27.7.10

Suatu Titik

Ingat lagi tak masa kita belajar lukisan dulu di sekolah... Kalau nak melukis sesuatu menampakkan suatu sudut yang jauh, cikgu selalu cakap ianya bermula dari suatu titik... dimana titik itu berada, disitulah lukisan kita bermula. Ok makcik mmg jenis tangan kaku, terus teranglah makcik xpandai melukis...

Makcik suka dengan lukisan kejuruteraan ja... Beria2 nak target A1.. alhamdulilah makcik dapat A2.... walaupun lukisan kejuruteraan... konsep tetap sama... ianya pun bermula dengan suatu titik.. dari suatu titik yg kita tarik itu akan lahirnya bongkah2 yg kita bina.. tangan yg kaku ni tiba2 boleh jadi lembut tuk melakarkan lukisan kejuruteraan.. bukan mudah tau dengan sebatang pensil mekanikal, kita perlu control tekanan mengikut garis2 yg kita kehendaki... ianya juga suatu seni tau... dulu cita2 makcik nak jadi arkitek.. =)..

Kembali ke tajuk entri kali ini.. Malam tadi dalam makcik dok edit2 gambar2 lama.. makcik terperasan akan sesuatu... ada beberapa pic ini yang menceritakan akan suatu titik itu.... Saja sekadar berkongsi... smua pic2 nih makcik dah penah upload... cuba perhatikan.. jika kita ada keinginan nak snap sesuatu gambar.. hope biarlah ianya berbaloi kan.. sbb gambar itu seolah2 hidup.. jgn amik gambar yang kaku ja.. biar kita snap..

Then bila kita lihat2 semula di destop, ianya tetap sama macam pandangan mata kita tika itu... apa yang penting, masa ambik gambar tu.. cuba angan2kan.. eh kalau framekan gambar nih cantik nih.. kalau set as destop background di laptop aku cantik nih.. begitulah bila kita nampak sesuatu yg menarik, apa kata kita snap.. ingat, dah jmpa bnda menarik.. jangan sia2kan.. tngan jangan jadi parkinson tau.. sbb selalunya gambar akan gegar.. cuba mengelak dari gambar gegar ok.. xpa snap ja beberapa kali.. xrugi pun.. kita bukan nak simpan dalam memori kad tu.. kita balik kita edit.. apa yang terbaik kita ambik.. ok..


 Suatu Destinasi

 Suatu kejayaan 

Suatu titian

Di dalam 3pic di atas mungkin kita tidak nampak dimana titiknya, cuba imagine, bagi insan2 yang pernah belajar LK dia akan tahu dimana punca titik itu... bagi yang xpenah belajar, just imagine gambar ini akan ada jua penghujungnya... just bayangkan carpet itu akan terus berpanjangan tanpa ada dinding itu.. di situlah suatu titik bermula bagi pic di atas.. begitu juga dengan anak tangga, bayangkan tangga ini lebih bnyak lagi anak2 tangganya, dan juga titi gantung ini, bayangkan ianya lebih panjang lagi.. 

Suatu Penghujung

Suatu Perjalanan

Suatu Kisah

Suatu Kenangan

Bagi 4 pic yang ini pulak, kita boleh nampak dengan jelas di mana titik itu bermula.. so lebih senang kan untuk menilai akan maksud lukisan itu bermulanya dengan suatu titik...

Setiap gambar yang di candid menceritakan segalanya... bukan kuantiti gambar yang banyak diambil itu penting, tapi kualiti gambar adalah lebih penting... walaupun sekeping gambar, ianya menceritakan pelbagai kisah..
Related Posts with Thumbnails