on kan lampu.. teruskan pengiraan... org dalam kedai lbh kurang 10 org.. agak jem.. kena kira cepat2 nih... baru dalam 5minit xda elektrik.. dah berpeluh2... itulah org mengada yg sentiasa berdamping dengan kipas...
along keluar tolong cover kat kaunter..
aku jadi ala2 penjaga parkir.. dengan torchlight.. tolong org suluh barang..
ada yg nak beli gula melaka lah... cabai melaka.. ayam.. daging... ikan... mana yg smpat aku dengar.. aku suluh ja... syok juga.. berasap2 ha bila buka peti ais beku... nmpak wap2 yg keluar... kalau buka lampu kalimantang... mana nak boleh nampak suasana macam nih.
bawah meja ni gelap.. pelangan tetap mereka dah tahu bawang putih, halia, ubi semua kat mana... main capai2 ja dalam gelap.. wah terharu.. mereka mmg teror... bg org yg jarang2 mai.. aku tolong guide.. kat depan ni kami pasang lilin ja... mmg suasana romantik betul...
bila dah reda skit.. aku masuk dalam rumah jab.. datang kedai balik.. tngok torchlight ni ada dalam peti ais.. suka2 ja along tinggalkan torchlight ni dalam peti ais... dia terlupa nak ambik bila barang yg dia cari dah jumpa..
bila tengok dalam peti ais... wah macam dalam tong sampah ha.. org main capai ja ambik dalam gelap.. no choice.. nantilah susun balik....
ada yg ambik dalam gulap gelita.. ada yg pakai hp sendiri.. ada yg pakai torchlight hp.. ada yg pangil suruh suluhkan.. pelbagai ragam.. xda pun yg mengeluh @ nak mengada2... masing2 nak @ x.. kena beli jua.. perut dah bunyi siren...
nak tutup... nak tutup... last2 kul 10pm jua baru tutup... sama macam hari2 biasa...
org yg xtahu.. hnya pandai berkata... kami mengejar kemewahan...
bagi aku.. bukanlah nak jadi macam kfc yg buka 365hari... kami hnya membantu para pelanggan..
ada kakak tu xhenti2 meminta maaf dariku.. dia yg tiba2 xjadi balik kg... kenalah memasak di rumah... masa dia datang.. aku tengah tarik barang2 masuk dalam kedai... aku ok ja.. dia yg rasa serba salah... lepas dia ada lagi beberapa org...
last yg datang kedai tadi... beli satu tong gas... kita xtahu isterinya sedang memasak rendang kah... merebus ketupat kah... kalau jadi kat kita.. baru terkapai2 nak cari kat mana...
bukan semua org cuti sehari sebelum raya.. bukan semua org dapat half day...
yang aku pelik.. kalau dari jauh,.. mmg nampak kedai macam dah tutup.. gelap aja... tapi pelanggan2 ini datang jua silih berganti... walau dalam keadaan hujan renyai2...
itulah rezki yang ALLAH berikan di dalam suasana tanpa eletrik...