5.7.10

Getah Paip

Aik benda ni pun makcik nak cita ka. Yelah mesti. Bukan semua orang tahu. Bila dia tengok, baru dia tahu wujudnya benda2 ini. Selalu kat kg2 kita tengok mak2 sambung getah paip dengan kain, xpun plastik aja. Silap hari bulan tarik punya tarik dah terkeluar.  Pernah alami x situasi begitu?
So anak2 bolehla p kedai hardware, modal xmahal. Dalam RM3 ja. Gelang besi dua dengan penyambung tu. Nama betul xtahulah. Cakap ja nak penyambung getah paip dengan gelang tu 2biji. Kat sini makcik beli yang jenis guna skru bagi gelang tu, sbb nanti kan getah2 ni nak di tarik, kalau guna jenis tangan boleh kuncikan tu, besar sangat kepala dia, nanti tersangkut dekat akar kayu plak.
 Kan lebih kukuh. Nak tarik kuat mana pun dah xgaduh nak tercabut @ air terpercik2. Selalunya air yang sampai ke hujung xseberapa, abis keluar ikut getah bocor aja yang banyak. =)



Teringat suatu kisah tentang paip.

Seorang nenek yang nak mandikan jenazah dah bising2 kerana getah paip air keluar bagi tempat mandikan jenazah dah bocor, sebelum ni mereka hanya gunakan tuala goodmorning dan plastik untuk balut kebocoran. Tika itu gelabah jua apa nak tolong buat nih? Tengok getah yang bocor tu adalah sekaki lebih dari punca asal air keluar. Makcik pun pandai2 aja potong terus dekat tempat yang bocor itu, buangkan getah yang bahagian pendek, sambung balik getah yang panjang tu di punca tempat untuk sambungan asal. Makcik amik tape untuk balutan wayer elektrik then balut bagi kemas2 selepas kuncikan ring.

Semua tahukan getah paip itu besar mana. Bagi siapa2 yang xpernah tengok, getah tu diameternya dalam 3inci. Memang besar. Bayangkan kalau air bocor keluar macam mana. Takkah boleh banjir juga rumah masa mandikan jenazah. Setelah selesai, nenek cakap xrugi hang p belajar tinggi2. Kami ni manalah reti buat benda2 ni. Pakcik hang pun dia mana lah nak tau, selama ni dah bocoq, dia dok balut dengan plastik jalah.

Bukan nak berbangga, tapi terasa ilmu yang tanpa disedari itu berguna jua pada insan lain. Yang menjaga benda2 berkaitan urusan jenazah ini adalah golongan veteran. So smua asalkan boleh aja, mana kita insan2 yang muda ini. Jangan kedekut ilmu. Jangan jauhkan diri dari masyarakat. Mereka perlukan kita. Nampak remeh temeh, tapi bermakna.

Kerana  makcik jua akan terbaring kaku diatas tempat mandikan jenazah yang sama suatu hari nanti.
Related Posts with Thumbnails