jom terjah pasar semporna plak..
ramai kan orangnya.. jgn takut2, buat biasa2 sudah...
"bah.. mintak ambik gambar boleh?" tersenyum makcik2 tu... apa tu lembik2.. macam obor jah aku tengok.. cantik color purple.. dalam piring kecil tu adalah tiram.. satu piring RM2..
besar2 punya sotong dia..
besar betul labu air.. kalau sekali masak mmg xabis nih..
jalan2.. jmpa sorang mat salleh perempuan.. beria dia tengok sana sini.. sama jakun macam aku.. beg yg digalas terbuka.. dia xsedar kot.. aku yg sedar diri xpandai cakap org putih nih pun berkata.. "excuseme.. your beg... open" jnji dia paham.. dia pun "Tq" ... pas2 tu dia memintas aku... aku tngok.. dia pegang ja beg dia kot depan.. jalan pun dah takut2..
pergi area jeti.. belakang pasar.. macam menarik jah tikar tu.. memberanikan diri tuk bertanya,.. depa beli kat mana.. aduh.. dia xfaham plak apa aku tnya.. aku tanya beli kat mana? dia tunjuk area pasar.. aku pun follow.. mati2 ingat dia nak tunjukkan kedainya... sekali pandang mmg nampak macam buruk jah warnanya.. eh dah pakai belum nih... @ mmg tikarnya begini.. sbb direndam tuk bg tahan lama...
sekali.. dia tarik anak2 dia.. agaknya takut aku dok follow.. dia dah marah2 sbb aku follow dia.. tah apa2 dia cakap.. sambil tangan dia pegang anak dia.. hahaha.. ok masing2 xfaham,, kucing ngan itik bercakap..
selalunya orang asing yg takut bila ke satu2 tempat.. sebab orang2 yg menjual tu follow.. kali ni dah terbalik.. depa plak takut sbb aku follow..
"dik kau tolong tanya dia.. beli kat mana tikar nih" adik tu pun.. bla..bla.. mmg aku xfaham sepatah pun..
"dia jual bah.. dua tikar RM150.. boleh kah".. aku dah tersenyum,. macam nak berguling2 kat situ... mati2 ingat depa nih p beli kat mana2.. pastu depa nak tunjukkan aku kedainya kat mana... rupanya depa yg jual.. haiyak..
"dua ni RM100 mahulah" aku pun bedal cakap sabah.. mintak kurang.. dalam hati ini.. eh berapa harga sebenar neh.. t aku kena tipu bulat2.. tp mmg susah nak dapat tikar mengkuang zaman sekarang.. tawakal ajalah...
cakap2.. susahlah nak buat tikar ni... bahagian dalam yg kecil2 lagi susah nak buat... bla..bla..bla... persetujuan di capai.. sah RM140.. si ibu cakap sambil tersenyum.. "lebih sedikit bah.. buat anak2" pandai pulak dia.. ku hulurkan kertas hijau buat si anak kecil..
aku pun kepitlah dekat ketiak.. teruskan perjalanan..
nilah ropenya corak tikar yg ku beli.. dua lapis tu.. berbaloilah harganya.. kalau ada pulus.. mahu jah aku beli bnyak2.. balik mai jual kat semenanjung.. hahaha.. sbb pengangor.. diam2 ajalah..
masa aku usung tikar nih.. ada orang cuit dari belakang..
"bah.. mahu dibawa ke airport kah?" dia bertanya.. "ya bah.. kenapa?"..
"apa kau mahu lagi kah.. aku ada lagi.. berapa kau beli?".. "ngak mahu bah, cudah cukup.. dua RM140 bah"..
dia menganguk.. apa yg dia fikir? aku kena tipukah.. adakah harganya standard?
"kalau kau mahu lagi.. aku ada bah... sama macam ni..."
aku pun terus mencari beg besar tuk isi.. xkan nak usung macam nih aja.. balik rumah.. along kata.. beli beg lagi.. hahaha.. kat rumah tah berapa dah beg besar tuk isi barang tu.. mana nak tahu... ingat xmoh shoping2.. sekali.. terbelilah plak..