11.12.10

samporna-pasar atas air

melilau2 di pekan semporna.. g kg.air.. dah puas tengok2.. lalu ikut jah lorong2 pejalan kaki.. lalu belakang masjid..
orang pakat g mana neh.. asal ramai sngat lalu lalang? belasah ja masuk..

memang jakun betullah.. terkezut.. ada pasar atas air rupanya.. mmg jakun betullah aku nih.. kenapa dalam tv aku xpenah tngok pun.. macam2 kedai ada.. area sini semua jual pelbagai jenis ikan kering..

 macam nilah urus niaga berlaku.. sampan2 dari bajau laut.. dari pulau2.. semua datang shoping kat sini.. ada jual macam2 deh.. gas.. beras.. makanan.. kedai hardware.. ala2 kedai runcit.. kedai jual ikan... kedai jual kueh mueh.. jual jajan.. jual air.. mmg bz.. smpan2 nih bertukar ganti. ada ja yg datang dan pergi.. semua orang kalut2.. macam nak kejar masa aja.. pastu mereka macam takut2 dan malu2.. adakah kerana mereka pendatang dari filipin?... sebenarnya aku yg takut...

makcik ni bz nak menjual ikan tangkapannya.. sian aku tngok.. xda org beli pun.. dia ke sana ke mari.. berusaha tnya kepada seorng demi seorang... akhirnya dah setengah jam macam tu.. aku tngok da peniaga ikan kering yg beli.. terus org tu siangkan masa tu juga... fresh wooo.. kalau stay lama skit.. boleh la buat bbq ka..

si kecil ni tiba2 datang dan tersenyum,... dia tahu aku sedang mengambil gambar.. "senyum bah".. dia pun buat aksi comel ini.. "nak tngok".. aku pun tunjukkan skrin hp ku pada dia.. laju tul dia kayuh basikal.. sekali sekala terdengar mak dia jerit.. "baik nak.. jatuh kelaut kau tu nanti... laju benar"...

akhirnya.. live depan mata.. melihat sampan begini.. selalu tngok dalam tv jah.. leka aku mengambil gmbar.. aku di sapa oleh seorang kakak.. dia jual roti di lorong depan.. aku perasan masa aku masuk tadi.. 

"kau buat apa bah?".. aku dah agak cuak.. kenapa xboleh kah aku ambik gambar?
 "saja ambil gambar bah".. lalu ku tunjukkan pada dia.. jauh juga dia ekori aku.. asal neh?

"kenapa kau ambik gambar dia?"
"saja.. aku xpernah tengok kehidupan begini deh.. aku orang semenanjung.. di sana tiada ".. dia menganguk..

"mintak no telefon kau boleh?" berderau darah aku..dia nak tolong mintak untuk sapalah plak...
"untuk apa bah... xpayahla.. aku datang ambil2 gambar ja"..  sambil tersenyum.. padahal.. dalam hati.. macam mana aku nak lari nih.. asal minta no phone aku plak...

"ambiklah gambar bnyak mana pun.... kau datang dengan siapa?" agaknya dari tadi dia tengok aku sorang2 ja.. pastu nmpak sngat aku nih macam alien dengan camrenya..

"dengan famly bah.. mereka ada di depan sana" aku terpaksa tipu.. padahal aku sorng2.. mak ngan bapak ada kat hotel.. dia pun minta diri.. fuhhhhh.. alhamdulilah...

selumber tinggalkan anak sorang2 di atas sampan.. ada yg masih merangkak.. letak macam tu ja..

bershoping menggunakan sampan.. hidup seharian atas sampan.. makan tdo atas sampan...

kita... mampukah? sibuk ngan tenet.. sibuk ngan astro.. tu pun xbersyukur dengan keselesaan.. dengan apa yg ada.. fikir2kan...
Related Posts with Thumbnails