21.12.10

dipaksa... terpaksa...

sebulan ini aku telah memaksa adik sepupu 9&10thn tu tuk mengaji Al-Quran.. setiap hari selepas solat zohor dan magrib.. sambil menjaga kedai aku pun akan mengajar mengaji.. hari2 selama 4jam mereka dipaksa dan terpaksa untuk menurut perintah... kecuali time aku mc lah... resultnya.. alhamdulilah.. bnyaklah improvement... mereka dah boleh membaca sendiri... dah pandai mengeja..

ada orang umur 9~10thn tu dah khatam Al-Quran.. ada yang dah pertengahan.. ada yg baru terkial2... ada yang langsung xkenal apa2 huruf... ada yang langsung xpenah ambik kisah pun... dek kerana pengalaman lalu... aku faham macam mana perasaannya bila orang xkenal huruf.. menangis2 masa mengaji.. kena rotan ngan tok guru..  aku cuba bertungkus lumus tuk mendidik adik sepupu ku ini.. walau aku tahu tidaklah selayak mana untuk mengajar mereka.. aku cuba isikan masa yang ada dengan sebaiknya...

masa dok mengaji... ada seorang abang tu bg kata2 nasihat... jangan jadi macam dia.. umur 30thn baru nak belajar mengaji... malu kat anak2 coz xboleh nak ajar anak2...

mereka dipaksa dan terpaksa tonyoh longkang sampai bersih... eh nak tonyoh longkang pun kena ajar juga tau macam na nak buat tuk bagi cepat bersih... bukan main ikut dan ja... kena cara yang betul barulah betul.. bukan kata semua orang tu terus ja pandai.. sambil tu dapat keluar peluh..

selain tu mereka di dera tuk cabut rumput bersama2 aku.. bersih dah keliling rumah den.. kalau x mak yg rajin dok cabut rumput.. selama sebulan lbh ni.. kenalah ambik tugas.. bukan mudah tau nak maintainkan kawasan rumah kg..

dipaksa dan terpaksa tuk membuat soalan matematik.. cikgu xbertauliahkan.. main serbu ja buat soalan.. pastu pelik asal bnyak salah nih.. mulalah temp nak naik..

rupa-rupanya mereka xhafal sifir lagi.. adoi.. zaman aku dulu darjah 3 dah kena hafal semua sifir kot.. hmmm.. xpalah.. masih belum terlambat.. perbetulkan apa2 yg perlu.. apa lagi.. dipaksa dan terpaksalah hafal sifir plak...then tanya bnyak2 kali.. alhamdulilah hmpir semua dah boleh..

barulah buat latihan semuanya betul bila dah tahu sifir.. cuma sikap cuai tu ja masih xboleh nak ubah.. dipaksa dan terpaksa macam mana pun.. ada gak cuainya... kalut nak p mana tah..

mereka pun dah nak balik... abis dah segala dipaksa dan terpaksa... aku kirimkan jua soalan2 sebagai latihan di rumah nanti.. hope mereka buatlah... biasalah budak2.. tahu nak main aja...

mereka jua dah tahu jaga kedai... si abg dah boleh harap tuk timbang2 sayur.. dah teror tuk buat topup reload... apa2 pun anak2 kecil ini.. kita didiklah mereka untuk melakukan kerja.. awal2 tu memanglah akan salah.. dan berilah kepercayaan... buangkanlah sikap kononnya xboleh nak harapkan budak2..

kita hanya akan susuh bila dalam proses nak mendidik dan proses mereka nak fahamkan apa yang kita nak sampaikan.. bila mereka dah boleh buat semua kerja.. kita jua yang untung.. bila2 terdesak... ada yang boleh membantu.. ringan skit beban tu..

***********************************************************************************

jangan terkejut kalau ada orang yg mengaji Al-Quran hanya separuh jalan.... ada yang langsung xdianta untuk mengaji.. sedih aku melihat anak2 kecil ini.. xdidik dengan baik.. kadang2 kita hnya orang luar.. bnyak manalah yang mampu untuk kita bebelkan...

ada yang dah darjah 6 masih xtahu membaca.. ada yang dah darjah 3 masih xkenal satu, dua, tiga...

adakah kerana terlalu dimanjakan... adakah ibu bapa hanya mengikut saja kata2 anak2.. adakah tangungjawab mendidik itu diletakkan sepenuhnya pada cikgu?...

tingkatan 3 dah berhenti sekolah.. yang perempuannya berumur belasan tahu mengandungkan anak luar nikah.. nauzubillah..

sama2lah kita berfikir.. kita masih ada adik2... masih ada anak2 buah.. jenguk2lah.. ambiklah berat... jangan main lepas tangan saja...
Related Posts with Thumbnails