30.5.12

Restoran Halal di Hatyai

 Antara kedai halal yg boleh di dapati di hatyai... Hamid Restaurant

 waktu operasi dan peta..

 restaurant salma ni lbh kurang 100meter dari restaurant hamid.. sama gak menjual masakan panas ala thai..

 yg ni plak kedai kelantan.. siap ada jual nasi kerabu.. dalam 500meter dari kedai salma...

restaurant Chekkar ni plak aku pun xpasti kat mana... apa yg pasti otw nak ke songkla..

semua kedai ada gaya tersendiri dalam masakan tomyam nya... yg pasti.. semua aku suka.. yg putih.. yg merah.. yg bersantan@susu...

harga.. standard restaurant.. mmg cekik darah..

27.5.12

Suatu pandangan

bila naik kenderaan ni.. aku sangat suka duduk tepi tingkap... macam2 yg aku boleh perhatikan... sblm ni xberkesempatan untuk mengambil gambar.. kali ni ada rezki untuk mengambil view yg berbeza2...

bila jarang2 melihat pemandangan dari atas, membuatkan aku seperti orang jakun... bila menaiki kenderaan di jalan raya, terasa begitu sesak sekali.. bila kita melihat dari sudut yg berlainan, membuatkan aku tersenyum... terasa suatu ketenangan.... mengagumi kejadian ALLAH...

 dari melihat daratan... ke lautan cetek... ke lautan yg dalam... unik sungguh bumi ini...

berada di suatu ruang.... memikirkan bagaimana agaknya lapisan2 langit... begitu kerdil kita sebagai hamba-NYA

 melalui awan tebal dan ruang langit yg kosong...

 fly... fly... fly...

entah bila lagi nak dapat peluang melihat alam dari suatu pandangan dari atas...

24.5.12

Makanan Exotic

sebelum ni just tengok kat tv ja bila orang dok makan makanan exotic.. skali bila p ronda2 kat pasar malam ni.. selumber ja juai kat sini.. terasa loya di tekak...

 cengkerik rasanya.. nak perati lbh2 dah xsangup rasanya...

 tengok ulat ni lagilah... kembang tekak2... cam mana agaknya orang makan erk..

 ni belalang jenis apa xtaulah.. yg asalnya color hijau @ kuning.. yg jenis ijau kot.. sbb kecik2 ja..

 ni kat tempat lain plak.. kat area pasar terapung... lagilah meriah... macam2 jenis..

 depa pun jakun macam aku gak...

antara orang yg mencuba makan.. uncle baju biru ni dipaksa oleh kawan2 dia tuk makan... dia melarikan diri dari memakan makanan exotic... sedapkah?



21.5.12

Air....

sehari berapa liter anda minum air? ais kosong @ air masak @ air putih @ air tapis @ air mineral @ drinking water... sama ajalah erk.. janji air tanpa gula... tanpa warna..

kaji punya kaji... aku masih xdapat jawapan berapa yg sebenarnya kita perlu minum..

ada yang kata
  • minum 8 gelas sehari
  • minum 3liter sehari bg bmi yg ideal dan setiap pertambahan berat 20kg akan ditambah 1.5liter bg obesiti
  • minum ja bnyak mana sampai air kencing jadi warna putih.. selagi warna kuning maknanya xcukup lagilah airnya kerana air xdapat cuci buah pinggang
  • minum ja bnyak mana.. then test goreskan kuku kat kulit.. kalau xda apa2 maknanya air dah cukup.. kalau ada tanda gores yg berwarna putih maknanya air xcukup 
bermacam tips yang ada.. hmmmm

so berapa liter kah yg kita perlukan untuk aktiviti seharian? hmm.. pelbagai jawapan.. tiada pengkhususan.. 

semenjak 2 menjak ni aku cuba amalkan hanya meminum air kosong.. yg xsejuk..  sehari aku minum 4 liter... mmg agak banyak.. sampai xlarat nak ke toilet... itu aku ambik kira daripada total body water (TBW) yg aku buat melalui pengiraan.. kalau ikutkan berat aku yg gemok2 ni.. lebih lagi air yg perlu diminum.. waaa dah xsangup nak ke toilet setiap jam..

bangun pagi tanpa gosok gigi, aku akan minum air 1.2liter (tudung biru) minum smpai abis.. t otw ke tempat kerja mulalah nak terkepit2... wakakaka...

p kerja aku akan minum air botol tudung pink.. 1.5 liter.. aku akan cuba minum sedikit demi sedikit.. ala2 macam drip.. kot mana pun.. antara kul 8am - 5pm aku akan abiskan jua air tu..

balik.. kalau g bersenam.. air dalam botol tudung hijau akan aku habiskan... selepas bersenam.. then untuk malamnya aku minum dalam 0.6liter lagi tuk tambahan...

jika hari x bersenam.. aku hanya akan abiskan air botol hijau + 0.3liter pada petang n malamnya..

semuanya bergantung pada aktiviti yg aku lakukan..

so dalam sehari purata aku akan minum sekitar 3.8~4.4 liter.. xtermasuk air manis..

bila g travel.. kadang2 aku agak takut nak minum air bnyak2.. t susah nak cari toilet.. ianya bergantung pada negeri @ negara yang dikunjungi.. alamatnya.. bila balik travel aku akan demam.. dek kerana kekurangan air..

walaupun ketika travel aku meminum purata dalam 2~3liter sehari.. tapi masih xcukup untuk mengantikan air yg telah hilang dek kerana jalan yg xhenti2.. aku kalau dah dapat jalan.. mana nak lepak sngat dah kat dalam bilik hotel...

kalau dulu aku hanya akan memilih air sejuk sahaja.. but lately kesakitan gigi menyerang (oh aku dah tua rupanya).. aku kena biasakan meminum air masak ja.. lama2 dah jadi terbiasa plak..

masa jaga kedai pun aku akan bawa sebotol air masak.. suatu hari ada customer tegur..

"minum air jaga body" aku agak kehairanan.. apakah maksudnya?

sebab masa tu dia datang beli air 100+..

lama2 baru aku faham.. oh sbb minum air masak rupanya...

jaga body kah? xkot.. jaga kesihatan...

18.5.12

paip air

air yg kuar dari paip sangatlah slow... cam na.. kena pebaik juga.. t orang complaint...  dah check penapis paip.. xda batu yang menghalang..

ngeh2.. idea gila nak mencuba dah datang... kalau aku buka getah paip tu mesti air akan keluar laju..  aku memikirkan kemungkinan yg ada.. mesti ada batu yg tersangkut dalam getah paip ni.. cam na nak buka ka x?

ok masalah sistem perpaipan kat dalam rumah ni adalah.. xda stopper.. kalau aku tutup main paip kat luar.. air tetap akan keluar... kerana dalam toilet ni dapat supply dari tank besar atas bumbung..

dah cuba cari kepala paip yg mungkin untuk stopper mmg xda.. kalau nak.. kena kosongkan tank dulu.. nak tunggu tu adalah kot dalam 2jam tuk air tu kering..

argh.. bukak ajalah... air terus memancut laju.. hahaha.. baru tau gelabah..

cepat2 aku ketuk2 kan getah paip yg menghubungkan paip nagan kepala paip.. ni ha ada batu sebesar ni kat dalam tu.. patutlah air slow...

ok masalahnya adalah.. macam na nak masukkan balik join kepala getah kat paip ni.. nak tahan air tu pun susah..

sebab tekanan yang kuat... air tu siap memancut strait smpai kena dinding kat hujung toilet..

mula2 nak sumbatkan ssuatu kat air paip yg keluar.. then pelan2 lah masukkan kepala getah tuk join...

wokeh siap...

agaknya design lama... cara perpaipan ni xreti guna FMEA... masih ada kesilapan..

sebelum ni tukang paip tu datang nak tambah kepala paip tuk mesin basuh.. dia pun cari stopper tuk air tank.. mmg xda.. maka kenalah buang dulu air dalam tank besar.. ambik masa dalam 2jam lebih tuk keringkan tank.. then baru leh buat kerja...

sapa xberani.. jangan mencuba ya.. kerja paip ni kalau silap gaya.. mmg banjirlah umah...

kat rumah sewa ni pernah gak air dari main paip ke tank bocor... bila dah tukar paip baru.. gam x kering lagi.. terus g buka main paip.. apa lagi terkeluarlah join paaip tu.. then abis semua siling basah.. banjirlah umah kat atas..

mmg pengalaman betullah..

15.5.12

Frost

 di suatu hari yg tenang... aku merenung ke luar tingkap..

aku ternampak sesuatu.. tersenyum sendirian.. waaaaa.. benda alah ni dah nak wujud.... nekad untuk mengambil gambar... nak tunggu aku beli dslr, pakailah aku xkan ambik gambar ni.. boleh nampak x?

 bila dekat lubang kecik tu dah naik... kat tepi2 pun dah merebak.. betapa sejuknya cuaca di luar... rasanya sekitar -50F...

 aku pun mencari2 kawasan lain.. pastu ternampak ada lagi yg sedang naik.. tersenyum lagi...

 tunggu punya tunggu punya tunggu... ha smpai panjang macam nilah... tersenyum lagi...

tiap kali back ground berubah warnanya.. aku akan terus keluarkan camre.. tanpa menghiraukn org lain yg mungkin pelik apalah aku dok klik xabih2... dek kerana guna camre canggih sngat.. aku kena shoot bnyak kali untuk dapatkan the best quality... apa2 pun.. ia mampu buat aku tersenyum lagi...

apa org kata... ada aku kesah...

 suatu tika cuaca pun makin berubah..

sedikit demi sedikit ianya mula hilang... aku tersenyum puas..

akhirnya aku dapat jua berkongsi bahan untuk salah satu entry ku.. tiap kali aku dapat duduk ditepi tingkap.. aku akan tengok frost ni...

di masa depan jika ada kesempatan.. mungkin boleh zoom lg menggunakan macro... bila? entahlah.. ianya bukan satu kepentingan lagi..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

bila sesuatu sedang ada di depan mata.. hargailah.. tidak mengira apakah situasinya..

jangan terlalu banyak alasan.. berusahalah untuk mendapatkan yg terbaik..

kadang2 kita xmampu untuk penuhi segala impian dengan kesempurnaan...

cukuplah kita berusaha bagi mendapatkan yg terbaik..

sekurang2nya kita xkan menyesal di kemudian hari...

12.5.12

tut-tut

tut-tut merupakan pengangkutan awam yang utama di hatyai.. ala2 macam teksi... selalunya adalah pikup yg diubahsuai  atau lori kecil yg dimodified dengan penambahan kerusi dan bumbung dibelakang supaya menjadi tut-tut..

ada yg kerusi hanya 2baris.. ada jua yg tiga baris... dua ditepi satu ditengah...

kalau disekitar town mmg mudah ja didapati.. bagitau ja nak p kemana.. tambangnya dalam 20bath @ RM2 seorang... lbh bgs ada dalam 5org.. naik satu trip tu kita ajalah... jarak antara satu tempat ke satu tempat  xdalah jauh sngat.. lbh kurang dalam 10minit ja.. duduk pun xdan nak hangat...

selalunya xpayah nak panggil.. depa yg akan panggil kita dulu... ada yg buruk.. yg cantik.. pelbagai warna..

takut juga bila duduk dibelakang skali... dek kerana nak dapatkan jua pengalaman org sana yg naik dengan selumbernya.. gigih duduk jua walau macam nak terpelanting keluar..

ada sekali tu aku ternampak seorang budak sekolah yg duduk dibelakang sekali, kerusi yg tengah smbil makan something benda yg berkuah dalam mangkuk.. xda pun dia sibuk2 nak pegang ka apa.. releks ja dia makan dengan orang lain yg berasak2..

 selain tut-tut kereta... ada juga tut-tut motosikal... kalau nampak geng2 yg pakai vest ni.. itulah mereka...

berapa tambangnya xtahulah..  ada gak yg penumpangnya naik sampai 2orang.. dah try capture... tp picture blur...
Related Posts with Thumbnails