29.1.11

drill & deco bersamaku

alat2 yg perlu.. drill.. mata drill, screw dan wall plug...

letakkan kunci drill dan pusingkan ke arah anti-clockwise sehingga terbuka pemegang mata drill... agak2lah besar ikut diameter mata gerudi tu..

dah masukkan mata gerudi.. kuncikan balik ngan pusingkan arah clockwise.. pastikan betul2 ketat..

jangan taram tekan terus.. sebelum mulakan.. offkan kipas dulu.. nanti debu beterbangan,, masuk dalam mata plak.. pastu jenuh nak sapu..

letakkan mata drill kat tempat yg nak dibuat lubang.. pastikan 90 darjah.. supaya lubang xsenget.. pastikan tanda betul2 tempatnya.. ukur baik2 jika ada dua tempat.. supaya dah siap gantung xsenget..

mata drill xmahal.. dalam RM3-RM9 satu.. ikut saiz dan kegunaan... kalau nak murah.. beli satu set macam ni.. semua ni RM 38 rasanya..

masa drill tu, agak2lah kedalamannya.. agak2 wall plug ni boleh masuk dengan cantik..  selain mata drill khas untuk jenis konkrit, kayu @ besi.. diameter mata drill jua perlu betul.. jgn guna mata drill yg terlalu kecil @ besar.. nanti longgar, atau wall plug xboleh masuk..

wall plug ni ketuk pakai hammer.. di bahagian kiri masuk dengan cantik.. bahagian kanan xboleh masuk sepenuhnya.. hehehe.. nilah gara2 drill xcukup dalam.. ingatkan dah lepas.. xpalah.. skit aja.. nak tarik kuar pun dah susah..

just masukkan screw kat dalam wall plug.. pastu gantunglah apa2 pun yg suka..

ni contoh almari solek aku.. simple.. itulah pilihanku.. xsampai RM50 untuk dua barang ni.. nak bg bilik nampak lbh luas.. cukuplah ini aja sebagai meja solekku...

kalau nak drill kayu.. tukar aja mata drill khas untuk kayu..kalau ketuk pakai paku kan xcantik.. drill lubang.. then screwkan aja.. lebih kemas.. dan kukuh.. gantunglah apa pun.. tudung.. seluar.. baju.. jeans..



tempat gantung towel ni xsenget.. aku yg ambik gambar senget.. malas dah nak p ambik lain.. boleh lah ye tuk contoh tontonan umum..

macam tempat gantung towel ni.. beli aja kakinya untuk kiri dan kanan.. then besi tu beli yg asing.. nak panjang mana pun boleh.. ikut kesesuaian kita nak guna...

selalu yg kita akan gantung.. jam dinding..  macam aku ni alergik skit dengar bunyi jarum saat berdetik.. nanti aku xdapat tdo.. sebab tulah beli jam yg xda jarum saat.. kan nanti bila dah tengah malam sunyi sepi.. asyik dengar jarum saat tu berdetik..tik. tik..tik..tik.. sampai ke pagilah aku xtdo..

pernah sekali tu aku g rumah kawan.. mmg xdapat tdolah dok dengar jarum saat tu bergerak.. aku siap g ambik jam tu.. dan bukakan baterinya.. sok paginya baru aku betulkan balik.. koya aja kan aku nih..

lampu tido tu mmg macam pernah tengok kan.. ye betullah tu kat ikea... sinarannya adalah lbh cantik di luar.. lbh romantik.. lebih ketenangan.. dah cuba ambik bnyak kali.. ini ja the best shoot..

last... contoh rak buku ni.. just nak yg simple... aku suka jns kayu2.. bingkai gambar pun aku suka jenis coraknya macam alur kayu...nampak natural....

bagi yg minat warna warni.. bolehla beli yg pelbagai warna.. ada yg suka putih.. ada yg suka pink.. ikut sukalah..

siapa2 pun boleh buat. xda susah mana pun.. kalau ada drill bolehla cuba ok.. membe perempuan aku badan kecil molek pun boleh gak buat sendiri...

ada sesetengah tempat tu.. drill untuk 2lubang aja.. untuk pasangkan besi curtain.. dah charge smpai RM50.. ish2.. cekik darah betul.. ha kalau macam kat bilik aku ni aja dah ada dekat 20lubang untuk di drill.. jenuh nak bayar duit upah aja..

padahal beli wall plug + screw baru 40sen.. elektrik dah guna tuan rumah punya.. itulah zaman sekarang.. yg tahu upah org aja.. cubalah buat sendiri... xsusah mana pun.. berjimat cermatlah sama...

ayoh semua.. apa impian anda dalam menghias.... hanya perlu sedikit kreatif dalam pemikiran... benda2 dah ada disekeliling..
Related Posts with Thumbnails