan naiklah mengikut job yg aku laksanakan..

manusia.. suka merasakan dirinya itu sngat hebat... sampai meletakkan value yg tinggi.. demand tentang gaji... tapi mai kerja.. goggle.. tengok movie... cukup time balik.. kelakar plak kadang2 aku melihat insan2 ini... apa2 ajalah.. wang xboleh dibawa kemana2..

aku dengan caraku tersendiri.. biarlah bos yg evaluate aku then segalanya aku serah pada ALLAH.. rezki itu datang dari ALLAH..


19.9.12

=|.... doa.... =@

malas tul nak update...

da gambar2 yg dah basi untuk di kongsikan.. but.... no idea... macam mana nak mengolah..

aku dah buat meeting ngan dak2 section aku.. kalau betul2 nak aku stay kat section.. tolonglah sungguh2 tolak tawaran new model tuk request aku ke sana.. kalau jadi.. next month kena transfer...

aku dah bgtau.. aku ni jenis xkisah.. letaklah aku kat mana2 pun.. Insya ALLAH aku tibai ja buat kerja apa2 pun.. selagi aku mampu lakukan aku buat.. bila xmampu.. aku resign.. hehehe.... apa susah kan..

skarang pun aku masih lagi ada plan untuk tempoh masa setahun dua.. masih nampak hala tuju untuk section aku.. macam2 pembaharuan.. masih belum final untuk setup training engine.. masih belum berjaya menarik insan2 yg di bawah untuk naik sama2...

di new model.. aku nampak ada jalan baru yg dibuka.. semua dimonopoli oleh kaum kafir.... ini peluang aku sebagai umat Islam untuk masuk ke satu dunia baru..  yg mmg susah untuk diberikan peluang ini.... diberikan kepercayaan...  macam2 ilmu yg aku boleh belajar.. dalam masa yg sama aku boleh berinteraksi dengan section lain dengan lebih mudah... yg seagama denganku..

teringat kata2 sahabat.. aku ni tauk ja kat mana2 pun.. akan tumbuh ja.. betul kah? entahlah..

dalam 2mg ni.. macam2 yg aku nampak.. mmg aku masih belum bersedia lagi.. mmg tension bila berada di situ.. semua masalah kena di fikirkan... aku rasa xmampu pikul tanggungjawab tu...

di masa akan datang.. Wallahhualam.. kalau betul ianya dah ditetapkan.. kenalah aku mengubah lagi cara kehidupan.. dengan situasi pekerjaan yg baru.. kena reset semula azam.. mmg kena kental.. tunggu ajalah..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Berdoa...
 aku hanya mampu berdoa.. meminta itu dan ini...

 aku hanya mampu berdoa.. mengadukan tentang nasib ini..

 aku hanya mampu menadah tangan... dan menangis teresak2... bermujahadah sendiri...

 aku hanya mampu berdoa... dan terus berdoa.. walau jodohku masih belum tiba..

 aku hanya mampu berdoa dan berdoa.. walau ada yg kata aku tidak berdoa bersungguh2..

aku hanya mampu terus berdoa... segalanya datang dari pada NYA..

************************************************************************************

dalam setahun dua ini.. aku melihat kembali..

apa yg aku ada.. apa yg orang lain xda..

apa yg aku xda.. apa yg orang lain ada..

aku dimurahkan rezki dengan pekerjaan...
orang lain dimurahkan rezki dengan anak2...

aku dipermudahkan hidup dalam keluarga yg sederhana...
orang lain hidup didalam kesengsaraan derita kemiskinan..

aku masih ada kuderat untuk bekerja..
org lain masih banyak sengsara untuk bngun berjalan...

semuanya ada baik dan buruknya..
cuma macam mana cara untuk menerimadan meneruskan liku2 kehidupan ini...
Related Posts with Thumbnails