2.11.10

Melentur buluh biar dari rebungnya

Adakah rebung ini? Yang mana satu nak dilenturkan.. ada tiga rebung tu..


oh ini rebung tuk makan rupanya.. xdapatlah nak dilenturkan..

Walaupun masih belum berkahwin n xda anak.. saja nak bicara sedikit topik ini... kadang2 ku lihat anak2 kecil terlalu dimanjakan... kita kena suruh buat itu dan ini.. janganlah senantiasa bagi alasan mereka masih kecil.. masa kecillah perlu dilenturkan..


Berdasarkan gambar ini.. air tertumpah di celahan antara pintu dan kusyen.. aku sedang memandu laju di haiway.. aku just cakap..

" abislah mama marah kita nanti, air oren dah tumpah.." hannan cepat2 bangun tuk mencapai tisu.. di lapnya air yang tertumpah.. tangannya yang kecil memudahkan lagi tuk masuk di celahan itu..

"ada lagi x?" dia meraba2 dengan tangan sahaja..

"ada.. ketul ais" sambil menghulurkan ketul ais kepada ku.. aku tersenyum puas.. bersyukur dengan kepekaan dan kebijaksanaan yang diberikan padanya.. hatinya senang tuk menerima apa yang di ajar.. status sebagai anak yatim bukanlah satu sebab tuk aku berikan kasih sayang yang berlebihan padanya..

 balik dari sekolah.. turun dari motor.. mamanya suruh mengakat kain jiran yang terjatuh.. mengikut perintah...

hargailah insan2 kecil ini.. didiklah sebaik mungkin.. merekalah waris kita.. merekalah anak2 bangsa akan datang.. jangan kerana nak senang kerja, just buka tv siaran kartun saja.. di mana tanggungjawab mak bapak zaman sekarang.. anak2 terlalu dimanjakan dengan benda yang mewah2.. sungguh sedih melihat seorang demi seorang kanak2 yang makin membesar kearah terpesong.. kita sebagai mak bapak... makcik pakcik... abang kakak.. ambiklah peduli dengan insan2 di sekeliling.. jangan biarkan mereka terusan hanyut.. hargailah.. hayatilah selama masih ada peluang..

jagalah keluarga kita.. jagalah sanak saudara kita.. jagalah jiran2 kita selagi mampu.. menyesal kemudian hari tidak berguna..
Related Posts with Thumbnails